in

Lupakan Kisah Lampau. Ni Komen PADU Anwar Ibrahim Buat Najib TERKEDU

Setuju Sangat Dengan Komen Anwar Ibrahim. PADU.

Lupakan Kisah Lampau. Ni Komen PADU Anwar Ibrahim Buat Najib TERKEDU | Raya ari tu, bekas PM, Najib Razak ada pesan kat rakyat supaya lupakan kisah lalu, buka kisah baru. Kenyataan tu buat Anwar Ibrahim untuk memberi jawapan balas buat Najib terus terkedu. Jom baca.

KENYATAAN YANG BETUL TETAPI UNDANG-UNDANG PERLU DILAKSANAKAN

Pada hari pertama Aidilfitri, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak memberi gambaran agar rakyat “membuka lembaran baru dan lupakan kisah lampau”.

Namun Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata: “Semangat itu betul, tapi undang-undang perlu dilaksanakan. Jika ia kesalahan peribadi, kita boleh lupa dan maafkan.

“Wang yang diseleweng, itu perlu melalui proses,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika ditemui di Guar Perahu, Permatang Pauh sebagai mengulas ucapan Hari Raya Najib di Facebook.

Anwar menemani isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menghadiri rumah terbuka malam ini.

Walaupun tidak menjawat jawatan tertentu selepas dibebaskan dari penjara, pendapat Anwar sering menarik perhatian media antarabangsa.

Najib yang kalah pada pilihan raya umum lalu disiasat polis dan SPRM berhubung dakwaan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan dana 1MDB.

Meskipun angin ribut sebelum itu, kira-kira 30,000 penyokong Anwar dan Wan Azizah menghadiri rumah terbuka berkenaan. (Sumber: Malaysiakini)

BEKAS KETUA SPRM BAKAL JADI KSN BARU ?

Bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed dikatakan bakal menggantikan Tan Sri Ali Hamsa sebagai ketua setiausaha negara (KSN) dalam tempoh terdekat ini.

Abu Kassim pada 1 Jun lalu dilantik menjadi ketua pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC) yang berperanan merumuskan dasar pembaharuan antirasuah dalam perkhidmatan awam.

Menurut laporan Sinar Harian, sekiranya cadangan itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhamad V atas nasihat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, GIACC yang diketuai Abu Kassim berkemungkinan akan diletakkan secara terus di bawah KSN.

Laporan itu turut dikongsi Facebook rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam.

Ali, 63, dijangka bersara pada Ogos ini.

Perkhidmatannya sebelum ini disambung secara kontrak ketika pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.

Laporan itu, memetik sumber, berkata kerajaan baru mahukan tokoh antirasuah yang kuat bagi menerajui perkhidmatan awam.

“Pemilihan Abu Kassim dibuat sebagaimana kata-kata Dr Mahathir sebelum ini yang mahu kepakaran beliau membasmi rasuah.

”Beliau ada banyak pengalaman dalam SPRM. Beliau juga berpengalaman di peringkat antarabangsa dan berhubung dengan beberapa agensi anti rasuah lain, selain banyak memberi syarahan antirasuah,” kata sumber itu.

Sumber itu juga dipetik sebagai berkata, pelantikan ABu Kassim kemungkinan diumumkan seawal bulan depan. (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

Comments

Leave a Reply

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Tuduhan Pembangkang Beraya Guna Helikopter. Pramugari Dedah SESUATU Tentang Mat Sabu

Pemilihan Pemimpin UMNO. Ini Kata Dua Muhyiddin Buat Ramai SETUJU