in

Kapal Perang China Di Laut China Selatan. Ini AMARAN Tun Mahathir

Semoga Allah Panjangkan Umur Tun Mahathir. Aaaminn.

Kapal Perang China Di Laut China Selatan. Ini AMARAN Tun Mahathir | Walau ramai orang kata dia ni dah tua tapi ketegasan Tun Mahathir dalam bab kedaulatan negara ni buat China cuak. Jom baca.

TIDAK SETUJU DENGAN KEHADIRAN KAPAL PERANG CHINA

Perdana menteri tidak bersetuju dengan kehadiran kapal perang China di Laut Cina Selatan dan mencadangkan penyelesaian “aman” dengan negara-negara Asean bekerjasama mengawal perairan itu.

Tun Dr Mahathir Mohamad juga mencadangkan kapal perang tidak digunakan, sebaliknya kapal kecil yang mampu menghadapi ancaman lanun.

“Saya rasa tidak patut ada terlalu banyak kapal perang. Kapal perang menyebabkan ketegangan.

“Suatu hari seseorang mungkin buat salah dan pertempuran akan berlaku, sesetengah kapal akan musnah dan mungkin juga berlaku perang.

“Kita tidak mahu perkara ini berlaku,” beliau dipetik sebagai berkata dalam wawancara dengan South China Morning Post yang berpangkalan di Hong Kong.

Mahathir mencadangkan kawalan bersama negara-negara Asean kerana laut itu dikelilingi negara-negara itu.

Selain China dan Malaysia, Laut China Selatan turut menyaksikan perkongsian sempadan antara Vietnam, Filipina dan Indonesia.

“Tetapi jika China mahu turut serta dengan bot kecil, mereka dialu-alukan.

“Sesiapa saja, malah Amerika Syarikat pun jika mereka mahu ambil bahagian, jangan bawa kapal perang di sini,” tambahnya.

Mahathir berkata China juga mempunyai kelebihan jika lautan itu dibiarkan terbuka kerana ia dapat menggalakkan perdagangan.

Beliau membangkitkan Selat Melaka sebagai contoh perdagangan bebas yang mendukung laluan air. (Sumber: Malaysiakini)

SKANDAL BAZAAR. DBKL MANIPULASI KENYATAAN BUAT RAMAI SALAH FAHAM

Anggota Parlimen Kepong, Lim Lip Eng menggesa seorang pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memohon maaf kepada Anggota Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun dalam isu membabitkan bazar Ramadan di Jalan Masjid India.

Ini berikutan Pengarah Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Penjaja DBKL, Anwar Mohd Zain mendakwa dipaksa meluluskan permohonan lot bazar berkenaan kepada pemimpin Pemuda BERSATU, Mohd Noorhisyam Abd Karim selepas menerima surat sokongan daripada Fong.

Lim menuntut Anwar memberikan penjelasan mengenai dakwaan berkenaan.

“Macam mana dia (Fong) paksa? Adakah Fong menggunakan kata-kata yang mengugut dalam surat sokongan kepada Anwar?

“Atau adakah sesiapa pun menggunakan apa-apa isyarat yang mengugut terhadapnya untuk mengeluarkan gerai-gerai tambahan?”Soal Lim ketika ditemui pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Minggu lepas, Noorhisyam terlibat dalam skandal terbabit selepas orang tengah yang mewakili pihaknya didakwa menjual lot-lot bazar di Jalan Masjid India sehingga RM5,000.

Fong turut diheret dalam skandal itu selepas Noorhisyam didakwa mendapat surat sokongan daripadanya untuk mendapatkan kelulusan DBKL bagi mendapatkan lot berkenaan.

The Star kemudian menyiarkan laporan bertajuk “DBKL: We were forced to approve Bersatu youth leader’s application”.

Dalam laporan itu, Anwar dipetik sebagai berkata DBKL memberikan kelulusan kepada Noorhisyam setelah mendapat surat sokongan daripada Fong.

Lim bagaimanapun memetik surat dari Anwar kepada Noorhisyam, di mana pengarah DBKL itu berkata selepas perbincangan antara Fong dan DBKL, Dewan Bandaraya itu bersetuju memberikan lot bazaar kepada ketua Pemuda BERSATU Bukit Bintang itu sekiranya mendapat surat sokongan daripada anggota parlimen.

“Jadi dengan kata lain Anwar memaksa Fong mengeluarkan surat sokongan, dan sekarang sebaliknya kata dia dipaksa.

“Jadi, saya mahu dia meminta maaf secara terbuka kepada Fong kerana memberikan gambaran buruk kepada beliau,” kata anggota Parlimen Kepong itu.

Malaysiakini cuba menghubungi Anwar untuk mendapatkan penjelasan.

Lim bercakap kepada media selepas menemani Fong membuat laporan polis berhubung skandal di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Fong menafikan menerima apa-apa sogokan dari penjualan lot berkenaan.

Pada masa sama, Noorhisyam telah membuat laporan polis pada Isnin lalu menafikan beliau telah menjual lot bazar berkenaan kepada peniaga.

BERSATU telah membuat laporan SPRM terhadap Noorhisyam. (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Serangan Yaman. Ini Kenyataan Mat Sabu Buat Ramai RESPEK

Ini KATA DUA Terkini Ketua SPRM Kepada Kakitangan Awam Buat Ramai SUKA