in

Rampasan Bilion Ringgit Najib. Ini Respon Anwar Ibrahim Dari Hospital Yang Ditunggu Ramai

Tak Terbayang Individu Yang Mempunyai Harta Bilion Ringgit.

Rampasan Bilion Ringgit Najib. Ini Respon Anwar Ibrahim Dari Hospital Yang Ditunggu Ramai | Wartawan berjaya dapatkan respon Anwar Ibrahim yang kini berada di wad hospital berkaitan nilai rampasan harta berjumlah bilion ringgit dari rumah Najib. Tak sangka.

KEMEWAHAN MELAMPAU YANG MEROSAKKAN NEGARA

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pendedahan nilai rampasan pihak polis di enam premis berkaitan bekas perdana menteri menjadi bukti kerosakan teruk sistem di dalam negara sebelum ini.

“Saya anggap kemewahan dan keborosan ini sangat mengaibkan dan cukup memualkan dan menunjukkan betapa rosaknya sistem dalam negara kita yang ada semua institusi (dari kehakiman sampailah pencegahan rasuah) tetapi perkara ini berlaku berleluasa,” kata Anwar ketika dihubungi program ‘AI’ yang bakal disiarkan pukul 8.15 malam esok.

Tambah Anwar, nilai rampasan terbesar dalam sejarah negara itu perlu dipandang serius oleh kepimpinan sekarang.
BACA: Rantai emas bertatahkan berlian bernilai RM6.4 juta adalah barang kemas paling berharga yang dirampas!

“Pengajarannya ialah pastikan menteri-menteri, pemimpin-pemimpin dipantau seterusnya.

“Bagaimana perbelanjaan mereka? rumah mereka? kenduri-kendara mereka? amalan biasa mereka? Jika tidak, perkara ini akan berulang dan ini bertentangan dengan janji dan sumpah jawatan,” ujarnya.

Menurut Anwar, keadaan ini memaksa bukan sahaja pengisytiharan harta dalam kalangan pemimpin malah pemantauan berterusan oleh badan-badan bebas ke atas semua menteri dan pemimpin bagi mengelak ‘tragedi’ sama berulang. (Sumber: Astro Awani)

VIDEO PELUK TERSEBAR, FASHA, AIDIL TERUS SENYAP

TERSEBARNYA video aktres cantik Fasha Sandha bersama pelakon Aidil Aziz yang kelihatan mesra di lapangan terbang telah mencetuskan persoalan ramai pihak dan hangat diperkatakan.

Sejak semalam, rakaman video yang berdurasi 23 saat itu tular di media sosial dan dipercayai dirakamkan oleh orang awam.

Bertemu dengan aktres ini, pemilik nama penuh Nur Fasha Sandha Hassan, 34, ini enggan memberikan komen lebih lanjut tentang perkara tersebut.

“Saya tak nak komen apa-apa mengenai video itu dan tak akan komen.

“Buat masa sekarang, apa yang saya boleh cakap, dia kawan saya dan merupakan teman rapat saya,” katanya kepada Gempak.

Fasha ditemui ketika hadir pada tayangan perdana filem Blok 404 di e-Curve, Damansara, malam tadi.

Pada masa yang sama, Fasha memberitahu dia selesa menjalani kehidupan solo.

Namun, pelakon terkenal ini memberi bayangan sebenar mengenai hubungannya dengan Aidil dengan mengatakan statusnya ialah ‘single but not available’.

“Saya selesa menjalani kehidupan solo sekarang ini. Rasa senang untuk bergerak, rasa senang untuk bekerja. Tetapi dia antara yang rapat dengan saya buat masa sekarang,” katanya lagi. (Sumber: Astro Awani)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Rampasan Beg Bijan. Amar Singh Dedah Punca Kenapa Ramai Netizen TERGELAK

Rampasan Barang. Ini PERMINTAAN Terkini Najib Buat Ramai TAK SETUJU