in

1MDB. Selepas Lama Berdiam Diri Akhirnya Peguam Rosmah Jawab Tuduhan WSJ

InsyaAllah Segalanya Akan Terbongkar Dan Rakyat Wajib Tahu.

1MDB. Selepas Lama Berdiam Diri Akhirnya Peguam Rosmah Jawab Tuduhan WSJ | WSJ baru ni keluarkan kenyataan yang melibatkan Rosmah Mansor dalam skandal 1MDB. Selepas lama berdiam diri, akhirnya Rosmah Mansor melalui peguamnya menjawab tuduhan WSJ. Jom baca.

ROSMAH MANSOR TIDAK ADA KAITAN DENGAN 1MDB, KATA PEGUAM

Peguam Dato’ K Kumaraendran dan Dato’ Geethan Ram Vincent mengeluarkan kenyataan bagi pihak isteri bekas perdana menteri, Rosmah Mansor sebagai menjawab dakwaan terbaru dalam laporan Wall Street Journal (WSJ).

Para peguam berkata anak guamnya Rosmah tidak ada kaitan dengan syarikat pelaburan dana negara, 1MDB.

“Kami telah meneliti perkara-perkara yang dilaporkan dalam Wall Street Journal (WSJ), yang memetik sumber, yang mendakwa bahawa Datin Seri Rosmah merupakan individu utama dalam dakwaan penyelewengan kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Kami ingin ulangi di sini, bahawa anak guam kami tidak mempunyai kaitan, ataupun berperanan secara langsung dan tidak langsung dengan operasi harian syarikat tersebut, lebih-lebih lagi pengurusan kewangannya, atau mereka yang dilantik untuk mengawasi firma itu,” kata kenyataan itu.

Peguam itu juga berkata sebagai isteri kepada perdana menteri pada waktu itu, Rosmah tidak terlibat dengan keputusan yang dibuat Najib.

“Selaku isteri seorang perdana menteri pada ketika itu, Datin Seri Rosmah menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang ditangani oleh Datuk Seri Najib Razak, dan tidak pernah Datik Seri pada bila-bila masa pun mempengaruhi apa juga keputusan yang dibuat pihak eksekutif.

“Oleh itu, dengan menghubungkan Datin Seri Rosmah terus kepada 1MDB, dan menimbulkan tuduhan terhadapnya, kami bimbang ianya suatu usaha untuk mempengaruhi hasil siasatan yang sedang dijalankan dan paling teruk untuk merosakkan imej Datin Seri Rosmah,” maklum kenyataan itu lagi.

Laporan terbaru WSJ memetik sumber-sumbernya menggambarkan Rosmah sebagai kuasa sebenar di belakang pentadbiran Najib. (Sumber: Malaysiakini)

HUSAM MENANG KES SAMAN FITNAH DI KELANTAN

Mahkamah Tinggi Kota Bharu membenarkan saman dan tuntutan Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Husam Musa terhadap seorang bekas pengetua sekolah agama di Kelantan, hari ini.

Peguamnya Hisham Fauzi berkata, saman fitnah yang difailkan bekas anggota dewan undangan negeri (ADUN) Salor itu dikemukan terhadap Masri Che Yusoff susulan satu tulisan berunsur fitnah di Facebook .

“Masri melalui akaun Facebook miliknya pada 27 Oktober 2015 menyiarkan gambar dan tulisan yang menuduh Husam secara salah memberikan kepada sebuah syarikat tanah seluas 414.37 hektar yang mana tuduhan ini dinafikan anak guam kami.

“Semasa perbicaraan kes ini tuduhan salahguna kuasa dan kedudukan Husam semasa menjadi exco kerajaan negeri Kelantan termasuklah pemberian tanah berkenaan kepada satu syarikat yang dikatakan Husam mempunyai kepentingan dan projek kambing jamnapari di bawah program Jihad Ternak telah ditimbulkan di dalam keterangan Masri,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Bagaimanapun Hisham berkata, mahkamah telah menolak keterangan Masri dan memutuskan bahawa semua tuduhan itu adalah tidak berasas.

Che Masri merupakan ahli jawatan kuasa PAS Kawasan Ketereh dan anggota Dewan Ulamak PAS Kelantan.

Jumlah Gantirugi Ditaksir Mahkamah

Justeru katanya, Pesuruhjaya Kehakiman Negeri, Datuk Ahmad Bache’ dalam penghakiman beliau mengatakan bahawa mahkamah berpuas hati bahawa elemen bagi kes fitnah dipenuhi.

“Dengan itu mahkamah membenarkan tuntutan Husam dengan kos RM10,000. Jumlah gantirugi pula akan ditaksirkan oleh mahkamah selepas ini,” jelasnya.

Sebagai rekod perbicaraan penuh kes tersebut berlangsung selama empat hari pada 7 dan 14 Februari lalu dan 5 dan 15 April lalu sebelum hujahan lisan di akhir kes dijalankan 14 Jun lepas.

Husam yang juga pengerusi Pakatan Harapan Kelantan turut diwakili peguam Faiz Fadzil, manakala Masri pula diwakili peguam bela, Wan Rohimi Wan Daud. (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Doktor Dedah TEKNIK Bijak Tun Mahathir Buat China Melutut. Memang WOW.

Isu ECRL. Dituduh Kroni PM. Ini Tindakan Vincent Tan Buat Ramai Terus TERDIAM