in

Anak Melayu Cipta POLYDETECT Menang Anugerah Ciptaan Antarabangsa

Jom Ketahui Apa Itu Polydetect

Anak Melayu Cipta POLYDETECT Menang Anugerah Ciptaan Antarabangsa | Khalifah Mail Online – Tiada apa yang boleh dibanggakan lagi selain dari melihat anak Melayu Malaysia berjaya menempah nama di persada antarabangsa dalam bidang teknologi. Khalifah Mail Online difahamkan walau perkara ini telah lama berlalu, namun elok juga diketengahkan kembali untuk menjadi sumber inspirasi kepada generasi muda negara kini. Ikuti beritanya di bawah.

Malaysia sekali lagi menempa sejarah apabila produk Polydetect berjaya memenangi pingat emas pada pertandingan Ciptaan Pameran Idea-idea Produk Baru Perdagangan Antarabangsa (IENA 2007) yang berlangsung di Nuremburg, Jerman baru-baru ini.

Produk yang direka cipta oleh Hashim Mohd. Yusoff untuk kajian ijazah kedoktoran falsafahnya di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai berjaya mengenepikan 800 produk baru dari 35 buah negara.

Polydetect merupakan peralatan dan perisian yang mampu mengesan 10 perkara antaranya pengaruh alkohol, dadah, deraan seksual, kredibiliti, layanan pelanggan, profail pekerjaan dan sikap bekerja dengan ketepatan 85 hingga 95 peratus.

Produk yang saya reka cipta ini mampu mengklasifikasikan sikap pekerja yang ditemu duga berdasarkan tiga kategori iaitu malaikat, manusia atau syaitan, katanya kepada pemberita sejurus tiba di negara ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dari Jerman hari ini.

Hashim, 50, berkata, beliau mula membangunkan produk itu semasa mengambil ijazah sarjana pada tahun 2002 sebelum melanjutkan pengajian di peringkat Ph. D di Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat di UTM.

Beliau berkata, produk yang boleh berfungsi dalam empat bahasa iaitu Inggeris, Melayu, Tamil dan Mandarin itu diusahakan dengan kerjasama Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan Jabatan Linguistik Universiti Putra Malaysia (UPM).

Kami membelanjakan kira-kira RM300,000 untuk membangunkan produk ini, ujar beliau sambil menambah ia telah dipatenkan dan akan dikomersialkan selewat-lewatnya enam bulan lagi.

Polydetect berfungsi merangsangkan perasaan seseorang yang diuji dengan soalan-soalan tertentu itu telah dipertandingkan pada IENA 2007 bagi kategori produk baru penyelidikan dan pembangunan universiti-universiti.

Beliau mendapat penyeliaan daripada Prof. Dr. Ahmad Zaki Abu Bakar serta Prof. Dr. Rose Alinda Alias dari Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat di UTM.

Sumber: Utusan Malaysia

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Subhanallah. 12 Gambar Pulau TIANG Di Scotland. No #7 Buat Ramai TAK CAYA

Krisis Saudi-Qatar. Apa Yang Jadi Kepada Ratusan Unta Di Sempadan Amat MENYEDIHKAN