in

Tutup Masjid Dan Halau Imam. Ini AMARAN Erdogan Buat Kerajaan Austria CUAK

Bila Pemimpin Kuat, Islam Kuat Dan Tidak Mudah Dibuli.

Tutup Masjid Dan Halau Imam. Ini AMARAN Erdogan Buat Kerajaan Austria CUAK | Sebuah masjid di Austria diarah tutup dan imamnya dihalau ke luar negara. Ekoran itu, ini amaran Erdogan buat kerajaan Austria cuak. Baca selanjutnya. Allahuakbar.

BERJANJI AKAN BERTINDAK BALAS

Presiden Recep Tayyip Erdogan, semalam mengecam tindakan Austria menutup masjid dan mengusir imam dibiayai Turki, mengutuk keputusan itu sebagai anti-Islam dan berjanji akan bertindak balas.

“Langkah yang diambil Perdana Menteri Austria itu, saya bimbang, membawa dunia ke arah peperangan antara Kristian dan Islam,” kata Erdogan dalam ucapan di Istanbul

Komennya dibuat sehari selepas kerajaan Austria mengumumkan ia akan mengusir 60 imam dan keluarga mereka dan menutup 70 masjid sebagai sebahagian kempen menghapuskan ‘politik Islam’, mencetuskan kemarahan di Ankara.

Menteri Dalam Negeri, Herbert Kickl, dari Parti Kebebasan (FPOe) yang berhaluan kanan, iaitu rakan dalam kerajaan campuran Austria, berkata langkah itu membimbangkan imam yang didakwa ada kaitan dengan Pertubuhan Kebudayaan Islam Turki (ATIB), cabang agensi hal ehwal agama Diyanet.

Kickl menambah, kerajaan mengesyaki mereka melanggar larangan pembiayaan asing kepada kakitangan pejabat agama.

Jurucakap presiden Turki, kelmarin menyifatkan langkah Austria itu sebagai ‘cermin kepada anti-Islam, bersifat perkauman dan gelombang diskriminasi di negara itu.’

Bagaimanapun, pemimpin berhaluan kanan Eropah menyambut baik pengumuman itu. (Sumber: Berita Harian)

ERDOGAN – DARI MISKIN KE SULTAN MODEN TURKI

RAMAI musuh Islam membencinya, namun rakyat Turki mengasihinya. Kalangan penyokong menggelarnya “buyuk usta” atau “tuan besar”, lebih mudah lagi “sultan.” Itulah Presiden Recep Tayyip Erdogan yang sehingga hari ini dilihat berjaya memacu Turki keluar daripada sebuah negara sekular menjadi negara Islam disegani meskipun menerima cabaran hebat selepas cubaan penggulingan kuasa gagal 15 Julai lalu.

Beliau yang lahir pada 26 Februari 1954 di kawasan kejiranan miskin Kasimpasa, Istanbul adalah Presiden Turki ke-12 sejak 2014 yang sebelum ini disandang Abdullah Gul. Erdogan sebelum itu berkhidmat sebagai Perdana Menteri Turki dari 2003 hingga 2014 dan Datuk Bandar Istanbul dari 1994 hingga 1998.

Ketika ini, Erdogan, 62, adalah pengerusi Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) yang sudah memerintah Turki selama 14 tahun sejak memenangi pilihan raya pada 2002.

Ketika remaja, beliau menjual lemonad (air lemon) dan roti ban bijan dikenali simit di jalanan untuk mendapatkan wang tambahan. Dibesarkan dalam sebuah keluarga Islam yang taat, pemimpin itu tamat sekolah rendah Kasimpasa Piyale pada 1965 dan Sekolah Imam Hatip, sekolah vokasional agama pada 1973.

Beliau menerima diploma sekolah tinggi daripada Sekolah Tinggi Eyup sebelum menyambung pengajian dalam bidang Pentadbiran Perniagaan di Sekolah Ekonomi dan Sains Komersial Aksaray, kini dikenali Fakulti Ekonomi dan Sains Pentadbiran Universiti Marmara, walaupun beberapa sumber Turki mempertikaikan jika beliau menamatkan pengajian.

Ketika menjadi mahasiswa dan bermain bola sepak separa profesional, Erdogan membabitkan diri dalam politik dengan menyertai Kesatuan Pelajar Kebangsaan Turki, sebuah kumpulan tindakan anti-komunis.

PERCUBAAN untuk menggulingkan Erdogan melalui rampasan kuasa gagal apabila beribu-ribu rakyat bertindak menyerang tentera.

Pada 1976, beliau menjadi ketua belia lantang cawangan Parti Penyelamat Islam Kebangsaan (MSP) diketuai Necmettin Erbakan, yang kemudian mengasaskan Parti Kemakmuran. Di sinilah bermulanya kerjaya panjang Erdogan dalam politik. Erbakan menjadi Perdana Menteri Turki pada 1996 hingga 1997.

Kerjaya politik Erbakan bagaimanapun tidak lama apabila rampasan kuasa pada 1980 an oleh tentera memaksanya disingkirkan.

Sejak itu, Erdogan yang bekerja di sektor swasta meninggalkan MSP dan menyertai kerahan tentera seperti diwajibkan ke atas golongan belia lelaki Turki. Beliau mendirikan rumah tangga pada 4 Februari 1978 dengan Emine Gülbaran yang ditemuinya dalam satu konvensyen wanita.

