in

Najib Kata Malaysia Ke Zaman Mundur. Ini Jawapan Balas Tun Mahathir Yang WOW

Yang Mana Cadangan Yang Elok Boleh Ambil, Yang Mana Takde Isi, Hanya Bunyi Tong Je, Boleh Tolak Ke Tepi. Kan?

Najib Kata Malaysia Ke Zaman Mundur. Ini Jawapan Balas Tun Mahathir Yang WOW | Dalam ucapan sulung Najib dalam parlimen, beliau kritik kerajaan PH telah bawa Malaysia ke zaman mundur. Lepas ditanya wartawan, ini jawapan balas Tun Mahathir yang Wow. Ramai ahli Umno terkedu ni. Tak sangka.

JAWAPAN BALAS TUN MAHATHIR TERHADAP NAJIB

Adakah rakyat bersedia jika Malaysia kembali ke era bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak. Itulah soalan yang ditanyakan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai mebgulas kenyataan Najib bahawa polis Pakatan Harapan membawa negara “berundur ke masa lalu.”

“Era masa lalu adalah era di mana Malaysia terkenal sebagai Harimau Asia.

“Adakah beliau (Najib) mahu membawa rakyat ke era di mana negara ini dikenali sebagai kleptokrasi dan diketuai oleh seorang kleptokrat?” Soal Mahathir dalam suatu kenyataan hari ini.

Ketika Mahathir pertama kali menjadi perdana menteri, Malaysia melalui pembangunan dan perindustrian yang pesat sehingga digelar ‘Harimau Asia’.

Semalam dalam ucapan sulungnya di Dewan Rakyat sebagai pembangkang, Najib mendakwa kerajaan HARAPAN menggubal ‘dasar yang mundur’.

Antaranya, beliau memetik potongan gaji penjawat awam, meningkatkan subsidi kerajaan serta menggalakkan lebih banyak kereta dan tidak mengutamakan pengangkutan awam.

Menurut Najib ini merupakan polisi yang dikritik gerakan reformasi PKR. (Sumber: Malaysiakini)

TUN MAHATHIR – KERAJAAN TAK BALAS DENDAM

Pentadbiran Pakatan Harapan (HARAPAN) bukan di dalam proses membalas dendam, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kita tidak menganggap semua terlibat di dalam salahlaku, tetapi pentadbiran ini tidak boleh menerima kesalahan yang jelas dan dibiarkan berterusan,” jelas Mahathir dalam suatu kenyataan hari ini.

Pada masa yang sama, beliau mengalu-alukan perletakan jawatan pengarah urusan dan ahli lembaga pengarah Khazanah Nasional Berhad bagi “membolehkan kerajaan menstruktur semula syarikat tersebut” berdasarkan polisi pentadbiran baru yang sedia ada.

“Perletakan jawatan beramai-ramai ini akan memberi ruang untuk menyusun semula Khazanah kerana polisi kami adalah berlainan dari pentadbiran sebelum ini.

“Kami percaya adalah bagus untuk memberi gaji yang tinggi tetapi kita tidak boleh sentiasa mengikut nilai ukuran pihak swasta.

Bonus Berlandaskan Prestasi

“Kita mahu menumpu kepada ganjaran di dalam bentuk bonus yang berlandaskan kepada prestasi kerana ada sesetengah syarikat yang beroperasi pada tahap yang tidak memuaskan,” kata beliau.

Mahathir juga berkata menjadi hak beliau untuk melantik ahli lembaga pengarah baru atau memindah serta menukar mereka.

“Perdana menteri mempunyai hak untuk melantik ahli lembaga pengarah yang baru atau memindahkan mereka ke syarikat lain atau pun mengekalkan sesetengah mereka untuk kesinambungan perjalanan syarikat,” maklum beliau lagi.

Semalam, Khazanah mengesahkan ahli lembaga pengarahnya meletakkan jawatan secara beramai-ramai.

Awal bulan ini, Mahathir berkata Khazanah telah menyimpang daripada tujuan asalnya untuk membantu bumiputera.

Pagi ini, dilaporkan Khazanah merupakan salah satu syarikat GLC yang disyorkan untuk diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Ini Kenyataan Bakal PM Pakistan Yang Baru Menang Pilihanraya Buat Tun Mahathir Yang Ramai Tak Caya

Untuk Dapatkan Ahli Umno Baru. Tindakan Zahid Ni Buat Ramai Pelajar Sekolah GEMBIRA