in

Lepas Ni PRK Langkawi Pula. Ini Jawapan Balas Mukhriz Buat Pembangkang Sentap

Ajal Dan Maut Tu Ketentuan Rahsia Allah. Semoga Allah Panjangkan Umur Tun Mahathir. Amin.

Lepas Ni PRK Langkawi Pula. Ini Jawapan Balas Mukhriz Buat Pembangkang Sentap | Di ambang PRK Sg Kandis, ada pemimpin parti pembangkang yang buat lawak kononnya nanti akan ada PRK Langkawi. Lepas ditanya wartawan, ini jawapan balas Mukhriz buat pembangkang terus sentap. Tak sangka.

MUKHRIZ BIDAS KENYATAAN YANG BIADAP

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir menegur kenyataan seorang pemimpin yang mengatakan kononnya selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis akan berlakunya lagi PRK.

Katanya, apa yang lebih menyedihkan adalah kenyataan pemimpin itu yang menyatakan bahawa selepas ini akan berlaku PRK di Langkawi (merujuk kepada kerusi perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad).

Bagaimanapun Mukriz tidak menamakan pemimpin yang membuat kenyataan berkenaan.

“Ada wakil rakyat dari belah sana yang menyatakan bahawa kononnya akan banyak lagi PRK yang akan berlangsung.

“Kerana peluang menang itu ada dan di antara lain dia kata kawasan yang akan berlaku PRK Langkawi, ini saya ingat satu kenyataan yang tidak patut diungkap oleh mana-mana pemimpin tak kira muda atau senior,” katanya dalam ceramah PRK Sungai Kandis di Taman Sri Andalas malam ini.

Tegas Mukhriz, soal ajal bukan di tangan manusia.

“Soal ajal bukan ditangan kita, silap-silap kita yang muda pergi dulu,” katanya.

Memberi contoh bahawa manusia tiada kuasa untuk menentukan sesuatu perkara, Mukhriz memberi contoh ayahnya yang tiada siapa sangka akan menjadi jawataan lerdana menteri sebanyak dua kali.

“Tengok jadi perdana menteri di usia 93 tahun iaitu jadi PM dua kali.

“Ingatlah manusia merancang ALLAH jua merancang tapi rancangan ALLAH yang sebaik-baiknya,” katanya. (Sumber: Astro Awani)

PASUKAN PERUBATAN JUVENTUS TERKEJUT DENGAN KECERGASAN RONALDO

RAMAI yang mahu jadi hebat seperti Cristiano Ronaldo tetapi tidak ramai yang sanggup bekerja keras untuk mengikut jejak penyerang sensasi Portugal itu.

Pada usia 33 tahun Ronaldo masih jadi buruan kelab bola sepak terkemuka dunia. Buktinya bekas ‘ayam tambatan’ Real Madrid itu kini sah bergelar penyerang Juventus dengan nilai 105 juta pound.

Apa yang menjadi perbualan dalam kalangan peminat sukan adalah hasil dapatan ujian kecergasan yang dilakukan terhadap Ronaldo. Kemampuan fizikalnya menyamai pemain bolasepak berusia 20 tahun.

Dengan kata lain kekuatan Ronaldo setanding pemain yang 13 tahun lebih muda daripadanya.

Kesimpulan ini dibuat berdasarkan statistik ujian kandungan lemak badan, berat otot dan kepantasan larian.

Menurut laporan Ronaldo hanya ada tujuh peratus kandungan lemak badan, tiga peratus kurang daripada jumlah purata pemain bola sepak profesional.

Berat ototnya pula 50 peratus atau empat peratus lebih rendah sementara larian terpantasnya ketika Piala Dunia 2018 yang lalu adalah 33.98 kilometer sejam, paling pantas berbanding pemain lain dalam temasya berkenaan.

Kesimpulannya jika anda mahu menjadi seperti Ronaldo, tidak cukup hanya ada gaya potongan rambut sepertinya, contohi juga acara Ronaldo menjaga kecergasan dan kesihatan. (Sumber: Astro Awani)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Pembangkang Arah Tukar Hari Meeting Kabinet. Ini Jawapan Balas Menteri Pertanian Buat Wow

Usain Bolt TERKEDU Bila Sampai Malaysia. Puncanya Buat Ramai Peniaga Melayu SENTAP