in

Isu GST. Kenyataan Terkini Menteri Perdagangan PH Buat Najib Razak Terkedu

Penurunan Harga Barang Akan Ambil Masa. Mohon Pembangkang Sabar Ye.

Isu GST. Kenyataan Terkini Menteri Perdagangan PH Buat Najib Razak Terkedu | Menteri Perdagangan baru ni keluarkan kenyataan yang mengejutkan tentang cukai GST dan membuatkan Najib Razak terkedu lalu terus keluarkan kenyataan balasnya. Tak sangka. Wah2.

NAJIB – HARGA BARANG TAK TURUN BANYAK SELEPAS GST 0%

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau terkejut dengan kenyataan menteri berkaitan harga barang selepas kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) disifarkan awal bulan lalu.

“Terkejut saya pagi ini apabila membaca kenyataan menteri Pakatan Harapan yang mengakui GST bukan sebab utama harga barang naik biarpun itulah modal dan tohmahan digunakan terhadap kerajaan sebelum pilihan raya.

“Pada masa itu, Pakatan Harapan tidak menerima jawapan kita malah mempersendakannya. Kini, Pakatan Harapan terpaksa menelan hakikat di sebalik tuduhan mereka sendiri,” katanya.

Najib berkata demikian ketika berkongsi pautan berita di Malaysiakini semalam yang melaporkan penurunan rendah harga barangan menyebabkan rakyat belum merasai sepenuhnya pelaksanaan GST berkadar sifar.

Laporan Bernama itu memetik Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebagai berkata harga barangan dilihat kekal kerana penurunan harga hanya bermula dari 0.04 hingga 13 peratus dan melibatkan 70 peratus daripada 417 barangan basah, kering, keperluan bayi dan lain-lain.

Saifuddin juga berkata harga makanan dan minuman turun di premis restoran makanan segera, namun tidak di restoran ‘mamak’, yang malah ada yang menaikkan harga.

Beliau berkata kementerian memberi nasihat dan amaran sebelum tindakan undang-undang diambil.

Dalam kenyataannya di Facebook hari ini, Najib berkata beliau bimbang apabila cukai jualan dan perkhidmatan (SST) diperkenalkan semula dan diperluas September nanti, harga barang akan naik lebih tinggi.

Ini, katanya, memandangkan harga barang tidak turun selepas GST disifarkan.

“Inilah bahaya apabila sistem cukai diubah sesuka hati dan BN pernah memberi amaran sebelum PRU14 mengenai ini,” katanya.

Beliau berharap harap kerajaan akan buat sesuatu untuk memastikan kebimbangan itu tidak menjadi kenyataan. (Sumber: Malaysiakini)

NGO LOKMAN ADAM ANJUR DEMO TANGAN DIIKAT MULUT DITUTUP

Sebuah NGO yang dikenali sebagai Pemantau Malaysia Baru akan menganjurkan himpunan pada 16 Julai bagi membantah ‘pemerintahan DAP’ yang didakwanya “memperkudakan” Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad.

Presidennya, Lokman Noor Adam berkata bantahan itu akan diadakan di kawasan parkir Bukit Aman sempena keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong ke majlis angkat sumpah anggota parlimen di Dewan Rakyat.

Pada himpunan itu, mereka akan berarak dengan mulut ditutup dan tangan diikat sebagai simbolik hilangnya hak Yang di-Pertuan Agong, katanya yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno.

“Semua rakyat Malaysia dijemput hadir dengan membawa pita pelekat dan tali. Kita tidak akan menjerit atau terpekik terlolong kali ini.

“Sebagai simbolik hilangnya hak YDP Agong untuk bersuara dan menjalankan tanggungjawab baginda mempertahankan Islam dan kepentingan bangsa Melayu, kita akan berarak dengan mulut ditutup dengan pita pelekat dan tangan diikat,” katanya.

Lokman dalam kenyataan mendakwa tindakan DAP mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi sudah semakin menampakkan kejayaan, bermula dengan pelantikan Lim Guan Eng sebagai menteri kewangan dan Gobind Singh Deo sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Katanya, terbaru Tun Md Raus Shariff didesak meletakkan jawatan bagi dilantik seorang lagi “penganut Kristian”, Tan Sri Richard Malanjum ke jawatan penting itu.

Richard, katanya merupakan hakim yang membenarkan kes murtad Lina Joy pada 2007 dan merupakan salah seorang daripada tiga hakim pada yang telah mengundi untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah bagi merujuk kepada Jesus oleh akhbar The Herald.

“Kalau umat Islam masih buta dan tidak nampak kebinasaan kepada agama Islam, kepentingan Melayu, tanahair dan kedudukan Raja-raja Melayu, tiada apa lagi yang dapat saya perkatakan.

“Sampai bila kita hanya mahu menentang kebatilan dengan hati?” soalnya. (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Isu Maknyah. Ini Komen Dr Maza Yang Ditunggu Ramai. Kongsikan.

Aduh Siapa Sangka. Tindakan Pacquiao Jaguh Tinju Dunia Kepada PM Kita Buat Ramai Terkedu