in

Isu Video “Cium”. Janna Dedah CERITA SEBENAR Buat Ramai Netizen Terus SENYAP

Jauhkan Diri Kita Semua Dari Perkara Yang Mengundang Fitnah. Aamin.

Isu Video “Cium”. Janna Dedah CERITA SEBENAR Buat Ramai Netizen Terus SENYAP | Khalifah Mail Online – Baru-baru ni viral video “cium” antara Janna dan Fattah Amin yang buat ramai netizen tak senang duduk. Selepas lama berdiam diri, akhirnya Janna tampil memberita cerita sebenar yang buat ramai netizen terus senyap.

JANNA MINTA JANGAN KRITIK KELUARGANYA

Pelakon Janna Nick meminta netizen yang kurang senang adegan ciumnya bersama Fattah Amin tidak mengaitkan ibu-bapanya jika ingin mengkritik.

Janna Nick atau nama sebenarnya Nurul Janna Muner, 22, berkata, dia menerima segala pendapat dan kritikan tersebut dengan hati yang terbuka.

“Ruangan kecaman, nasihat, pujian, kritikan, luahan perasaan, masalah rumah tangga, berniaga, tinggi langsing, vitamin kurus gemok, bengkung sajat disediakan… sila kecam tanpa melibatkan hentaman ke atas mak dan ayah..

“Bahasa kesat dibenarkan, semua di benarkan kecuali caci maki ke atas keluarga saya,” ujarnya menerusi kenyataan di laman sosial Instagram pada malam Jumaat

Janna berkata demikian ketika mengulas tentang adegan aksi bercium dalam drama adaptasi Korea Coffee Prince yang tersebar di media sosial telah mengundang perbalahan dikalangan peminat.

Segelintir peminat kecewa dan menganggap aksi tersebut hanya akan menggalakkan gejala tidak sihat dikalangan remaja.

CERITA SEBENAR

Sementara itu, Janna berkata, biarpun adegan yang dilakonkan itu tidak melibatkan sentuhan kulit, namun dia terima pendapat dan kritikan yang dilemparkan berkenaan aksi tidak senonoh tersebut.

“Segalanya diterima dgn hati yang terbuka atas kesilapan kerana berkelakuan tidak senonoh seperti gambar di atas walaupun tiada melibatkan sentuhan kulit…terima kasih saya ucapkan atas sifat prihatin dan kasih sayang anda kepada saya,” ujarnya.

FARA MENDOZA MINTA MAAF

Dalam pada itu pelakon Fara Mendoza yang menjadi punca merakamkan adegan itu memohon maaf atas perbuatannya.

Fara berkata, dia tidak berniat untuk menimbulkan kontroversi berkenaan dan melukakan hati hati mana-mana pihak.

“Di sini Saya ingin memohon maaf kepada semua pihak di sebabkan instastory saya itu, saya tiada niat pun untuk melukakan hati sesiapa, menjatuhkan sesiapa or menyentuh hati sesiapa.

“Dengan rasa rendah diri saya mohon maaf atas kesilapan itu dan saya mengakui ianya dari kesilapan khilaf saya yang tidak sengaja, harap selepas ni tiada yang cuba membesarkan lagi hal ini. Saya hanya manusia biasa yang tidak lari dari membuat kesilapan,” ujarnya.

Coffee Prince arahan Michael Ang dijangka ditayangkan di Astro Ria pada November depan turut menampilkan barisan pelakon seperti Diana Danielle, Fahrin Ahmad, Sharifah Sakinah dan Sharifah Shahira.

Versi asal Coffee Prince dilakonkan oleh Gong Yoo, Yoon Eun-hye, Lee Sun-kyun dan Chae Jung-an.

Sumber: Mstar

Loading...

Comments

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

3 Hari Selepas Dikebumi Kakak Mimpi Arwah Adik Minta Digali Semula. Apa Yang Mereka Temui Amat PELIK

SUBHANALLAH. Saintis Temui “SESUATU” Di Kaki Lelabah Yang Buat Ramai Peminat Kucing TERKEJUT