in

Najib Bagitau Wartawan Kenapa Jho Low Diberi Peranan Penting Dalam 1MDB. TAK SANGKA.

Dulu Tak Kenal, Sekarang Sudah Kenal. Dulu Tak Salah. Sekarang ?

Najib Bagitau Wartawan Kenapa Jho Low Diberi Peranan Penting Dalam 1MDB. TAK SANGKA. | Dulu Najib kata tak kenal Jho Low, sekarang boleh kenal pula. Ni siap bagitau punca sebenar kenapa Jho Low diberi peranan penting dalam 1MDB. Tak sangka.

JHO LOW KENAL RAMAI KERABAT DIRAJA ARAB

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan alasannya memberikan peranan penting kepada Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low dalam 1 Malaysia Development Berhad.

Kata Najib, Jho Low mempunyai hubungan strategik dengan kepimpinan Raja Arab Saudi, Allahyarham Raja Abdullah Abdulaziz dan kerabatnya serta juga istana beberapa negara terutamanya di UAE yang mungkin memberi faedah kepada Malaysia.

Malah, menurutnya, sebelum 1MDB wujud, Jho Low sudah mengawal tiga syarikat tersenarai di Malaysia dan mempunyai pelaburan dalam projek Iskandar Johor dengan dana dikatakan dari Asia Barat.

“Dia membina hubungan ini yang boleh memberikan nilai kepada Malaysia. Itu konteksnya. Apa yang dia buat dengan mereka di luar pengetahuan saya. Dalam konteks itu Jho Low mewakili rakan-rakan kongsi di Asia Barat dan rundingan serta perkongsian dengan 1MDB.

“Dia ketika itu berjaya kagumkan banyak pihak, termasuk saya dengan hubungannya dengan Asia Barat,” katanya dalam temubual eksklusif dengan Malaysiakini.

Najib juga berkata Allahyarham Raja Abdullah memberikan sokongan supaya 1MDB menjalankan kerjasama dengan PetroSaudi.

“Malah, kedutaan Arab Saudi di Malaysia, termasuk beberapa bank utama di sana, menulis surat sokongan untuk PetroSaudi,” katanya.

PetroSaudi dimiliki oleh Putera Turki Abdullah Al Saud, putera ketujuh Raja Abdullah. Putera Turki kemudian menjadi timbalan gabenor dan kemudian gabenor Riyadh, kota paling besar di Arab Saudi.

Selain penjelasan hubungan itu memberi faedah kepada Malaysia, Najib tidak menghuraikan lanjut perkara itu.

Bagaimanapun, Najib berkata hubungan erat dengan Arab Saudi turut membantu permohonan tambahan kuota haji untuk Malaysia.

Mengulas soalan sama ada beliau ada berhubungan dengan Jho Low ketika dakwaan terhadap bilionair itu muncul, Najib berkata ia sudah lama berlalu.

“Ya, saya ada (berhubungan dengan dia) dan dia kata bukan untuknya. Katanya dia bertindak bagi pihak istana Timur Tengah. Itu jawapannya,” katanya.

Najib berkata, beliau tidak bertanya tentang kapal layar mewah Equanimity ketika itu kerana tidak menyedari kewujudannya. (Sumber: Sinar Harian)

KU LI DEDAH SURAT KHAS KEPADA AHLI PARLIMEN 2014

Calon Presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah mendedahkan, beliau pernah menulis surat khas kepada semua ahli parlimen pada 2014, berhubung kebimbangan beliau mengenai isu ekonomi rakyat, rasuah dan lain-lain isu membabitkan kepentingan negara.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, beliau sudah dapat meneka sejak awal lagi negara bakal berhadapan dengan masalah sekiranya isu-isu kepentingan rakyat tidak dapat diatasi.

Namun katanya, respons yang beliau dapat daripada hantaran surat itu, tidak cukup baik kerana ‘tiada seorang pun ahli parlimen memberi maklum balas’.

“Ada! saya ada tegur pemimpin, ada secara lisan, ada setengahnya saya tak dapat tegur secara lisan saya tulis surat bahkan kepada semua ahli-ahli parlimen saya tulis surat…buat pertama kali ahli parlimen di Malaysia ini menulis surat kepada setiap ahli parlimen bahkan termasuk menteri-menteri dan speaker dan sebagainya.

“Saya timbulkan perihal soal kenaikan kos hidup rakyat, dengan pelbagai masalah menimpa mereka soal skandal berbangkit dan bakal berbangkit dengan lebih besar lagi, itu semua saya tulis dalam surat.

“Surat itu diedar kepada setiap ahli parlimen sama ada dalam parti pemerintah dan pembangkang, semua orang dapat, tiada seorang respons, cuba ada seorang cakap sebagai teguran surat itu ketika bahas dasar yang dibentang oleh kerajaan,” katanya dalam wawancara eksklusif bersama Sinar Harian, di kediamannya, hari ini.

Justeru tegasnya, tidak timbul isu beliau tidak pernah memberi teguran kepada pemimpin dalam isu membabitkan rakyat.

“Saya telah ambil inisiatif, tiada respons secara langsung saya terima. Mereka semua boleh membaca dan menulis tidak munasabah apa yang saya tulis mereka tak faham.

“Mereka sudah tahu, kandungan awal surat saya saya sudah timbulkan kemungkinan isu-isu akan berbangkit dan meletup dalam jangka masa terdekat,” katanya.

Surat yang bertarikh 30 Oktober 2014 itu yang sudah dibaca Sinar Harian antaranya menyatakan perspektif ekonomi negara ketika itu menunjukkan bahawa negara kita menuju ke arah yang salah.

Selain itu, ia turut menyatakan sebahagian besar defisit kerajaan dan jumlah hutang negara terlalu banyak yang menyusahkan pinjaman, seterusnya timbul melalui belanjawan pengendalian serta perbelanjaan cukai untuk menyokong penggunaan bagi mencapai pertumbuhan.

Dalam pada itu, surat itu turut menyatakan kenaikan kos sara hidup merupakan isu ekonomi paling mendesak ketika itu.

Selain kos perumahan yang semakin meningkat serta pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan menambahkan lagi tekanan terhadap kos sara hidup.

Dalam surat itu juga, Tengku Razaleigh atau lebih dikenali Ku Li turut menyatakan kebimbangannya akan hutang peribadi kekeluargaan yang ketika itu telah menjangkau paras mencemaskan.

Tengku Razaleigh dalam surat itu turut menyatakan rasuah menjadi punca penambahan kos sara hidup , oleh itu jelasnya beliau amat takut dengan ekonomi negara dan mengajak agar dilakukan reformasi ekonomi bersungguh-sungguh.

Surat berkenaan mengandungi 23 hebahan besar dan dikeluarkan sebanyak enam muka surat. (Sumber: Sinar Harian)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Rampasan Barang. Ini Nasihat TEGAS Peguam Kepada Polis Dan Najib

Terkini Kes Zulfarhan. Perkara KEJAM Berlaku Sebelum Mangsa Ditekap Seterika. Allahu.