in

NGO Buat Laporan Polis Terhadap PM, KP SPRM. Ini Puncanya Buat Ramai Terkedu

Sebab Takut Dilihat Sebagai UMNO, Jadi Depa Guna NGO. Tapi Hakikatnya Adalah UMNO Jugak. Huhu.

NGO Buat Laporan Polis Terhadap PM, KP SPRM. Ini Puncanya Buat Ramai Terkedu | Sebuah NGO yang diketuai Lokman Adam, ahli UMNO dengan beraninya buat laporan polis terhadap Tun Mahathir dan Dato Shukri Abdull. Puncanya buat ramai terkedu. Tak sangka.

KONONNYA FITNAH BEKAS PERDANA MENTERI, NAJIB

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pemantau Malaysia Baru membuat dua laporan polis terhadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull, hari ini.

Laporan itu dibuat secara berasingan di Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.

Presidennya, Datuk Lokman Noor Adam berkata, laporan itu dibuat untuk menggesa satu siasatan dilakukan terhadap kedua-dua individu berkenaan kerana didakwa memfitnah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan mengamalkan politik dendam.

Katanya, laporan pertama dibuat terhadap Shukri selepas tindakan beliau membekukan akaun keluarga Najib yang dilihat mempunyai unsur membalas dendam.

“Langsung tidak munasabah tindakan membekukan akaun cucu Datuk Seri Najib, iaitu Adam Razak, yang baru berusia 10 bulan, mengikut Seksyen 44(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

“Kita syak tindakan Datuk Seri Mohd Shukri ini dibuat untuk membalas dendam berdasarkan apa yang dikatakan oleh beliau dalam sidang media di awal pelantikannya.

“Selain itu, kita juga syak tindakan membekukan akaun ahli keluarga Najib yang lain seperti anak-anaknya Nooryana Najwa, Ashman, Nizar dan Puteri Norlisa adalah untuk menggagalkan usaha membayar separuh lagi wang jaminan Isnin ini,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan perhimpunan di hadapan Kompleks Sogo di sini, hari ini.

Perhimpunan itu turut disertai hampir 50 individu merangkumi ahli NGO dan penyokong Najib.

Lokman berkata, laporan terhadap Dr Mahathir pula dibuat di atas tindakan beliau sejak tiga tahun lalu yang memfitnah dan menuduh Najib mencuri wang berjumlah RM2.6 billion daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Fitnah ini kemudian dipercayai oleh rakyat Malaysia yang kemudian mengambil keputusan untuk mengundi Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu.

“Saya amat terkejut apabila pendakwaan Rabu lalu terhadap Najib langsung tidak menyentuh mengenai RM2.6 billion ini.

“Maka, saya gesa polis segera melakukan siasatan berdasarkan dua laporan yang dibuat ini, seterusnya membubarkan parlimen dan adakan pilihan raya semula kerana kerajaan yang dipilih pada pilihan raya lalu adalah berdasarkan fitnah,” katanya.

Semalam, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki, menafikan dakwaan akaun bank milik cucu Najib turut dibekukan ekoran siasatan 1MDB.

Ia sekali gus menolak dakwaan anak perempuan Najib, Nooryana Najwa, bahawa akaun peribadi miliknya serta anak lelakinya berusia 10 bulan dibekukan, yang dibuat menerusi muat naik di Facebook bertajuk Malaysians for Civil Liberty (Rakyat Malaysia untuk Kebebasan Sivil).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah, berkata perhimpunan itu tidak mendapat kebenaran polis, namun pihaknya tetap melakukan pemantauan di sekitar perhimpunan berkenaan dan berharap ia berjalan dengan aman.

Tambah beliau, polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan susulan sekiranya mereka menimbulkan kekacauan atau melakukan sebarang kesalahan sepanjang perhimpunan itu. (Sumber: Berita Harian)

PBBM GANTI UMNO JAGA ORANG MELAYU – TUN MAHATHIR

Tun Dr Mahathir Mohamad membuat pengakuan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan menjadi pelindung dan menjaga kepentingan orang Melayu di negara ini, menggantikan UMNO.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi PPBM berkata, melalui pegangan jawatan Perdana Menteri yang diberikan kepada pemimpin parti itu dalam Pakatan Harapan (PH), perkara itu dapat dijamin.

“Dengan pegangan jawatan yang tinggi ini kita akan dapat mempengaruhi pentadbiran negara kita, kita akan melindungi rakyat keseluruhannya, khususnya orang-orang Melayu yang merasakan mereka tidak begitu selamat dalam negara kita.

“Bagaimana sekian lama mereka percaya perlindungan yang datangnya daripada parti UMNO saja tetapi saya beri pengakuan bahawa Parti Pribumi (PPBM) ini akan menjadi pelindung mengganti parti UMNO,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Rumah Terbuka Aidilfitri PPBM 2018 peringkat kebangsaan di Bukit Merah Laketown Resort (BMLR) di sini hari ini.

Dr Mahathir juga memberi jaminan PPBM tidak akan berkelakuan seperti UMNO, yang dulu adalah sebuah parti dihormati, dimuliakan tetapi apabila sudah menjadi pemerintah sekian lama, mereka lupa bahawa mereka ditubuh untuk perjuangan bangsa, agama dan negara.