Pada tahun 1985, Erdogan bertanding dalam pilihan raya tempatan dan terpilih sebagai wakil parlimen dan calon jawatan Datuk Bandar di daerah Beyoglu, bagaimanapun nasib tidak menyebelahinya apabila tewas.

Pada 1994, Erdogan yang memegang tiket politik Erbakan akhirnya berjaya dipilih sebagai Datuk Bandar Istanbul sebelum melangkah lebih jauh dalam kerjaya sehingga dipilih sebagai pengerusi AKP hingga ke hari ini.

Erdogan sangat dikenali rakan dan musuhnya sebagai seorang yang tegas dan bersikap tenang dalam semua perkara.

ERDOGAN bersama keluarganya.

Perkara ini dibuktikan dalam Forum Ekonomi Dunia (WEF 2009) di Davos, Switzerland, apabila beliau menempelak Presiden Israel, Shimon Peres mengenai isu pembunuhan rakyat Palestin di Gaza. Beliau dianggap sebagai wira oleh rakyatnya kerana lantang mengecam Israel dalam isu pencerobohan wilayah terkepung itu.

Selain beliau yang tegas dalam isu penduduk Palestin, isterinya, Emine pula bersimpati dengan nasib pelarian Rohingya dan bertindak mengunjungi Myanmar pada Ogos 2012.

Beliau malah menyumbang AS$1 juta (RM3.66 juta) kepada Pertubuhan Migrasi Antarabangsa (IOM) dan Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) khusus bagi membela nasib orang hanyut itu.

Namun, keberanian Erdogan dicemburui musuhnya termasuk media barat apabila menuduhnya mengamalkan rasuah, selain ancaman pemberontak Parti Buruh Kurdis (PKK), isu jet pejuang Russia, kejadian pengeboman meningkat di Turki dan terbaru cubaan rampasan kuasa tentera.

Mengulas cubaan penggulingan gagal itu, Erdorgan dipetik sebagai berkata, pengkhianat yang melancarkan cubaan rampasan itu bakal berdepan hukuman berat apabila hukuman mati yang dimansuhkan sebelum ini akan diperkenalkan semula.

LARANGAN bertudung dimansuhkan Erdogan.

“Mereka yang bertanggung jawab akan membayar harga yang tinggi kerana melakukan pengkhianatan,” katanya sambil menuduh ulama Turki berpusat di Amerika Syarikat, Fethullah Gulen, sebagai dalang utama rampasan itu yang meragut 232 nyawa.

Gulen pernah menjadi sekutu rapat Erdogan namun keadaan berubah sebaliknya apabila ulama itu menuduh Erdogan mengamalkan rasuah dalam pemerintahannya. Kesannya, Erdogan menutup sekolah persendirian Hizmet milik Gulen di seluruh negara.

Satu ketika dulu, Erdogan pernah menggunakan pengikut Gulen untuk mengekang kuasa sekular dalam tentera, namun kini Presiden Turki itu menahan mereka atas dakwaan menyokong cubaan penggulingan gagal dan setakat ini lebih 60,000 individu daripada anggota tentera sehingga penjawat awam ditahan atau dipecat.

Rampasan kuasa baru-baru ini dilihat seolah-olah musuhnya mahu menyingkirkan pemimpin Islam seperti Erdogan supaya tidak melaksanakan sepenuhnya negara Islam sejak berakhirnya pemerintahan sekular Mustafa Kamal Ataturk didokong tentera dengan kejatuhan Empayar Uthmaniyyah.

INFO RECEP TAYYP ERDOGAN

Lahir: 26 Februari 1954 di Istanbul

Pendidikan: Sekolah Imam Hatip dan Universiti Universiti Marmara

Agama: Islam Sunnah

Isteri: Emine Gülbaran, 60

Anak: Ahmet Burak, 37,; Necmettin Bilal, 35,; Esra, 35, dan Sümeyye, 31.

Parti politik: Parti Penyelamat Nasional (1980 an), Parti Kebajikan (1983-1998), Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP).

– Presiden AKP hingga sekarang.
– Pembangunan dan pembaharuan dilakukan Erdogan
– Beribu-ribu masjid baharu dibina
– Ratusan universiti, sekolah dan pusat kesihatan dibina
– Larangan bertudung dimansuhkan
– Kolej penuntut lelaki dan wanita diasingkan
– Sejuta pelajar mendaftar di Sekolah Imam Hatip
– Mewajibkan Pendidikan Agama
– Tahap umur belajar al-Quran dihapuskan
– Mengehadkan tempat dan pengiklanan penjualan arak
– Memperkasakan perbankan Islam
– Ekonomi Turki melonjak dari kedudukan ke-111 kepada 16
– Turki membiayai kira-kira 300,000 ilmuwan Islam menjelang tahun 2023
– Lapangan Terbang Antarabangsa Turki meraih anugerah penerbangan terbaik dunia dalam tempoh tiga tahun berturut-turut
– Dalam tempoh 10 tahun akan datang, Turki menanam 770 juta pohon Harjia dan berbuah untuk pembangunan alam sekitar
– Erdogan lantang mengecam Israel mengenai pembunuhan rakyat Palestin.

Sumber: Berita Harian

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Tabung Harapan. Jawapan Lim Guan Eng Kepada Wartawan Buat Ramai TABIK

Kisah Erdogan. Dari Kemiskinan Jadi Sultan Moden Turki Yang Dihormati DUNIA