Deprecated: Constant FILTER_SANITIZE_STRING is deprecated in /home/khalifahmailonline/htdocs/khalifahmailonline.com/wp-content/themes/bimber/includes/theme.php on line 1305

Notice: Function WP_Scripts::localize was called incorrectly. The $l10n parameter must be an array. To pass arbitrary data to scripts, use the wp_add_inline_script() function instead. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 5.7.0.) in /home/khalifahmailonline/htdocs/khalifahmailonline.com/wp-includes/functions.php on line 6170

Deprecated: Constant FILTER_SANITIZE_STRING is deprecated in /home/khalifahmailonline/htdocs/khalifahmailonline.com/wp-content/themes/bimber/includes/theme.php on line 1305
in

Pukul 5 Pagi. Nampak Motorsikal Depan Tandas Stesen Minyak. Selepas Sejam Apa Yang Ditemui Amat MENGEJUTKAN

Ajal Datang Dalam Bentuk Yang Tak Tersangka. Takziah.

Pukul 5 Pagi. Nampak Motorsikal Depan Tandas Stesen Minyak. Selepas Sejam Apa Yang Ditemui Amat MENGEJUTKAN | Khalifah Mail Online – Pukul 5 pagi nampak ada motorsikal depan tandas. Lepas sejam seorang pekerja stesen minyak mula rasa ada “sesuatu” yang tak kena bila ketahui pintu tandas masih terkunci dari dalam. Bila buka pintu tandas tu je terkejut bila dapati….

TEMUI LELAKI MENINGGAL DUNIA DALAM TANDAS

LELAKI berusia 40-an ditemui meninggal dunia dalam tandas stesen minyak di Merang, Setiu, kira-kira 5 pagi hari ini.

Kejadian disedari seorang pekerja stesen minyak itu yang menemui motosikal dipercayai digunakan mangsa di depan tandas, kira-kira jam 5 pagi, sebelum menghubungi polis selepas mendapati pintu tandas berkunci lebih sejam.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Zulkifli Mat Deris ketika dihubungi, berkata Balai Bomba dan Penyelamat Setiu menerima laporan kejadian itu jam 6.43 pagi.

PELIK BILA LEPAS SEJAM MASIH TAK KELUAR

“Pekerja stesen minyak itu mulanya tidak mengesyaki apa-apa tetapi selepas lebih sejam apabila dia dapati motosikal berkenaan masih di situ dan pintu tandas berkunci dari dalam, dia bertindak menghubungi polis,” katanya hari ini.

Menurutnya, selepas menerima laporan, beberapa angota bomba bergegas ke lokasi dan terpaksa menggunakan alat pemotong untuk membuka pintu tandas yang berkunci dari dalam.

“Selepas pintu berjaya dibuka, lelaki itu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat kemudian dihantar ke Hospital Setiu untuk tindakan lanjut,” katanya.

Zulkifli berkata, polis yang menjalankan siasatan tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri mangsa.

KEMATIAN MENGEJUT

“Bagaimanapun, semakan dilakukan mendapati motosikal yang ditemui di depan tandas dimiliki seorang lelaki berasal dari Kampung Penarik Setiu.

“Polis sedang menjalankan siasatan lanjut dan setakat ini kematian mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai maklumat mengenai mangsa menghubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sumber: Harian Metro

Loading...

Deprecated: Constant FILTER_SANITIZE_STRING is deprecated in /home/khalifahmailonline/htdocs/khalifahmailonline.com/wp-content/themes/bimber/includes/theme.php on line 1305

Comments

2 Pings & Trackbacks

  1. Pingback:

  2. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments


Deprecated: Constant FILTER_SANITIZE_STRING is deprecated in /home/khalifahmailonline/htdocs/khalifahmailonline.com/wp-content/themes/bimber/includes/theme.php on line 1305

SUBHANALLAH. Saintis Temui “SESUATU” Di Kaki Lelabah Yang Buat Ramai Peminat Kucing TERKEJUT

Wartawan Dedah CARA HALUS Israel Bantu Myammar Bunuh Rohingya Yang Buat Ramai GERAM