in

Doa Rakyat Malaysia Makbul. Ini Tindakan Mahkamah Terhadap Jamal Buat Ahli UMNO Sedih

Akhirnya Sepandai Tupai Melompat Akhirnya Akan Ke ….

Doa Rakyat Malaysia Makbul. Ini Tindakan Mahkamah Terhadap Jamal Buat Ahli UMNO Sedih | Jamal akhirnya berjaya dibawa kembali ke Malaysia, dan doa rakyat Malaysia, khususnya warga netizen akhirnya makbul. Ini tindakan tak sangka mahkamah terhadap Jamal buat ahli UMNO sedih.

MAHKAMAH TOLAK IKAT JAMIN, HANTAR JAMAL KE PENJARA SG BULOH

Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Mohd Yunos hari ini dihadapkan mahkamah majistret Ampang dan dituduh melarikan diri daripada tahanan sah.

Majistret Mohamad Firdaus menolak permohonannya untuk diikat jamin dan memerintahkan supaya dia ditahan di penjara Sungai Buloh. Beliau juga menetapkan 30 Julai sebagai tarikh sebutan kes.

Pada 25 Mei lalu, Jamal dihadapkan ke mahkamah atas dua tuduhan melakukan gangguan awam.

Dia bagaimanapun melarikan diri ketika proses ikat jamin berlangsung di Hospital Pakar Ampang Puteri, ketika sedang menjalani rawatan.

Selepas lebih sebulan bersembunyi, Jamal ditahan di Tebet, Jakarta Selatan, pada 2 Julai lalu oleh polis Indonesia dan dibawa pulang hari ini

Jamal tiba di mahkamah pada kira-kira jam 4 petang dan diberi minum petang ringan serta dihidangkan dengan cengkodok, sebelum polis merakamkan kenyataannya.

Sebaik selesai kenyataannya dirakamkan, pemimpin Umno itu dibawa ke mahkamah majistret dan didakwa mengikut Seksyen 224, Kanun Keseksaan. (Sumber: Malaysiakini)

JHO LOW LARI DAN KINI BERADA DI MACAU

Ahli perniagaan yang kini diburu berhubung kes 1MDB Low Taek Jho, atau Jho Low, kini berada di Macau, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Fuzi berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke Hong Kong untuk mencarinya tetapi Jho Low telah pergi ke Macau sebaik ketibaan mereka.

“Maklumat terbaru yang kami tahu dia berada di Macau. Malah ketika pasukan kami tiba di Hong Kong, dia telah pergi ke sana,” katanya ketika ditemui pemberita di majlis Aidilfitri Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya hari ini.

Macau, sebuah kawasan pentadbiran khas China, tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan mana-mana negara.

Jho Low merupakan individu utama dalam skandal 1MDB.

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) dalam saman sivilnya mendakwa ahli perniagaan itu terlibat dalam penyelewengan dana syarikat milik kementerian kewangan itu.

Dia didakwa menggunakan wang 1MDB untuk membeli barangan mewah seperti kapal pesiar Equanimity; barang kemas untuk model Miranda Kerr; serta berlian merah jambu bernilai AS$27.3 juta untuk isteri kepada ‘Malaysian Official 1 (MO1)’.

DOJ mendakwa berlian tersebut dibeli dengan wang daripada AS$620 juta yang didakwa MO1 telah dipulangkan kepada penderma Arab Saudi, tetapi sebenarnya disalurkan kepada akan yang dikawal Jho Low.

MO1 telah dikenalpasti sebagai bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak. (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Tak Lama Lepas Bayar Ikat Jamin Najib. SESUATU Berlaku Pada Nooryana Buat Keluarga Keliru

Kes Najib. Ini Amaran UMNO Seputeh Buat SPRM, Amar Singh Buat Ramai Terkedu