in

Serangan Yaman. Ini Kenyataan Mat Sabu Buat Ramai RESPEK

Ketokohan Mat Sabu Sebagai Menteri Semakin Bertambah Hari Demi Hari.

Serangan Yaman. Ini Kenyataan Mat Sabu Buat Ramai RESPEK | Tular kenyataan pembangkang yang mengatakan Malaysia terlibat dalam serangan ke atas negara Yaman. Dan ini kenyataan Mat Sabu buat ramai respek. Jom baca.

MALAYSIA TAK TERBABIT DALAM SERANGAN YAMAN

Malaysia tidak pernah terbabit dalam operasi menyerang Yaman yang juga sebuah negara Islam, kata Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya akan menilai semula kedudukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Arab Saudi ketika ini.

Beliau berkata, Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan dasar berkecuali dan tidak memihak kepada mana-mana ideologi politik kuasa-kuasa besar dunia.

“Malahan kerajaan Malaysia terbabit secara aktif dalam Pergerakan Negara-negara berkecuali (NAM) dan pernah mempengerusikannya.

“Kerajaan sedang menilai semula keputusan kerajaan terdahulu yang menempatkan satu pasukan ATM ke Arab Saudi bagi tujuan siap siaga untuk evakuasi rakyat Malaysia di Yaman,” katanya dalam kenyataan sebentar tadi.

Mohamad berkata, kehadiran ATM di Arab Saudi secara tidak langsung menyebabkan Malaysia terperangkap dengan konflik di Asia Barat.

“Kerajaan akan membuat keputusan dalam masa terdekat mengenai perkara ini selepas penilaian semula selesai dijalankan,” katanya.

Semalam Badan Hak Asasi Manusia, Lawyers for Liberty, bimbang dengan pembabitan ketenteraan Malaysia dalam peperangan pakatan yang dipimpin oleh Arab Saudi terhadap Yaman yang bermula sejak 2015.

Pengarah Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen, berkata Menteri Pertahanan perlu menjelaskan kehadiran tentera Malaysia di Riyadh dan pembabitan mereka dalam perang di Yaman. (Sumber: Berita Harian)

NAJIB SUSPEK UTAMA

Penyelewengan dan rasuah menggunakan wang kerajaan adalah antara tuduhan yang bakal dikenakan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak susulan penyiasatan ke atas dana kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir memberitahu Reuters dalam temu bual bahawa pasukan penyiasat “mempunyai kes yang hampir sempurna” terhadap suspek utama yang menyeleweng dana 1MDB dan menyalahgunakan berbilion-bilion dolar dana awam.

Beliau juga menyifatkan Najib, pengasas 1MDB, memainkan peranan utama.

“Beliau (Najib) bertanggungjawab sepenuhnya terhadap 1MDB, tidak ada apa-apa yang boleh dilakukan tanpa tandatangannya dan kami mempunyai tandatangannya atas semua perjanjian yang dimeterai oleh 1MDB, oleh itu dia bertanggungjawab,” kata Dr Mahathir.

Selepas bersara sebagai Perdana Menteri pada tahun 2003 selepas 22 tahun mentadbir, Dr Mahathir – 92 tahun – menamatkan persaraan dan menyertai pembangkang untuk menjatuhkan Najib dalam Pilihanraya Umum bulan lalu.

Berikutan kemenangannya yang luar biasa, Dr Mahathir telah membuka semula siasatan ke atas 1MDB dan pembabitan Najib dalam operasinya.

Hasil daripada penyelidikan antikleptokrasi, Jabatan Keadilan Amerika Syarikat mendakwa, lebih daripada AS$4.5 bilion sudah disalahgunakan daripada dana 1MDB dan kira-kira AS$700 juta itu berakhir dalam akaun bank peribadi Najib.

Dr Mahathir juga menghalang Najib dari meninggalkan Malaysia dan pihak polis sudah menjalankan operasi penggeledahan harta yang dikaitkan dengannya manakala Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut menyoal siasat Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Najib secara konsisten menafikan salah laku dan mengulangi minggu lalu bahawa dia tidak mengambil wang dari 1MDB.

Jurucakap Najib tidak dapat dihubungi untuk memberi komen.

Dr Mahathir berkata, penyiasat sedang mencari “beberapa pertuduhan” terhadap Najib dan tuduhan itu akan berdasarkan penyalahgunaan kuasa ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

“Mereka boleh menggunakan pertuduhan seperti “penggelapan, mencuri duit kerajaan, kehilangan wang kerajaan dan sebilangan caj lain dan menggunakan wang kerajaan untuk sogokan,” katanya.

Mahathir berkata Rosmah juga sedang disiasat berkaitan dengan 1MDB.

“Ada wang yang diyakini telah pergi kepadanya (Rosmah), banyak wang,” kata Dr Mahathir.

“Kami tahu tentang perkara ini, tetapi untuk menjejaknya agak sukar kerana beliau (Rosmah) tidak menandatangani apa-apa kertas.

“Najib menandatangani banyak kertas,” katanya.

Dr Mahathir berkata beliau menjangka pihak berkuasa akan membuat tangkapan pertama dalam kes 1MDB dalam tempoh beberapa bulan lagi dan perbicaraan bakal bermula menjelang akhir tahun ini.

“Kami sedang bekerja keras sepantas mungkin.

“Kami rasa, kami sudah mempunyai kes yang hampir sempurna,” katanya.

Diminta menamakan sasaran kes itu, katanya, Najib, Jho Low dan beberapa yang lain.

Low adalah pembiaya Malaysia, yang juga dilihat sebagai tokoh utama dalam skandal 1MDB.

Dia dianggap rapat dengan Najib dan keluarganya.

Peguam Low tidak dapat dihubungi untuk memberi komen.

Dr Mahathir berkata:

“Apabila kita pergi ke mahkamah, kita akan mempunyai keterangan yang jelas tentang salah laku, kita (kerajaan) tidak boleh kalah.” (Sumber: Berita Harian)

Loading...

Comments

Leave a Reply
  1. Lebih bagus Tentera² kita berada di Arab Saudi ataupun Yaman… Bukan saja dapat membantu menyelamatkan rakyat Malaysia tetapi dapat juga membantu orang-orang Islam di Yaman yang ditindas oleh Syiah houthi…Puak² Syiah laknatullah gelak sakan lah kalau kita tarik balik Tentera² kita….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Tindakan Drastik Calon MB Perlis Ni Buat Rakyat Perlis KELIRU

Kapal Perang China Di Laut China Selatan. Ini AMARAN Tun Mahathir