in

Korea Utara Tiba2 Lancar Peluru Berpandu Ke Jepun. Ini “Respon Pantas” Jepun Yang Buat Ramai TERKEJUT..

Disaat Kemelut Semakin Reda. Tindakan Korea Utara Ni Memang Melampau.

Korea Utara Tiba2 Lancar Peluru Berpandu Ke Jepun. Ini “Respon Pantas” Jepun Yang Buat Ramai TERKEJUT.. | Khalifah Mail Online – Jepun merupakan bekas negara tentera antara yang terhebat di dunia. Lihat sahaja penglibatannya pada Perang Dunia Kedua dahulu. Baru-baru ni tak tentu pasal, Korea Utara telah lancar peluru berpandu ke arah Jepun. Nak tau apa reaksi Jepun. Jom baca selanjutnya di bawah ini.

TINDAKAN TIBA-TIBA KOREA UTARA

Korea Utara membedil peluru berpandu balistik melepasi Jepun dan jatuh ke dalam Lautan Pasifik di pesisir Hokkaido, awal pagi Selasa, kata tentera Korea Selatan dan Jepun.

Peluru berpandu itu yang dikenali sebagai Hwasong-12 dilepaskan selepas tentera Amerika Syarikat dan Korea Selatan mengadakan latihan ketenteraan tahunan di Semenanjung Korea.

Awal bulan ini, Korea Utara mengancam untuk melancarkan peluru berpandu ke laut berhampiran wilayah AS di Guam selepas Presidennya, Donald Trump memberi amaran kepada Pyongyang bahawa mereka akan berdepan api kemarahan jika terus mengancam negara itu.

TAK PERNAH TERJADI SEBELUM NI

Korea Utara melancarkan puluhan peluru balistik di bawah kepimpinan Kim Jong-un dan terbaharu pada Sabtu tetapi bedilan ke Jepun jarang berlaku.

“Tindakan melulu Korea Utara adalah ancaman tidak pernah berlaku sebelum ini, serius dan mengugat negara kita,” kata Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe.

RESPONS PANTAS JEPUN

Jepun kena bertindak pantas. Abe berkata Jepun sedang mengadakan pertemuan tergempar dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk memperkukuhkan lagi tindakan terhadap Pyongyang.

Katanya, ujian peluru berpandu itu merupakan satu pelanggaran yang jelas terhadap resolusi PBB dan kerajaan membantah tindakan tersebut. Keputusan ini agak mengejutkan kerana dilihat ramai sebagai tindakan yang soft-approach.

Perihal Korea Utara ini turut dikritik oleh Korea Selatan.

Sumber : Mstar

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

“Kakak Pakai Selipar Adik Ya, Adik Tak Sempat Jejak Tempat Ni Kan”. Tapi Sedih.. “INI” Berlaku…

Mak MARAH Saya Bila Bagi RM10 Dari RM15 Duit Gaji Hari Saya. Rupanya Ada “SESUATU” Yang Disembunyikan…