in

Bertanding Parlimen. Ni Jawapan Anwar Ibrahim Yang Ditunggu Ramai

Semoga Allah Permudahkan Segala Urusan Negara. Amin.

Bertanding Parlimen. Ni Jawapan Anwar Ibrahim Yang Ditunggu Ramai | Ramai tertanya-tanya bila Anwar Ibrahim akan bertanding parlimen. Akhirnya semalam ketika open house, wartawan sempat bertanya dan ini jawapan Anwar Ibrahim yang ditunggu ramai. Jom baca.

ANWAR SERAH KEPADA TUN MAHATHIR UNTUK PILIH WAKTU SESUAI

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata beliau tidak berhasrat bertanding semula (parlimen) sekarang, sebaliknya akan menghadiri program-program penerangan mengenai rancangan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) membina semula negara.

Anwar berkata beliau akan bertolak ke Turki hari ini untuk menghadiri program bersama Presiden Recep Tayyip Erdogan.

“Saya baru balik dari London sehari sebelum Raya dan semua orang nak tahu semangat perpaduan Malaysia yang berbilang kaum sehingga mampu menjatuhkan kerajaan lama dan membina kerajaan baharu,” maklum beliau seperti dipetik Bernama sebagai berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar di Pulau Pinang, malam tadi.

Beliau berkata mempunyai komitmen untuk berkongsi pengalaman politiknya di Malaysia dengan negara luar.

“Saya tidak fikir lagi untuk bertanding semula dan menyerah kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menentukan masa yang sesuai,” katanya.

‘Dibelasah kiri dan kanan’

Bagaimanapun, pada 5 Jun lalu, bekas ketua pembangkang itu dilaporkan berkata akan mempercepatkan proses kemasukannya semula ke parlimen.

“Saya duduk di penjara 10 tahun. Saya dibelasah kiri dan kanan. Kemudian mereka kata saya tidak patut jadi ahli parlimen.

“Saya rasa pandangan itu melampau daripada sesetengah orang, kononnya kerana mereka takut saya akan ganggu (pentadbiran sekarang).

“Takkan saya tak boleh jadi ahli Parlimen biasa,” katanya.

Pada majlis yang sama, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengucapkan terima kasih kepada penduduk Permatang Pauh yang turut membantu melakarkan sejarah baharu Malaysia dengan menewaskan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

“Selepas sekian lama meninggalkan Permatang Pauh, saya teruja dengan sokongan yang masih diberikan oleh penduduk di sini,” katanya.

Lebih 2,000 pengunjung menghadiri majlis itu Dataran Rakyat Guar Perahu dekat Penanti di sini dan antaranya Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow serta beberapa pemimpin kerajaan negeri. (Sumber: Malaysiakini)

AMARAN SHAFIE APDAL BUAT SETIAUSAHA DUN SABAH CUAK

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata setiausaha Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah mungkin dipecat kerana membenarkan pembangkang mengadakan majlis angkat sumpah pada 12 Jun tanpa memaklumkan kepada kerajaan negeri dan Yang di-Pertua Negeri.

“Kami akan membuat keputusan bersama para penggubal undang-undang dan pihak berkuasa berkaitan lain,” katanya semasa sambutan Hari Raya negeri, lapor The Star hari ini.

Semasa sidang pertama DUN dan istiadat angkat sumpah pada 11 Jun lalu, kesemua 21 wakil rakyat daripada BN Sabah dan STAR tidak hadir.

Sebaliknya, mereka mengadakan majlis angkat sumpah berasingan pada hari berikutnya 12 Jun untuk semua ADUN, kecuali ADUN Sg Sibuga dan bekas ketua menteri Datuk Seri Musa Aman serta ADUN Apas, Nizam Abu Bakar Titingan.

19 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) itu boleh menunggu untuk angkat sumpah pada 2 Julai, iaitu ketika sidang seterusnya dijadualkan, kata Shafie.

Kenapa Lakukan Sendiri?

Beliau menjelaskan mereka sepatutnya mengikut peraturan mesyuarat DUN.

“Mengapa memilih untuk melakukannya sendiri tanpa memaklumkan kepada kami?” Soal beliau.

Berdasarkan kejadian ini, Shafie memaklumkan pentadbiran DUN akan melalui beberapa perubahan supaya semua orang memahami prosedur.

“Ini bukan campur tangan kerajaan negeri di dalam dewan undangan negeri. Kami akan menuruti peraturan tetap mesyuarat (DUN) dan undang-undang,” katanya.

Beliau berkata parti pembangkang perlu mengenepikan perbezaan mereka dan bekerjasama dengan kerajaan negeri yang baharu. (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Pemilihan Pemimpin UMNO. Ini Kata Dua Muhyiddin Buat Ramai SETUJU

1MDB. Ini Kenyataan TERKINI KJ Buat Ramai Ahli UMNO Setuju