“Sebaliknya, di bawah pimpinan Datuk Seri Najib (Razak), UMNO menjadi sebuah parti yang hanya fikir duit ringgit bagi diri mereka saja….inilah yang berlaku sehingga ramai daripada orang UMNO keluar daripada UMNO untuk menyertai parti-parti lain,” katanya.

Terdahulu, sebelum berucap, Dr Mahathir menyaksikan majlis pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Yayasan EMKAY (YE), Pulau Banding Foundation (PBF) dan Yayasan Pulau Orang Utan Bukit Merah (YPOUBM) dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di lokasi.

Yang turut hadir, isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Presiden PPBM merangkap Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Timbalan Presiden PPBM yang juga Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Pengerusi Badan Pimpinan PPBM Perak yang juga Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu; beberapa Menteri Kabinet serta pimpinan PPBM pusat serta negeri yang lain.

Rumah Terbuka Aidilfitri PPBM itu menyaksikan kehadiran lebih 20,000 pengunjung sejak pagi hari ini, yang tidak mahu ketinggalan menikmati pelbagai hidangan disediakan seperti lemang, rendang, laksa, bihun sup dan lain-lain.

Selain menikmati pelbagai juadah disediakan, pengunjung turut beriadah dengan mandi bersama keluarga di taman tema itu yang dibuka secara percuma kepada pengunjung.

Pada majlis sama yang turut meraikan kemenangan parti, sumbangan sebanyak RM750,000 dikutip hari ini bagi Tabung Harapan Malaysia.

Perdana Menteri berkata, beliau yakin ahli UMNO sedar dan menerima hakikat sebenar bahawa UMNO sudah menjadi alat kepada seorang bekas Presiden dan mereka akan meninggalkan parti yang sudah dihancurkan oleh pemimpin mereka sendiri.

Sebaliknya, beliau yakin PPBM akan menjadi sebuah parti yang lebih besar dan kuat dalam PH selepas ini, termasuk melalui sokongan yang ditunjukkan dengan kehadiran begitu ramai rakyat pada majlis rumah terbuka parti itu dan banyaknya bendera parti yang dipasang hari ini.

Dr Mahathir juga yakin jika PPBM boleh bertanding atas logo parti sendiri mungkin parti itu akan memperoleh lebih banyak kemenangan.

“Tetapi kerana sebab-sebab tertentu (iaitu) kerana pihak pemerintah lama (kerajaan Barisan Nasional) menghalang parti kita daripada didaftar dan berkempen, maka kita terpaksa guna logo, bendera dan simbol yang lain.

“Namun demikian, kita mendapat kemenangan juga walaupun kita diberi kawasan yang sukar untuk dimenangi, yang dulu kawasan parti UMNO menang dengan begitu besar, namun kita mendapat kemenangan juga walaupun kurang daripada parti lain (dalam PH).

“Jika kita lihat begitu ramai yang datang hari ini, tentu kita rasa kekuatan kita jauh lebih tinggi daripada tanda kemenangan kita. Saya yakin dalam pilihan raya akan datang bila kita guna satu logo khas PH, kita akan dapat kejayaan yang lebih.

“Saya yakin ramai di sini yang belum jadi ahli Parti Pribumi (PPBM), saya rayu dan minta yang ada di sini daftar sebagai ahli PPBM, dengan itu barulah kita boleh berkesan mempengaruhi kerajaan PH, yang mana pada ketika ini ada juga parti-parti lain yang lebih besar dan kuat daripada kita,” katanya.

Dr Mahathir, yang turut berterima kasih kerana PH memberi peluang pemimpin PPBM memegang jawatan Perdana Menteri berkata, hasrat memperkuatkan parti bukan bermakna PPBM mahu bersaing atau berlawan dengan parti lain dalam pakatan itu, sebaliknya penting untuk dilihat sebagai sebuah parti yang kuat dan besar serta menjadi sebuah parti yang akan diyakini lagi dipercayai oleh rakyat.

Dalam pada itu, beliau menyifatkan Malaysia sebuah negara bertuah kerana rakyatnya yang berbilang kaum dapat meraikan perayaan masing-masing dalam keadaan aman seperti sambutan Aidilfitri yang turut diraikan pelbagai kaum.

“Kita terima hakikat negara kita berbilang kaum, agama, bahasa dan budaya tetapi umumnya negara kita ini negara aman dan selesa bagi semua rakyat tak kira bagi apa juga kaum dan agama.

“Sebaliknya di negara lain, apabila ada sedikit kelainan berlaku saja mereka sudah berperang, membunuh dan merosakkan negara mereka,” katanya yang turut gembira kerana tiada rusuhan berlaku.

Beliau berkata, negara ini sudah memberi banyak nikmat kepada rakyatnya dan kerajaan akan terus berusaha supaya semua kaum akan menikmati segala kekayaan negara bersama tanpa melakukan perbuatan merampas.

“Di Malaysia, kita akan berkongsi kekayaan dengan cara yang baik, berurusan dengan baik supaya dapat mengurangkan perbezaan antara kaum supaya negara kita terus aman dan selamat kepada semua rakyat berbilang kaum,” katanya. (Sumber: Berita Harian)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Selepas Angkat Sumpat Ketua SPRM. Ini Kenyataan Shukri Abdull Yang Ditunggu Ramai

Isu Pengasuh. Ini Komen Ashraf Muslim Yang Buat Ramai Suami Teruja