in

Isu Cincin. Najib Dan Rosmah Tarik Balik Saman Terhadap Rafizi. Ini Puncanya.

Satu Demi Satu Saman Fitnah Ditarik Balik. Adakah Ianya Satu Kebenaran?

Isu Cincin. Najib Dan Rosmah Tarik Balik Saman Terhadap Rafizi. Ini Puncanya. | Satu demi satu saman fitnah Najib terhadap orang lain ditarik balik. Dan terkini saman fitnah terhadap Rafizi berkaitan isu cincin ditarik balik. Ini puncanya. Jom baca.

TARIK BALIK SAMAN TERHADAP RAFIZI

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor menarik balik saman fitnah mereka terhadap Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan blogger Chan Chee Kong yang difailkan tiga tahun lalu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Atas sebab ini juga mereka juga perlu bayar kos sebanyak RM20,000 kepada Rafizi dan Chan.

Rafizi dan Chan juga menarik balik tuntutan balas mereka dan penarikan itu direkodkan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Rohani Ismail di kamarnya hari ini.

Ini merupakan kali kelima Najib menarik balik saman fitnah yang difailkan terhadap ahli politik dan media.

Najib dan Rosmah memfailkan saman tersebut berikutan kenyataan Rafizi dalam sebuah forum bahawa harga minyak dikekalkan untuk membolehkan Rosmah membeli lebih banyak cincin berlian.

Peguam Rafizi, Ranjit Singh mengesahkan penarikan balik saman itu. (Sumber: Malaysiakini)

KETUA MENTERI MELAKA TIDAK TINGGAL DI KEDIAMAN RASMI. INI PUNCANYA.

Kediaman rasmi Ketua Menteri Melaka, Seri bendahara dibuka kepada orang ramai mulai 15 Mei hingga 14 Jun selepas Pakatan Harapan (HARAPAN) menawan negeri itu pada pilihan raya umum yang lalu.

Ketua Menterinya yang baru Adly Zahari berkata, beliau membuat keputusan membuka kediaman mewah itu kepada orang ramai bagi menunjukkan kepada mereka kehidupan pemimpin kerajaan negeri terdahulu.

Kediaman yang terletak di Ayer Keroh itu begitu pantas menjadi tarikan pelancong dan menarik sekurang-kurangnya 1,000 pengunjung setiap hari.

Pada kerajaan negeri HARAPAN masih belum membuat keputusan mengenai kediaman berkenaan yang dibina pada tahun 2004 semasa pentadbiran bekas ketua menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Namun satu perkara pasti, Adly tidak akan berpindah ke Seri Bendahara.

“Pada masa ini, saya tinggal di Bukit Peringgit, bukan rumah ketua menteri lama, tetapi saya menggunakan rumah tamu (di kuarters kerajaan).

“Jadi saya menukar rumah tamu di Bukit Peringgit itu kepada kediaman ketua menteri,” katanya kepada Malaysiakini dalam satu wawancara di pejabatnya di Seri Negeri, pusat pentadbiran kerajaan negeri.

Adly berkata terdapat rancangan menggunakan Seri Bendahara (foto) sebagai tempat kerajaan bagi mengadakan acara atau mesyuarat.

Bagaimanapun, beliau menambah, tidak ada rancangan untuk menjual bangunan tersebut atau menswastakannya pada masa ini.

Adly turut mendedahkan kerajaan negeri terdahulu membayar lebih RM30,000 sebulan untuk menjelaskan bil elektrik di Seri Bendahara.

Antara sebab bil elektrik melonjak naik di kediaman itu adalah kerana ia menggunakan sistem pendingin hawa berpusat.

Oleh sebab itu walaupun hanya satu bilik yang digunakan atau hanya beberapa orang tinggal di kediaman tersebut, mereka perlu menghidupkan seluruh unit pendingin hawa.

Jimatkan Kerajaan Negeri

Dengan meminimumkan penggunaan Seri Bendahara, Adly berkata ia akan membantu kerajaan negeri menjimatkan perbelanjaan.

“Dasar kami adalah kami mahu meningkatkan pendapatan dan simpanan untuk negeri ini,” katanya.

Sebagai contoh, katanya, kerajaan negeri biasanya membelanjakan kira-kira RM3.3 juta bagi sambutan Hari Raya, tetapi bajet itu dikurangkan kepada RM1.6 juta pada tahun ini.

Adly menambah mereka juga telah menghapuskan enam agensi kerajaan negeri yang dirasakan bertindih.

Penjimatan ini, katanya, akan disalurkan kepada rakyat agar kerajaan negeri dapat meningkatkan taraf hidup mereka.

“Sekiranya kita boleh jimat, ia akan beri manfaat kepada rakyat. Apabila kita dapat jimat daripada sambutan Hari Raya, lebihan bajet itu akan disalurkan kepada Japerun (Jawatankuasa Pembangunan & Penyelarasan DUN),” katanya.

Japerun merupakan inisiatif kerajaan negeri untuk membantu merancang dan memperbaiki pembangunan di Melaka.

Sesetengah rancangan, kata Adly berdasarkan pengalaman HARAPAN mentadbir Selangor dan Pulau Pinang seperti idea menyediakan kad perubatan untuk penduduk Melaka dan perkhidmatan bas percuma.

Beliau juga menyatakan inisiatif ini telah dimasukkan dalam manifesto HARAPAN semasa kempen pilihan raya umum ke-14 lalu.

Matlamat kerajaan negeri pada masa kini katanya, adalah untuk melaksanakan banyak inisiatif yang dijanjikan dalam tempoh lima tahun ini.

Adly berkata dalam minggu pertama HARAPAN mentadbir Melaka, kerajaan negeri telah membuka semula biasiswa dan pinjaman kepada pelajar.

Beliau berkata mereka juga telah mengumumkan bahawa ketua menteri hanya boleh kekal selama dua penggal dan memutuskan bahawa semua projek pembalakan dan pasir harus dihentikan.

Selain itu kerajaan negeri juga akan melaksanakan parkir percuma pada hujung minggu, termasuk di kawasan pelancongan, katanya.

“Ini semua dasar yang memberi kesan positif kepada rakyat dengan cepat,” tambah beliau. (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Isu Proton. China Akhirnya Setuju Dengan Permintaan Tun Mahathir. Laporan PENUH.

Kritik Kerajaan. Ini Respon Tun Mahathir Terhadap Anwar Yang Buat Ramai RESPEK