in

Pensyarah Universiti Pukul Tukang Sapu Jalan Sampai Masuk Hospital. Puncanya Buat Ramai GERAM.

Akhir Zaman. Hilang Nilai Kemanusiaan Di Hati.

Pensyarah Universiti Pukul Tukang Sapu Jalan Sampai Masuk Hospital. Puncanya Buat Ramai GERAM. | Khalifah Mail Online – Seorang pensyarah pukul seorang tukang sapu jalan wanita sampai masuk hospital. Selepas dibuat siasatan, akhirnya ini rupa-rupanya puncanya. Ramai geram bila tau.

PUNCANYA HANYA SEBAB KERETA DIHALANG

BERANG kereta yang dipandunya dihalang, seorang pensyarah lelaki bertindak di luar jangkaan apabila membelasah seorang tukang sapu wanita dalam kejadian di Xian, wilayah Shaanxi, minggu lalu.

Lapor Akhbar Huashang, lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Ge direman selama 10 hari dan dikenakan denda sebanyak 500 yuan (RM320) akibat mencederakan wanita terbabit pada Rabu, selepas timbul perselisihan faham antara mereka.

Menurut sumber polis, Ge dikatakan ‘naik angin’ ekoran lori sampah wanita itu yang diletakkan di bahu jalan, telah menghalang laluannya untuk ke tempat kerja.

KANTOI ADA VIDEO RAKAM TINDAKAN PENSYARAH

Rakaman insiden berkenaan turut menjadi tular menerusi laman Weibo yang menunjukkan Ge menendang dan memukul wanita warga emas itu beberapa kali di bahagian muka.

Netizen di media sosial sehingga kini ‘menghentam’ Ge gara-gara langsung tidak mencerminkan dirinya yang merupakan seorang pensyarah di sebuah universiti tempatan.

“Kenapa kurang ajar sangat sampai tendang wanita itu? Biarlah dia buat kerjanya kemudian awak boleh teruskan perjalanan. Macam inikah gaya seorang ‘profesor universiti?” soal seorang netizen.

Rakaman video yang dimuat naik pengguna Weibo, Chapai017’s itu menerima perkongsian sebanyak 107,000 kali dan puluhan ribu komen makian.

SUAMI ISTERI TELAH DIANCAM ORANG RAMAI

Menurut isteri Ge, dia turut dihujani pelbagai panggilan telefon daripada orang ramai yang mengecam tindakan suaminya, selepas nombor telefon peribadi suaminya itu dijumpai oleh seorang pengguna internet.

Sementara itu, pekerja wanita berusia 40-an terbabit yang telah dimasukkan selama tiga hari di hospital melahirkan rasa kesal ekoran Ge seakan tidak memohon maaf secara ikhlas kepadanya.

“Dia tidak mohon maaf kepada saya, saya harap dia boleh mengatakan “maafkan saya” secara berdepan,” kata wanita itu dipetik portal berita SCMP.

Sementara itu dalam satu kenyataan dikeluarkan, Shaanxi University of Science and Technology telah menggantung tugas Ge yang merupakan penyarah di fakulti bahagian teknologi maklumat.

Sumber – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Comments

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Lelaki Ni Temui “SESUATU” Tepi Sungai. Bila Saintis Sampai Je TERKEJUT Bila Dapatinya Ianya Adalah…

Kerja 5 Hari Je Dapat Gaji RM85k Tetapi Ramai TAK SANGGUP Bila Tau…