in

Aksi Teruk Ozil Dan Gundogan Di Piala Dunia. Ini Tindakan Erdogan Buat Ramai TERKEDU

Yang Ni Betul-Betul Buat Ramai Suspen Ni.

Aksi Teruk Ozil Dan Gundogan Di Piala Dunia. Ini Tindakan Erdogan Buat Ramai TERKEDU | Mantan juara Piala Dunia lalu, Jerman mengejutkan ramai bila kalah pusingan awal. Aksi teruk Ozil dan Gundogan jadi bualan dan ini tindakan Erdogan buat ramai terkedu. Allahu.

PULANG BALIK JERSI OZIL DAN GUNOGAN

Alamak! Ini satu perkara yang memalukan 2 pemain bertaraf dunia!

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan telah membuat keputusan untuk memulangkan semula jersi yang diberikan oleh 2 bintang Jerman iaitu Mesut Ozil dan juga Ilkay Gundogan.

Menurut pejabat kerajaan Turki, keputusan itu dibuat oleh presiden negara tersebut selepas menyaksikan persembahan memalukan Jerman yang diwakili mereka dalam saingan Piala Dunia 2018.

Tindakan mengejut Erdogan itu telah disahkan oleh jurucakap kerajaan Turki dalam satu kenyataan yang dikeluarkan mereka.

“Mesut Ozil dan Ilkay Gundogan tidak menunjukkan persembahan yang dijangkakan oleh tuan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan.”

“Maka dengan itu, pihak tuan Presiden Turki tidak lagi mahu ada apa-apa kaitan dengan mereka lagi.”

Sebelum saingan Piala Dunia di Rusia bermula, Ozil dan Gundogan bersama-sama pemain Turki iaitu Cenk Tosun pergi bertemu Erdogan.

Ketiga-tiga pemain itu kemudiannya memberikan jersi kelab mereka bertiga iaitu Arsenal, Manchester City dan juga Everton.

Tindakan Ozil dan Gundogan itu menimbulkan persoalan dan kecaman dalam kalangan penyokong Jerman.

Selain jersi dipulangkan, Ozil dan Gundogan turut tidak dibenarkan untuk memanggil Erdogan sebagai “presidenku” selepas ini.

Hal ini kerana, semasa pertemuan mereka sebelum Piala Dunia mereka akan menyampaikan mesej, “dengan hormat, presidenku.”

Erdogan dikatakan sedang mencari lagi pemain berketurunan Turki yang masih lagi beraksi di Piala Dunia.

Pemain Sweden, Jimmy Durmaz antara pemain yang cuba dihubungi kerajaan Turki namun beliau menolak untuk bertemu dengan Erdogan. (Sumber: Semuanyabola)

MBAPPE DERMA ELAUN DAN BONUS WAKIL NEGARA KEPADA BADAN KEBAJIKAN

Inilah satu contoh yang boleh kita ikut.

Pemain Perancis, Kylian Mbappe telah membuat keputusan untuk tidak mengambil sesen pun dari bayaran yang beliau terima hasil daripada beraksi untuk Perancis di saingan Piala Dunia 2018.

Bonus yang beliau terima itu akan diberikan kepada sebuah badan kebajikan yang melibatkan kanak-kanak istimewa yang terletak di Perancis.

Bonus yang diterima oleh Mbappe untuk beraksi Perancis bukannya sedikit tetapi cukup banyak.

Beliau akan menerima €20 ribu setiap kali mewakili Perancis dalam mana-mana perlawanan Piala Dunia di Rusia.

Seandainya beliau dan Perancis berjaya menewaskan Argentina di pusingan 16 pasukan terakhir dan mara ke suku akhir, mereka akan memperoleh bonus tambahan.

Bonus tambahan tersebut adalah sejumlah €15 juta yang akan dibahagikan sama rata sesama pemain-pemain dalam skuad Piala Dunia Perancis.

Jika Perancis mara lebih jauh dijangka lebih banyak bonus akan diterima mereka, dan jika mereka muncul juara maka pastinya akan ada bonus tambahan yang lain.

Kesemua bonus itu tidak akan diteirma Mbappe dan ia akan pergi terus ke badan kebajikan yang beliau ingin sumbangkan.

Tindakan pemain muda itu terhasil kerana beliau berpendapat ianya tidak berbaloi untuk menerima sebagai imbuhan ketika mewakili pasukan kebangsaan.

Sebaliknya, mewakili negara haruslah dihiasi dengan semangat cintakan negara. Kata orang, demi lencana di dada.

Satu contoh yang baik dari pemain muda dan boleh diikuti oleh ramai pemain di luar sana. (Sumber: Semuanyabola)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Viral Mat Sabu Baca Khutbah. Ini Komen POPULAR Netizen Buat Umat Islam KAGUM

Dana 1MDB. Bila Wartawan Tanya, Ini Jawapan Noh Omar Buat Ramai TERGELAK