in

Kritik Kerajaan. Ini Respon Tun Mahathir Terhadap Anwar Yang Buat Ramai RESPEK

Akhlak Hebat Begini La Yang Kita Perlukan Untuk Pemimpin Tinggi Negara. Gentleman.

Kritik Kerajaan. Ini Respon Tun Mahathir Terhadap Anwar Yang Buat Ramai RESPEK | Ada beberapa isu menampakkan Anwar Ibrahim menegur pemimpin Kerajaan PH. Lepas ditanya wartawan, ini respons Tun Mahathir terhadap Anwar yang buat ramai respek. Jom baca.

ITU HAK, DAN DIA BUKAN DALAM KERAJAAN

Ada pihak yang tidak senang apabila Ketua Umum Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan berkaitan dasar kerajaan.

Terbaru, beliau menasihatkan Lim Guan Eng agar menyerahkan tugas membongkar salah laku dan penyelewengan pentadbiran lalu kepada menteri atau agensi lain kerana menurutnya statusnya sebagai menteri kewangan adalah sensitif.

Bagi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Anwar – seperti orang lain – bebas memberi pandangan berhubung keputusan dan dasar kerajaan.

“(Anwar) seperti orang lain, dia boleh ulas – buat apa saja komen. Dia bukan dalam kerajaan,” katanya dalam wawancara bersama Channel News Asia.

Namun, kata Mahathir, kerajaan akan tetap dengan keputusannya sebaik Kabinet mencapai persetujuan.

“…Mereka yang tiada dalam kerajaan boleh beri komen. Mereka boleh kata apa saja, tetapi kami adalah kerajaan,” katanya lagi seperti dipetik.

Antara yang menjadi perhatian utama selepas PRU ke-14 adalah hubungan antara Mahathir dan Anwar, selepas mengambil kira sejarah dua pemimpin itu.

Perbezaan pandangan mereka dalam beberapa isu menimbulkan keresahan berhubung kestabilan kerajaan HARAPAN.

Mengikut aturan sebelumnya, Mahathir akan menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar dalam masa dua atau tiga tahun tetapi tiada tarikh tepat untuknya.

Mahathir berkata beliau boleh bekerjasama dengan pihak yang tidak bersetuju dengannya seperti kali pertama beliau memimpin negara.

“Saya sentiasa boleh kekal dan bekerja dengan mereka yang menentang saya. Ada ramai yang menentang saya…tetapi saya (berjaya) menanganinya.

“Jika saya tidak dapat tanganinya, saya akan letak jawatan,” katanya lagi.

Najib Bukan ‘Anwar Baru’

Wawancara itu juga menyentuh hubungan antara Mahathir dengan Najib. Sama seperti Anwar, Najib dilihat sebagai bekas ‘anak didik’ yang bertukar menjadi musuh.

Mahathir malah pernah menyuarakan kekesalannya kerana menyokong Najib untuk menggantikan Tun Abdullah Badawi sebagai perdana menteri.

Mengulas perkara itu, Mahathir berkata beliau yakin bahawa situasi kini berbeza.

“Kes (terhadap Najib) lebih jelas…seluruh pilihan raya berdasarkan dakwaan (terhadapnya). Jadi orang tidak akan kata saya menganiayanya.

“Mereka tahu kesalahan yang telah Najib lakukan. Kebimbangan mereka adalah dia mungkin terlepas…peguam yang bagus mungkin dapat membuatnya terlepas (daripada hukuman),” katanya lagi. (Sumber: Malaysiakini)

MENTERI EKONOMI “BURU” TOYOL OF SELANGOR YANG SEBAR FITNAH JAHAT

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta pasukan guamannya memohon Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengenal pasti identiti pemilik blog Toyol of Selangor yang didakwa memfitnahnya.

Tindakan itu bagi membolehkan beliau mengambil tindakan undang-undang ke atas pemilik blog yang mendakwa beliau mempunyai wang RM300 juta di luar negara.

“Tindakan undang-undang ini bertujuan menghentikan penyebaran fitnah yang secara sengaja berniat jahat untuk menggugat kewibawaan dan integriti menteri hal ehwal ekonomi,” kata setiausaha akhbarnya Mohd Hassanal Bolqiah Bin Mohd Yusoff .

Azmin kelmarin dilapor menafikan dakwaan itu dan bersedia mengisytiharkan aset yang sudah menjadi amalannya sejak beliau mula berkhidmat sebagai wakil rakyat pada 2008.

Laporan menyebut, penulis blog yang mengaku sebagai kakitangan Azmin mendakwa bekas menteri besar Selangor itu telah “merompak duit rakyat” dan kini mahu “merompak aset persekutuan”.

Penulis blog itu yang tidak diketahui identiti mendakwa penyiasatan bebas menemui pelbagai akaun bank dikaitkan dengan Azmin di pelbagai negara termasuk di Indonesia, Singapura, Dubai, Hong Kong, India, Shanghai, China; Abu Dhabi, Australia; Zurich, Switzerland dan Amerika Syarikat.

Dalam kenyataannya hari ini, Mohd Hassanal Bolqiah berkata Azmin juga sangat kecewa dengan media yang melaporkan dakwaan dari sumber yang tidak berwibawa, sekali gus terperangkap dalam politik kotor.

Semakan Malaysiakini sebentar tadi mendapati blog itu tidak boleh lagi dicapai. (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Isu Cincin. Najib Dan Rosmah Tarik Balik Saman Terhadap Rafizi. Ini Puncanya.

Doktor Dedah TEKNIK Bijak Tun Mahathir Buat China Melutut. Memang WOW.