in

Heboh Kerusi Batu Bakal Diberi Kepada Anwar. Ini Jawapan Balas Prabakaran

Apa-Apa Pun Memang Respek Kepada Anak Muda Ni. Selain Telah Buat Rekod Malaysia, Dia Juga Cergas Buat Kerja Rakyat.

Heboh Kerusi Batu Bakal Diberi Kepada Anwar. Ini Jawapan Balas Prabakaran | Heboh Kerusi Parlimen bakal dikosongkan untuk beri laluan kepada Anwar ? Ini jawapan balas berani Prabakaran, ahli parlimen termuda Malaysia, yang mengejutkan semua. Tak sangka.

TIDAK PERNAH ADA PERBINCANGAN SEPERTI ITU

AHLI Parlimen termuda, P Prabakaran yang mewakili Parlimen Batu menjawab khabar angin kononnya beliau akan diminta mengosongkan kerusinya untuk memberi laluan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ada khabar angin YB diminta untuk mengosongkan kerusi Parlimen Batu untuk beri laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim?

Itu hanya sekadar ura-ura, setakat ini tiada sebarang perbincangan mengenai saya perlu mengosongkan kerusi Parlimen Batu untuk memberi laluan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hal ini bukan bermaksud saya tidak akan berundur,namun tiada perbincangan ke arah itu.

Apa pendapat YB tentang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menjadi Presiden PKR?

Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah idola dalam PKR kerana beliau telah menterjemahkan impian Datuk Onn Jaafar untuk menubuhkan sebuah parti yang membuka keahlian kepada rakyat berbilang kaum.

Bagi saya Anwar ialah juara dalam perjuangan ideologinya, dan kemenangannya tanpa pencabar bagi posisi Presiden PKR adalah bukti penerimaan ahli terhadap kepimpinannya.

Beliau seorang pemimpin yang tidak rasis dan saya harap semua akan dapat bekerjasama dengan Anwar tanpa sebarang perselisihan faham.

Apakah impian rakyat di Parlimen Batu terhadap YB?

Masalah utama bagi penduduk di Parlimen Batu ialah isu perumahan dan berkisar tentang masalah kemiskinan bandar. Seperti kebanyakan masalah perbandaran lain, rakyat di Batu berdepan isu infrastruktur seperti rumah, longkang, jalan raya.

Saya ada bekerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menyelesaikan masalah ini. Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad memaklumkan DBKL sedang menangani 73,000 kes perumahan tertangguh.

Saya berjanji akan bekerja keras untuk mengurangkan bebanan masalah rakyat. (Sumber: Sinar Harian)

NAJIB HAIRAN PROJEK JUAL NEGARA KINI PENTING PULAK?

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hairan mengapa projek dibuat semasa beliau menjadi Perdana Menteri dilabel menjual negara tetapi sekarang, ia tiba-tiba menjadi projek penting.

Menurutnya, projek yang boleh membawa Melaka ke zaman kegemilangan Kesultanan Melaka walaupun projek itu tidak mengalami apa-apa perubahan dari segi skop projek atau pemegang saham.

“Saya masih ingat bagaimana Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamed pernah melawat Forest City sambil menuding jarinya ke papan tanda iklan hartanah hak milik kekal.

“Anaknya Mukhriz Mahathir pula menuduh saya sebagai satu-satunya Perdana Menteri yang jual tanah hak milik kekal kepada warga asing,” katanya dalam laman sosial Facebooknya hari ini.

Najib berkata, sebelum PRU14, dua isu utama termasuk projek Melaka Gateway sering dimainkan Dr Mahathir dan pemimpin PH dengan menuduhnya menjual negara.

Katanya, Dr Mahathir sering menyerangnya dengan melabel projek itu sebagai buktinya menjual kedaulatan negara kepada pihak asing.

“Apa-apa pun, tohmahan dan fitnah dilakukan saya reda dan memaafkan mereka yang membuat tuduhan melulu sebelum ini.

“Saya optimis projek-projek ini bakal memberi pembangunan ekonomi dan menjana pekerjaan,” katanya.

Beliau juga mendoakan projek-projek tersebut akan dimajukan dengan lancar dan matlamat tercapai. (Sumber: Sinar Harian)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

SUBHANALLAH. Penduduk Jepun GEMPAR Sotong Gergasi Tiba-Tiba Muncul Di Jeti.

Saja Menjala Di Tepi Parit. Apa Yang Diperolehi Buat Penduduk Kampung JELES