in

Ketika Bincang Fatwa. Ini Nasihat Raja Perlis Kepada Dr Maza Buat Ramai TERKESIMA. Allahu.

Semoga Allah Panjangkan Umur DYMM Tuanku Raja Perlis. Aamin.

Ketika Bincang Fatwa. Ini Nasihat Raja Perlis Kepada Dr Maza Buat Ramai TERKESIMA. Allahu. | Khalifah Mail Online – Sebelum Dr Maza berangkat ke Madinah, beliau sempat berbincang fatwa dengan DYMM Tuanku Raja Perlis. Ketika perbincangan, Raja Perlis sempat memberi nasihat kepada Dr Maza buat ramai terkesima. Allahu. Jom baca dan kongsikan.

HADAP TUANKU SEBELUM KE MADINAH

Minggu lepas sebelum saya bertolak ke Madinah KSA untuk bermesyuarat, saya terlebih dahulu pergi mengadap DYMM Tuanku Raja Perlis di Istana Perlis di KL.

Selepas makan malam, saya bersendirian dengan Tuanku Raja membentangkan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis yang terbaru dan berbincang beberapa isu lain. Saya amat terkesan dengan titah Tuanku Raja Perlis ketika membincangkan sikap amanah terhadap ilmu.

NASIHAT TUANKU

Nasihat Tuanku Raja kepada saya: “Tanggungjawab Mufti ialah memberi nasihat dan bercakap benar di hadapan raja ataupun sultan. Jangan takut. Soal diterima ataupun tidak, itu perkara kedua. Tunaikan tanggungjawab terlebih dahulu. Raja dan sesiapa sahaja tidak lebih tinggi dari Allah dan RasulNYA”.

Saya memandang wajah Tuanku Raja. Saya amat hargai dan sayu. Banyak perkara yang saya bawa dan cakap kepada tuanku, tidak pernah tuanku murka. Mungkin ada perkara yang baginda ada pendapat yang berbeza, namun tidak pernah saya dilarang memberikan pandangan. Saya amat bersyukur kepada Allah atas sikap Tuanku Raja Perlis.

Usia baginda yang di peringkat ayahanda kepada saya serta pengalaman yang luas menjadikan banyak juga perkara yang saya sendiri pelajari. Saya mendoakan kesihatan dan rahmat Allah untuk Tuanku Raja Perlis.

TUANKU RAJIN BACA KITAB FEKAH SUNNAH

Sering juga Tuanku Raja Perlis memberikan pandangan balas terhadap keputusan-keputusan fatwa yang dibincangkan. Saya pernah bertanya; “Patik kagum dengan maklumat tuanku, dari mana tuanku mendapat maklumat sebegini?”.

Jawab Tuanku Raja Perlis: “Saya selalu membaca Kitab Fekah Sunnah dalam bahasa Inggeris”.

Saya hanya ingin ingatkan diri saya dan sesiapa yang sudi mengambil perkongsian ini. Tugasan kita golongan agama ialah bercakap benar dan mempertahankan prinsip kebenaran. Terima atau tidak, kita jalankan dahulu tugasan kita.

Dengan jujur, amanah dan ingin kebaikan untuk pihak yang kita nasihati. Kadang-kala penguasa amat positif untuk mendengar nasihat yang baik dan jujur, golongan agama pula yang gagal menunaikan tanggungjawab yang sewajarnya.

Marilah kita berdoa agar Allah memberikan hidayah kepada kita sendiri terlebih dahulu, kemudian pihak yang kita nasihati. Kegagalan menemui hidayah antaranya disebabkan kegagalan kita menunaikan amanah ilmu.

Sumber : FB Dr Maza

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Kehilangan Marsha AF 2 Tahun Kini Terjawab. Puncanya Buat Ramai SUKA. Subhanallah.

Pakai BENGKUNG Ketika Bersama Suami. Apa Terjadi Amat MENGEJUTKAN