in

“Kakak Pakai Selipar Adik Ya, Adik Tak Sempat Jejak Tempat Ni Kan”. Tapi Sedih.. “INI” Berlaku…

Semoga Roh Nya Bersama Orang Beriman Dan Solehin.

“Kakak Pakai Selipar Adik Ya, Adik Tak Sempat Jejak Tempat Ni Kan”. Tapi Sedih.. “INI” Berlaku… | Khalifah Mail Online – Jika kita bersungguh-sungguh berdoa kepada Allah, pasti doa kita didengari dan dimakbulkan oleh Allah. Namun, jika sudah mendapat nikmat itu, jangan lah lupa dan lalai kepada Allah dan janji-janji yang telah kita ucapkan. Mari baca kisah selanjutnya.

MELENGAHKAN NIAT KE TANAH SUCI

Nama saya Maznah (bukan nama sebenar). SELEPAS sembahyang saya sering berdoa agar Allah murahkan rezeki bagi membolehkan saya menunaikan ibadah haji atau umrah. Malangnya, ketika Allah memberi rezeki yang lebih, saya tidak gunakan untuk menunaikan hajat saya.

Rezeki (duit) yang diterima sering saya gunakan untuk tujuan lain. Keadaan ini berlaku dua tiga kali – Allah beri rezeki lebih, hajat tidak juga saya tunaikan. Selepas itu pelbagai masalah menimpa diri saya terutama yang membabitkan kewangan.

ADIK MENINGGAL DUNIA 2 MINGGU SEBELUM KE TANAH SUCI

Pada saat itu baru saya sedar doa saya telah dimakbulkan Allah, tetapi saya melengah-lengahkan pemergian ke Tanah Suci. Dalam keadaan menyesal, saya nekad menunaikan umrah. Persiapan dibuat dan tarikh pemergian ditentukan pada 17 hingga 30 Ogos 2002. Saya pergi bersama kedua-dua orang tua saya.

Dalam kegembiraan menunggu hari untuk berangkat ke Tanah Suci, adik kandung saya telah menyahut seruan Ilahi pada tanggal 30 Julai 2002. Adik saya kembali ke rahmahtullah dengan hanya meninggalkan pesan kepada emak: “Emak, doakanlah adik sihat ketika emak berada di Baitullah nanti.

GUNA SELIPAR ADIK KETIKA BERIBADAH DI MEKAH

Ketika bermusafir, sedih dan hiba mengenangkannya. Sering teringat dan terbayang wajahnya. Air mata usah dikenang, berlinang tanpa diundang.

Boleh dikatakan kami bertiga selalu saja mengalir air mata teringat pada arwah dan pada pada anak yatim Khairul Bariyah, 3, yang ditinggalkannya.

Seringkali saya memujuk hati “Allah lebih menyayanginya.” Tidak putus-putus kami mendoakan agar Allah kurniakan kebaikan dan kebahagian kepadanya.

Sebelum melangkah ke Tanah Suci, sempat juga saya mencapai selipar peninggalan arwah. Saya bawa bersama ke Tanah Suci. Selipar itulah saya pakai sepanjang saya berada di Makkah dan Madinah.

Hati ini berkata “Kaki kau dik, tak sempat pijak Tanah Suci. Biar kak bawa seliparmu.”

TERJUMPA JEMAAH WAJAH SEIRAS ADIK !

Pada hari kedua berada di Masjid Nabawi, selepas maghrib, saya minta izin emak untuk ke tandas seorang diri. Laluan ke tandas agak jauh. Dalam perjalanan ke tandas pelbagai kenangan terhadap arwah bermain dalam ingatan saya.

Tiba-tiba saya terpandang wajah seseorang seiras adik saya di depan mata. Kami saling berpandangan.

Saya benar-benar terkejut dan berkata: “Aaa… adik!!!” Wajahnya saling tak tumpah adik saya. Selepas berselisih dengannya, saya mempercepatkan langkah ke tandas, dengan harapan saya boleh temuinya sekali lagi dan kemudian memberitahu emak.

Sekembali saya dari tandas, saya terus menuju ke tempatnya. Tetapi hampa dia telah tiada. Hati ini tertanya-tanya, mungkinkah roh adik saya bersama-sama kami di Tanah Suci, atau memang ada pelanduk dua serupa.

Bertambah hairan juga saya kerana seorang jemaah lelaki (orang seiras adik saya itu) boleh berada di kalangan jemaah wanita. Sejak peristiwa itu hati bertambah sayu.

Terkenang arwah semasa hayatnya dan dengan sekelip mata dia meninggalkan kami.

Tetapi hati ini tetap bersyukur, permergiannya pada zahirnya dalam keadaan baik selepas arwah menunaikan solat Isyak dan sempat mengucap dua kalimah syahadah dan akhirnya menyebut ‘Ya, Allah’ sebanyak tiga kali di atas sejadahnya.

Sumber : OhDunia

Loading...

Muka Macam Ustazah, Pak Imam Pun Nak Buat Bini. Tapi PERANGAI “Sebenar” Kat Rumah, Kambing Pun LARI…

Korea Utara Tiba2 Lancar Peluru Berpandu Ke Jepun. Ini “Respon Pantas” Jepun Yang Buat Ramai TERKEJUT..