in

Kemelut MB Selangor. Komen Anwar Ibrahim Ni Buat Semua Terus Diam SETUJU

Alhamdulillah. Selesai Sudah Lantikan MB Baru Selangor. Semoga Terus Maju.

Kemelut MB Selangor. Komen Anwar Ibrahim Ni Buat Semua Terus Diam SETUJU | Ada segelintir rakyat yang tak berapa setuju dengan lantik MB Selangor yang baru. Tapi semua terus diam setuju selepas dengar komen Anwar Ibrahim ni. Jom baca.

RAYU SEMUA SOKONG MB BARU SELANGOR

Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim merayu kepada semua pihak untuk menyokong Amirudin Shari sebagai menteri besar yang mewakili gabungan itu.

“Mampu dileraikan secara baik dalam HARAPAN. Mohon dukungan Amir MB sebagai mewakili HARAPAN,” ciapnya di Twitter.

Amirudin mengangkat sumpah jawatan sebagai menteri besar Selangor pagi ini sedangkan beliau didakwa tidak mendapat restu daripada parti-parti kmponen dalam HARAPAN.

Bercakap pada majlis jamuan makan tengah hari di Shah Alam kemudiannya, Amirudin berkata beliau menyerahkan kepada kepimpinan tertinggi HARAPAN bagi menjawab persoalan tentang pelantikannya itu.

“Saya rasa biar pimpinan HARAPAN memberi penjelasan terutamanya daripada PKR untuk soalan tersebut dan saya serahkan kepada pimpinan tertinggi untuk membuat penjelasan,” katanya kepada pemberita.

Beliau mengulas dakwaan oleh ADUN Ijok, Dr Idris Ahmad, awal hari ini yang berkata dirinya calon tunggal menteri besar yang disokong oleh semua parti HARAPAN dan pelantikan Amiruddin tidak mendapat restu parti-parti lain.

Idris sebaliknya berkata hanya beliau seorang sahaja yang mendapat persetujuan daripada semua parti HARAPAN.

Idris sebelum ini dikatakan merupakan antara yang tersenarai pendek sebagai calon untuk menjawat jawatan itu.

Kekosongan jawatan itu susulan menteri besar sebelum ini Datuk Seri Mohamed Azmin Ali diserap ke kabinet sebagai menteri hal-ehwal ekonomi.

Sebelum ini, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail turut mengesahkan nama Dr Idris diserahkan kepada pihak istana untuk dipertimbangkan sebagai calon menteri besar Selangor. (Sumber: Malaysikini)

ANAK BONGSU ALTANTUYA PERCAYA IBU MASIH HIDUP

Altanshagai Munkhtulga hanya berumur tiga tahun ketika ibunya, Altantuya Shaariibuu, Mongolia, dibunuh di pinggir Kuala Lumpur pada tahun 2006.

Kini, 12 tahun kemudian, Altanshagai, yang lumpuh dan tidak mampu berjalan selepas sakit semasa zaman kanak-kanak, masih tidak diberitahu mengenai kematian ibunya.

Datuknya, Setev Shaariibuu, sepanjang 12 tahun lalu memberitahunya bahawa ibunya masih hidup.

“Selama 12 tahun lalu, saya sentiasa membeli gula-gula untuknya, dan berkata ia pemberian daripada ibunya,” kata Setev (foto, bawah) menerusi penterjemah semasa sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Bagaimanapun, abang Altanshagai, Mungunshagai Bayarjargal, 20, tahu tentang pembunuhan kejam ke atas ibu mereka itu.

Setev menyifatkan Mungunshagai sebagai individu yang muram.

“Dia agak senyap di rumah, dia tidak banyak bercakap, dia akan keluar rumah awal dan pulang lewat,” kata Setev.

Altantuya, 28, ditembak mati dan tubuhnya diletupkan dengan bahan letupan plastik kelas tentera di pinggir Kuala Lumpur pada Oktober 2006.

Setev berkata Altantuya sepatutnya berada di rumah dan hidup bahagia dengan anak-anaknya.

“Takdirnya sepatut seperti itu, malangnya, anak saya jadi mangsa ahli politik,” katanya dengan sedih. (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Masa Depan UMNO. Ini Komen BERANI Nazri Aziz Buat Ramai Ahli PAS Panas

Ditegur Anwar. Ini Jawapan BALAS Lim Guan Eng. WOW.