in

Bidas Bantuan Bilal Terhadap Non-Muslim. Ini Komen Dr Maza Yang Lebih MENGEJUTKAN Lagi

Allahu. Semoga Allah Panjangkan Umur Dr Maza. Aaamin.

Bidas Bantuan Bilal Terhadap Non-Muslim. Ini Komen Dr Maza Yang Lebih MENGEJUTKAN Lagi | Khalifah Mail Online – Baru-baru ni heboh ada seorang ustaz membidas tindakan seorang bilal masjid yang membantu mangsa banjir non-muslim di Pulau Pinang. Terkini, ini pula komen Dr Maza, Mufti Perlis yang lebih mengejutkan lagi. Baca dan kongsikan.

ISLAM ITU RAHMAT SEMUA ALAM

Kita patut mengucapkan terima kasih kepada pihak masjid dan surau yang membuka ruangan mereka untuk mangsa banjir dan bencana. Ini kerana mereka telah memberikan mesej yang baik mengenai Islam buat pihak lain.

Islam itu rahmatan lil ‘alamin iaitu rahmat untuk semua alam. Ia rahmat untuk muslim, non-muslim, haiwan, tumbuhan dan selainnya. Mesej rahmat ini mesti dizahirkan terutama ketika manusia dalam kesusahan dan bencana.

ILMU FEQAH YANG SEMPIT

Apa yang menghairankan apabila ada yang memakai gelaran agama tetapi gagal memahami Islam sebagai agama rahmat. Orang seperti ini boleh mempertikaikan non-muslim yang diberikan pertolongan ketika bencana dengan beralaskan kefahaman fekahnya yang sempit.

Namun yang lebih menghairankan apabila ada pihak berkuasa yang selama ini menggunakan orang seperti ini untuk kononnya memulihkan kelompok pengganas dan ekstrimis yang dipenjara.

Persoalan kita , bolehkah ‘pelampau’ memulihkan pemikiran pelampau?! Ini bukan kali pertama beliau menzahirkan pemikiran pelampaunya.

Tidak cukup mengkafirkan sesama muslim selama ini, diheret pula non-muslim ke dalam kancak ekstremisme beliau. Pihak berkuasa wajar menilai semula hal ini dengan serius.

Sumber : FB Dr Maza

Loading...

Comments

2 Pings & Trackbacks

  1. Pingback:

  2. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Jangan Halang Suami Kahwin Lagi. Coretan MENGEJUTKAN Isteri Ni Buat Ramai Wanita SETUJU

Penolong Berkeras Pertahan Ustaz Zamihan. Ini Jawapan Netizen Buat Dia Terus TERDIAM