Deprecated: Constant FILTER_SANITIZE_STRING is deprecated in /home/khalifahmailonline/htdocs/khalifahmailonline.com/wp-content/themes/bimber/includes/theme.php on line 1305

Notice: Function WP_Scripts::localize was called incorrectly. The $l10n parameter must be an array. To pass arbitrary data to scripts, use the wp_add_inline_script() function instead. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 5.7.0.) in /home/khalifahmailonline/htdocs/khalifahmailonline.com/wp-includes/functions.php on line 6170

Deprecated: Constant FILTER_SANITIZE_STRING is deprecated in /home/khalifahmailonline/htdocs/khalifahmailonline.com/wp-content/themes/bimber/includes/theme.php on line 1305
in

Pembangkang Arah Tukar Hari Meeting Kabinet. Ini Jawapan Balas Menteri Pertanian Buat Wow

Alhamdulillah. Cadangan Pembangkang Yang Baik Akan Dilaksanakan. Memang Betul-Betul Malaysia Baru. Kalau Penggal Lepas, Jangan Harap.

Pembangkang Arah Tukar Hari Meeting Kabinet. Ini Jawapan Balas Menteri Pertanian Buat Wow | Minggu lepas MP pembangkang desak meeting kabinet kerajaan PH ditukar hari. Terkini ini jawapan balas Menteri Pertanian buat rakyat terus wow. Memang betul2 Malaysia baru ni.

MULAI MINGGU DEPAN, MEETING KABINET TUKAR HARI JUMAAT

Mesyuarat kabinet kerajaan bagi minggu ini tetap akan diadakan esok, walaupun sebelum ini telah diputuskan bahawa ia diubah ke hari Jumaat ketika persidangan Dewan Rakyat berlangsung.

Perkara itu disahkan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub yang menerima makluman petang tadi mengenai mesyuarat itu yang akan diadakan di Putrajaya.

“Kita sudah putuskan minggu depan mesyuarat kabinet akan diadakan Jumaat, tapi petang tadi dapat arahan esok masih lagi di Putrajaya,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata ada sebab-sebab tertentu yang menyebabkan mesyuarat itu tidak dapat diubah kepada hari Jumaat minggu ini termasuk keperluan untuk meneliti dokumen-dokumen tertentu esok.

Sebelum ini, kerajaan membuat keputusan bahawa mesyuarat mingguan kabinet yang kebiasaannya diadakan pada hari Rabu diubah ke hari Jumaat ketika mesyuarat Dewan Rakyat sedang bersidang.

Ia susulan kritikan pembangkang mengenai ketiadaan menteri dan timbalan menteri di dalam dewan ketika sesi perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong sedang berlangsung, minggu lepas.

Mengulas lanjut, Salahuddin berkata kerajaan akan menentukan sama ada timbalan menteri perlu menghadiri mesyuarat Dewan Rakyat esok, ketika menteri menghadiri mesyuarat kabinet yang bermula pukul 2.30 petang hingga 5 petang.

Beliau berkata tidak timbul isu mengenai ketidakhadiran menteri ketika persidangan Dewan Rakyat jika menghadiri mesyuarat kabinet, kerana kedua-duanya berkaitan dengan soal pentadbiran negara. (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

Deprecated: Constant FILTER_SANITIZE_STRING is deprecated in /home/khalifahmailonline/htdocs/khalifahmailonline.com/wp-content/themes/bimber/includes/theme.php on line 1305

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments


Deprecated: Constant FILTER_SANITIZE_STRING is deprecated in /home/khalifahmailonline/htdocs/khalifahmailonline.com/wp-content/themes/bimber/includes/theme.php on line 1305

Patah Hati. Lelaki Ni Cuba Bunuh Diri Dengan Terjun Sungai Tapi SESUATU Berlaku

Lepas Ni PRK Langkawi Pula. Ini Jawapan Balas Mukhriz Buat Pembangkang Sentap