in

Selepas Angkat Sumpat Ketua SPRM. Ini Kenyataan Shukri Abdull Yang Ditunggu Ramai

Semoga Allah Permudahkan Urusan Untuk Galas Tanggungjawab Yang Sangat Berat Ini.

Selepas Angkat Sumpat Ketua SPRM. Ini Kenyataan Shukri Abdull Yang Ditunggu Ramai | Ramai tak sabar mendengar kenyataan Shukri yang baru angkat sumpah jadi ketua SPRM. Tak sangka.

SIASATAN 1MDB 50% SELESAI

Siasatan berhubung kes 1MDB telah 50 peratus selesai, kata ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.

Ketua Pesuruhjaya SPRM itu yang ditemui selepas istiadat mengangkat sumpah jawatan di Istana Negara hari ini juga berharap proses siasatan kes akan selesai dijalankan secepat mungkin.

“Saya bersyukur atas pelantikan ini dan ini merupakan satu amanah besar kepada saya untuk menjalankan tugas yang diberikan.

“Fokus saya ketika ini tetap menjalankan kes sekarang iaitu berkaitan RM2.6 bilion.

“Doakan supaya kes ini diselesaikan secepat mungkin,” katanya merujuk kepada RM2.6 billion yang dikatakan telah disalurkan ke akaun peribadi bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sebelum ini SPRM telah memanggil tiga individu bagi memberi keterangan berhubung kes 1MDB iaitu Najib, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan anak tiri Najib, Riza Aziz.

Terdahulu, Mohd Shukri yang dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 18 Mei lepas mengangkat sumpah jawatan di hadapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Beliau menggantikan Tan Sri Dzulkifli Ahmad yang meminta ditamatkan kontrak perkhidmatannya pada 14 Mei lepas dan kembali bertugas di Pejabat Peguam Negara.

Mohd Shukri, 58, pernah berkhidmat selama 32 tahun bersama SPRM sebelum bersara awal pada 2016. Jawatan terakhir yang dipegang beliau adalah Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM.

Mohd Shukri yang berpengalaman luas dalam kes siasatan jenayah, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Turut hadir menyaksikan istiadat pelantikan adalah Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun. (Sumber: Malaysiakini)

FUZIAH SEDIA TEMUI SAFIEY DAN SAJAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh bersedia menemui dua usahawan kosmetik Nur Sajat Kamaruzzaman dan Safiey Ilias yang dikatakan menghadapi konflik identiti diri bagi membantu mereka kembali kepada fitrah.

Fuziah yang mempunyai latar belakang dalam bidang kauseling berkata konflik dalaman kedua-dua personaliti itu perlu diselesaikan dengan pendekatan berhemah, bukan dengan membenci mereka.

“Saya tidak mengatakan apa yang dilakukan mereka itu betul dan boleh diterima kerana yang haram tetap haram, tapi pendekatan dakwah yang perlu diambil … bukan dengan cara menghukum,” katanya semasa ditemui Bernama pada Jamuan Aidilfitri Maahad Tahfiz Negeri Pahang di Kuantan semalam.

Nur Sajat dan Safiey Ilias yang merupakan usahawan terkenal dipercayai menghadapi konflik identiti diri dan saling menyindir antara satu sama lain di laman sosial masing-masing.

Fuziah menambah pengalamannya sendiri pernah menyaksikan golongan lelaki yang menyerupai wanita kembali kepada fitrah apabila didekati secara berhemah. (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Nak Renovate Bilik Air. Tak Sangka Terjumpa SESUATU Dalam Dinding

NGO Buat Laporan Polis Terhadap PM, KP SPRM. Ini Puncanya Buat Ramai Terkedu