in

Isu ECRL. Dituduh Kroni PM. Ini Tindakan Vincent Tan Buat Ramai Terus TERDIAM

Memang Lumrah Orang Bisnes Pandai Cari Peluang. Apa Salahnya?

Isu ECRL. Dituduh Kroni PM. Ini Tindakan Vincent Tan Buat Ramai Terus TERDIAM | ECRL mula batal dan kemudian mungkin akan diteruskan semula. Dan salah seorang pemegang saham baru adalah Vincent Tan dan pembangkang menuduh beliau sebagai kroni PM. Tapi tindakan terkini beliau buat semua terus terdiam.

JUAL SEMULA SEMUA SAHAM

Pengerusi Eksekutif Berjaya Corporation Bhd Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun, yang muncul sebagai pemegang saham utama T7 Global Bhd pada bulan lepas merancang menjual keseluruhan pegangannya dalam penyedia perkhidmatan lapangan minyak luar pantai itu.

Hartawan itu mendedahkan perkara tersebut hari ini dalam satu kenyataan bagi menjelaskan kedudukannya dan menyangkal sebarang dakwaan, atau sebarang salah laku, atau kronisme di pihak kerajaan dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Penjelasan itu adalah untuk menepis dakwaan beberapa laporan berita dan artikel di media sosial berkaitan pembelian 21 juta saham olehnya baru-baru ini, terdiri daripada 5.04 peratus pegangan dalam T7 Global.

“Laporan berita ini berniat jahat dan kelihatan seolah-olah mengaitkan pembelian pegangan besar dalam T7 Global itu dengan keputusan kerajaan Pakatan Harapan untuk tidak membatalkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang bercanggah dengan laporan terdahulunya.

Komen Media Sosial

“Saya percaya laporan berita ini dan komen-komen di media sosial bertujuan untuk memalukan saya dan kerajaan baharu di Putrajaya,” kata Tan.

Menurut makluman T7 Global kepada Bursa Malaysia, Tan membeli 21 juta saham atau 5.03 peratus pegangan dalam syarikat itu menerusi urus niaga perniagaan langsung pada 15 Mei dan tambahan 1.2 juta saham dalam pasaran terbuka pada 21 Mei, meningkatkan pegangannya kepada 22.2 juta saham atau 5.29 peratus.

“Malahan, saya telahpun mula menjual beberapa saham saya dalam T7 Global setakat semalam dan saya berhasrat menjual semua saham saya dalam syarikat itu dalam masa terdekat ini. Saya berharap ia akan menamatkan sebarang kontroversi lagi mengenai isu ini,” katanya.

Beliau berkata pembelian itu dibuat kerana beliau mengenali pemegang saham utama syarikat itu dan apa yang lebih penting adalah sebagai pelaburan jangka panjang dalam industri perkhidmatan minyak dan gas memandangkan T7 Global mempunyai kedudukan kukuh dalam sektor tersebut.

“Saya tidak mengetahui bahawa T7 Global adalah antara kontraktor bagi projek ECRL semasa saya membeli saham syarikat tersebut,” katanya.

Tan berkata Dr Mahathir dengan tegas menafikan dakwaan bahawa kerajaan memutuskan untuk meneruskan projek ECRL kerana ‘rakannya Tan Sri Vincent Tan” memegang pegangan dalam projek itu.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng juga menjelaskan bahawa oleh kerana RM20 bilion telahpun dibayar, kerajaan akan menanggung kos yang tinggi sekiranya membatalkan projek ECRL, sebaliknya, kontrak akan dirundingkan semula bagi mengurangkan kosnya.

Tuduhan Tak Berasas

“Meskipuan penjelasan yang telah diberikan oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, masih lagi tersebar tuduhan yang tidak berasas dalam berita dan juga media sosial,” kata Tan.

Sementara itu, beliau juga mendedahkan beberapa “berita palsu” yang termasuk laporan yang mendakwa beliau melabur dalam sebuah syarikat pemula niaga kewangan yang membangunkan platform dagangan dipanggil Bitcoin Formula, yang mempromosikan teknologi blockchain dan kripto.

Tan berkata terdapat juga artikel di laman Facebook yang mendakwa beliah menderma sebanyak RM525 juta kepada Tabung Harapan Malaysia, yang ditubuhkan untuk membolehkan rakyat Malaysia menyumbang bagi mengurangkan hutang negara.

“Langsung tidak ada sebarang kebenaran dalam mana-mana laporan ini, dan saya percaya ia disebarkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab untuk mempedayakan orang ramai,” katanya. (Sumber: Malaysiakini)

KJ – PEMIMPIN TINGGI SEKARANG BUAT RAMAI WAKIL RAKYAT UMNO KELUAR PARTI

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata wakil rakyat Umno keluar daripada parti itu kerana pemimpinnya hari ini gagal memimpin dan mengawal mereka.

“Antara sebab kita ada masalah wakil-wakil rakyat yang meninggalkan perjuangan kita sekarang adalah kerana mereka tidak percaya kepada halatuju yang sedia ada. Tidak ada satu kepimpinan yang boleh mengawal mereka.

“Dan saya melihat bahawa kalau sekiranya kita tidak ada pemimpin dan kepimpinan yang mempunyai hala tuju yang jelas, yang boleh beri harapan kepada wakil-wakil rakyat dan juga ahli-ahli kita yang kita boleh jadi satu pembangkang yang berwibawa dan kita tak perlu takut untuk menjadi pembangknag, saya rasa kita boleh mengelak masalah ini.

“Tetapi masalah ini adalah tanda bahawa kepimpinan pada hari ini tidak boleh kawal keadaan yang ada,” katanya pada sidang media di Sabah hari ini.

Sidang akhbar itu disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook Khairy. Beliau berada di negeri ini bagi bertemu dengan pemimpin Umno Sabah sebagai sebahagian daripada kempennya untuk merebut jawatan presiden Umno.

Esok sidang akhbar MP Bukit Gantang

Khairy yang mesra dengan panggilan KJ itu bakal berdepan cabaran pemangku presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan veteran parti itu, Tengku Razaleigh Hamzah.

Dalam lawatannya, Khairy menjanjikan autonomi untuk Umno Sabah, termasuk membenarkan negeri itu memilih ketua menterinya sendiri, mengendalikan hal ehwal disiplinnya sendiri dan memilih senarai calon mereka pada pilihan raya umum.

Semalam, Anggota Parlimen Bagan Serai, Noor Azmi Ghazali mengumumkan keluar Umno dan menyatakan hasratnya menyertai Bersatu.

Anggota Parlimen Umno dari Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal pula akan mengadakan sidang akhbar esok bagi mengumumkan kedudukannya dalam parti itu. (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

1MDB. Selepas Lama Berdiam Diri Akhirnya Peguam Rosmah Jawab Tuduhan WSJ

Saksi Utama 1MDB Justo Jumpa SPRM Selama 5 Jam. Ini Yang Dibincangkan. Perghh.