in

Tindakan Drastik Calon MB Perlis Ni Buat Rakyat Perlis KELIRU

Betul Tindakan Dia Ni. UMNO Memang Tiada Harapan Lagi. Tapi Harap PBBM Jangan Terima Dia.

Tindakan Drastik Calon MB Perlis Ni Buat Rakyat Perlis KELIRU | Adik Shahidan Kassim, Dato Ismail Kassim, yang pernah jadi calon MB, hari ni buat tindakan drastik yang mengejutkan ramai pihak, terutamanya rakyat Perlis kini semakin keliru. Jom baca.

UMUM KELUAR UMNO

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambun Tulang, Datuk Ismail Kassim mengumumkan keluar Umno malam tadi selepas hilang keyakinan kepada pucuk pimpinan parti.

Ismail yang juga adik kepada Pengerusi Perhubungan Barisan Nasional (BN) Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata beliau kini menjadi ADUN bebas dan membayangkan kemungkinan menyertai Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) dalam masa terdekat.

“Secara rasminya saya sudah keluar Umno dan BN untuk menjadi wakil rakyat bebas dalam negeri ini.

“Keputusan ini dibuat atas beberapa faktor dan antaranya ialah saya sudah hilang keyakinan kepada pucuk kepemimpinan parti,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Ismail berkata, keputusan keluar parti itu mula difikirkan sejak tahun 2008 iaitu pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12).

“Saya perlu memikirkan apa yang terbaik untuk rakyat dan perlu untuk menjalinkan hubungan dengan Kerajaan Pusat terutama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat, maka saya perlu seiringan dengan Kerajaan Pusat,” katanya.

Shahidan Tak Tahu

Ismail berkata keputusan itu dibuat tanpa pengetahuan Shahidan kerana beliau bukan boneka ‘sesiapa’.

“Saya bukan ‘puppet’ (boneka) dan dia (Shahidan) nak tahu pasal apa?

“Melalui pengumuman ini secara tidak langsung beliau (Shahidan) akan tahu. Saya nak buktikan bahawa soal adik beradik tak timbul dalam politik. Saya berharap dengan keputusan ini semua pihak dapat menerima dengan lapang dada,” katanya.

Ismail menyertai Umno sejak 30 tahun lalu ketika berusia 28 tahun dan pernah menjadi Ketua Pemuda Umno Perlis, Ketua Pemuda Umno Bahagian Arau dan Timbalan Ketua Umno Bahagian Arau.

Pada PRU-14, Ismail mengekalkan kemenangan BN di DUN Tambun Tulang dan namanya antara yang dicalonkan untuk menjadi Menteri Besar Perlis oleh abangnya.

Bagaimanapun Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail tidak memberikan perkenan baginda dan memilih ADUN Bintong, Datuk Seri Azlan Man sebagai Menteri Besar. (Sumber: Malaysiakini)

DENGAR BUNYI HON KUAT SEBELUM BAS TERBALIK

“Saya sedang tidur, tapi bunyi hon bas yang kuat menyebabkan saya terjaga, sebelum bas tiba-tiba terbalik,” kata Megat Mohd Hakimi Megat Laiman , seorang daripada mangsa kemalangan bas di KM 33.3 Lebuhraya Karak menghala ke ibu negara petang semalam.

Megat Mohd Hakimi, 13, yang merupakan anak mangsa yang meninggal dunia dalam kemalangan tersebut, berkata beliau bersama keluarganya menaiki bas ekspres dari Jengka, Pahang, untuk balik ke rumah mereka di Klang, Selangor.

“Saya bersama ibu, ayah dan adik lelaki berusia 11 tahun menaiki bas dari Jengka pukul 1.30 tengah hari dan jalan memang sesak, tidak sangka bas akan terbalik. Saya juga mengalami sedikit kecederaan di bahagian badan tetapi ia tidak serius,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di tempat kejadian.

Difahamkan, ketika ditemu bual Bernama, remaja itu masih belum dimaklumkan mengenai kematian ibunya, Emylia Mohd Zaki, 35.

Kejadian pukul 6.30 petang itu turut menyebabkan 10 penumpang cedera.

Bas ekspres dinaiki 40 penumpang dan seorang pemandu itu dalam perjalanan dari Jerantut, Pahang ke Shah Alam dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan dan terbalik.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Bomba Selangor, Alimaddia Bukri berkata baki 30 lagi penumpang dan pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur, Hospital Sungai Buloh dan Hospital Selayang.

Sementara itu, bapa Megat Mohd Hakimi, Megat Laiman, 40 ketika ditemui pemberita di Hospital Selayang, masih dalam keadaan terkejut.

“Saya tak mampu nak bercakap…kaki saya sakit dan berdenyut,” katanya. (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Ditegur Anwar. Ini Jawapan BALAS Lim Guan Eng. WOW.

Serangan Yaman. Ini Kenyataan Mat Sabu Buat Ramai RESPEK