Deprecated: Constant FILTER_SANITIZE_STRING is deprecated in /home/khalifahmailonline/htdocs/khalifahmailonline.com/wp-content/themes/bimber/includes/theme.php on line 1305

Notice: Function WP_Scripts::localize was called incorrectly. The $l10n parameter must be an array. To pass arbitrary data to scripts, use the wp_add_inline_script() function instead. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 5.7.0.) in /home/khalifahmailonline/htdocs/khalifahmailonline.com/wp-includes/functions.php on line 6170

Deprecated: Constant FILTER_SANITIZE_STRING is deprecated in /home/khalifahmailonline/htdocs/khalifahmailonline.com/wp-content/themes/bimber/includes/theme.php on line 1305
in

Disekat PBB. “KERJASAMA” Terkini Korea Utara Dan Rusia Ini Buat Amerika TAK SENANG DUDUK

Bila Ada Masalah, Kena Cari Solusinya Cepat-Cepat.

Disekat PBB. “KERJASAMA” Terkini Korea Utara Dan Rusia Ini Buat Amerika TAK SENANG DUDUK | Khalifah Mail Online – Korea Utara semakin terdesak, sudah la ekonomi disekat dunia. Amerika pula baru-baru ni ancam nak hantar peluru berpandu nuklear terbesar dunia ke sana pula (LINK). Akhirnya Korea Utara terpaksa berbaik-baik dengan negara jirannya, Rusia, supaya nanti adalah pendapatan sedikit ke negara.

KERJASAMA KOREA UTARA-RUSIA

Korea Utara bakal menjalankan kerjasama strategik dengan Rusia dengan mengeluarkan lesen kepada sebuah agensi pelancongan Rusia, untuk membawa pelancong ke negara itu. Satu tindakan yang tak pernah dibuat sebelum ini.

Syarikat terbabit, NKOREAN.RU bakal menawarkan lawatan yang memaparkan kepelbagaian kehidupan masyarakat Korea Utara kepada kumpulan seramai 10 orang atau mana-mana individu yang berminat.

TETAPI SYARATNYA SANGAT “KETAT”

Bagaimanapun, pelawat yang ingin mengunjungi Korea Utara perlu menjalani pemeriksaan sebelum mengikuti lawatan terbabit.

Selain itu, mereka juga mesti ditemani pemandu pelancong, yang bertanggungjawab memantau perlakuan dan keselamatan sepanjang tempoh berada di negara itu.

Pada masa sama, pelancong turut dilarang mengambil gambar lokasi strategik dan kemudahan tentera, malah perbualan dengan penduduk tempatan juga tidak digalakkan.

AMERIKA TAK SENANG DUDUK

Langkah menarik lebih ramai pelancong Russia ke Korea Utara, adalah antara usaha Pyongyang untuk menjana pendapatan berikutan sekatan yang dikuatkuasakan Majlis Keselamatan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Ia susulan ujian senjata nuklear dan berpuluh peluru berpandu balistik dilancarkan Korea Utara sejak tahun lalu, yang melanggar ketetapan PBB.

Namun langkah terkini Korea Utara untuk memacu ekonomi dengan industri pelancongan ini telah buat Amerika ternyata tidak senang duduk. Jika pendapatan Korea Utara bertambah, mereka akan banyakkan bajet untuk ketenteraan dan ini sesuatu yang tidak disukai oleh Amerika. – Reuters

Sumber : Berita Harian

Loading...

Deprecated: Constant FILTER_SANITIZE_STRING is deprecated in /home/khalifahmailonline/htdocs/khalifahmailonline.com/wp-content/themes/bimber/includes/theme.php on line 1305

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments


Deprecated: Constant FILTER_SANITIZE_STRING is deprecated in /home/khalifahmailonline/htdocs/khalifahmailonline.com/wp-content/themes/bimber/includes/theme.php on line 1305

Murid Tahun 1 MAUT Dipukul Senior Di Sarawak. Puncanya Amat MENGEJUTKAN

Inilah TEGURAN Imam Besar Masjid Putrajaya Kepada Hafiz Hamidun Yang Buat Ramai SETUJU…