in

7 Fakta Tentang IPHONE 8 Yang Ramai TAK SABAR Untuk Tahu. No. #5 Paling WOW

Ramai Teruja Kerana Iphone 8 Adalah Edisi Khas Ulang Tahun Apple Smartphone Ke-10

7 Fakta Tentang IPHONE 8 Yang Ramai TAK SABAR Untuk Tahu. No. #5 Paling WOW | Khalifah Mail Online – Bagi peminat dan pengguna iPhone memang sangat teruja bila Apple baru-baru ini umum nak keluarkan model iPhone 8 yang baru sempena ulang tahun ke 10 Apple Smartphones. Kami di Khalifah Mail Online nak pesan sebelum teruja nak berangan untuk beli, boleh baca fakta-fakta tentang gosip Iphone 8 di bawah ni.

1. Tarikh Keluar iPhone 8 ?

Berdasarkan gosip-gosip pakar web gadjet seluruh dunia sepakat mengatakan Iphone 8 bakal didedahkan secara rasmi pada 12 atau 13 September 2017 dan akan mula berada dalam pasaran pada 22 atau 23 September 2017. Ada info dalaman katanya. Wallahualam.

2. Bakal Menggunakan Perisian iOS 11

Pada Jun 2017 yang lalu di konferens WWDC, Apple ada tunjuk demo smartphone dan tablet mereka menggunakan software perisian iOS 11 walaupun masih belum lagi diumum secara rasmi. Kemungkinan besar iphone 8 yang bakal keluar ini akan dilengkapi dengan iOS 11. Apa yang best dengan iOS 11 ni ? Antaranya Siri akan dapat “suara baru”, boleh transfer mesej dari iphone lama ke iphone baru, kemaskini app yang lebih mantap dan macam-macam lagi.

3. Spesifikasi Iphone 8 ?

Banyak yang akan dinaiktaraf tapi perubahan paling besar adalah penggunaan skrin OLED yang canggih (dan jimat penggunaan bateri), cip A11 10nm (lebih tahan lama dan lebih laju), dual-sense camera (sama iPhone 7) dengan penambahbaikan pada kamera hadapan (selfie) yang ada 3D-sensing, dan paling best adalah permukaan hadapan Iphone yang 100% adalah skrin.

4. Boleh Cas Tanpa Wayar (Wireless)

Apple telah sertai Wireless Power Consortium (WPC) pada bulan Febuari 2017 yang lalu. Iphone 8 akan dibekalkan dengan sebuah kotak bateri yang membolehkan pengguna untuk cas phone tanpa guna wayar. So boleh la main game tanpa halangan. Jarak radius untuk cas tanpa wayar ini adalah dalam lingkungan 10 meter. Tetapi berita buruknya, kemungkinan besar hanya satu model dari tiga model Iphone 8 bakal ada fungsi ni.

5. Perlu Ke Tunggu Iphone 8?

Kalau korang sekarang ni tengah guna smartphone jenama lain atau pun menggunakan Iphone 6 dan ke bawah, baik korang tunggu je Iphone 8 ni, kalau ada bajet la. Sebab teknologinya memang betul-betul sangat terkini. Tetapi jika korang tengah guna iPhone 7, tak payah la nak membazir nak upgrade ke iPhone 8. Sebab tak jauh sangat pun perbezaannya. Tapi ikut la, kalau dah kaya nak buat camna kan. Hehe.

6. Harga Iphone 8

Jeng Jeng Jeng Part ni sebenarnya ramai yang nak tau kan ? Ala macam Khalifah Mail Online tak tahu. Harga jangkaan untuk iphone 8 yang bakal keluar adalah bermula dari RM3,390. Tapi nak tau harga betulnya boleh la tunggu nanti tak lama lagi iphone 8 akan keluar.

7. Mampu Ke ?

Kalau korang masih pelajar dan masih bergantung kepada hutang PTPTN, takyah la nak ngada-ngada nak bazir duit beli smartphone mahal-mahal. Ada pelajar lepas tamat belajar, duit PTPTN masih ada banyak lebihan lagi, siap boleh buat bayaran balik tanpa masalah. Ada juga sesetengah pelajar, tamat belajar, duit PTPTN dah abis, pastu tambah hutang-hutang yang entah apa entah berada di keliling pinggang. Renung-renung kan.

EXTRA : VIDEO IPHONE 8

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Neraka Hawiyah – Azab Paling Dasyat. Ramai TERKEJUT Bila Mengetahui Bakal Penghuninya

Apa Hukum Ambil Wuduk Guna Air LAUT MATI ? Ini Jawapan Ustaz Azhar Idrus Yg Amat MENGEJUTKAN