in

Lelaki Ni Temui “SESUATU” Tepi Sungai. Bila Saintis Sampai Je TERKEJUT Bila Dapatinya Ianya Adalah…

Subhanallah. Siapa Sangka Kan. Kongsikan.

Lelaki Ni Temui “SESUATU” Tepi Sungai. Bila Saintis Sampai Je TERKEJUT Bila Dapatinya Ianya Adalah… | Khalifah Mail Online – Seorang lelaki yang sedang bermain bola terkejut bila jumpa “sesuatu” di tepi sungai. Dia dan kawan-kawan pun menggalinya. Polis dan orang ramai mula berkumpul sementara menanti kedatangan saintis. Bila sampai je saintis terkejut bila dapatinya ianya adalah….. Subhanallah tak sangka.

TERNAMPAK BENDA “PELIK” TEPI SUNGAI

Kejadian ni berlaku di Argentina. Seorang lelaki, Jose Antonio Nievas, ketika bermain bola dengan kawan-kawannya di tepi sungai berdekatan rumahnya ternampak benda yang pelik. Dia pun panggil kawan-kawannya yang lain untuk menggali benda pelik tersebut.

Rumah Jose terletak di Carlos Spegazzini, sebuah bandar kecil berdekatan dengan ibu kota Argentina, Buenos Aires. Penduduk kampung di bandar kecil ini kebanyakkan adalah petani.

DIGELAKKAN OLEH ISTERI

Ketika dia dan kawan-kawan lain menggali benda pelik ni, dia pulang ke rumah untuk memberitahu isterinya tentang penemuan ini. Tetapi siapa sangka, isterinya hanya menggelakkan dia. Namun terkejut apabila memang sah suami dia bercakap benar. Anjing mereka pun kelihatan pelik bila melihat objek tersebut.


POLIS DATANG

Disebabkan tiada siapa pun di kampung itu yang mengetahui apa sebenarnya benda pelik tu, maka mereka sepakat untuk membuat panggilan polis. Bila sepasukan polis datang, mereka pun terpinga-pinga. Mereka setuju dengan Jose yang benda pelik ni memang sesuatu yang luar biasa.

Polis cuba mengalihkan benda pelik tersebut tetapi tidak berjaya. Akhirnya mereka pun terpaksa menyerah kes kejadian ini kepada yang lebih pakar. Saintis dari Pusat Sains Negara Argentina dipanggil.


SAINTIS NEGARA PULA DATANG

Sekumpulan saintis yang terdiri daripada beberapa orang pakar arkeologi datang membuat kajian. Mereka pun terkejut dengan saiz yang dijumpai. Seperti polis, mereka cuba alihkan tetapi tidak berjaya. Mereka anggarkan berat benda pelik tersebut sekitar 2000 kg.


Selepas beberapa hari buat kajian, akhirnya mereka sepakat membuat kesimpulan bahawa benda pelik itu sebenarnya adalah cengkerang dari haiwan purba yang telah pupus ribuan tahun yang lampau. Ini berdasarkan rekod mereka yang telah menemui sesuatu yang benda pelik tersebut beberapa tahun yang lalu.

Walaupun saiz penemuan sebelum ini lebih kecil dari yang dijumpai ini.

BENDA PELIK ITU ADALAH CANGKERANG GLYPTODON

Benda pelik tersebut sebenarnya adalah Glyptodon. Spesis haiwan purba ala-ala dinasour yang telah pupus ribuan tahun yang lampau. Perkara ini disahkan oleh pakar paleontologist (kaji dinasour), Alejandro Kramarz dari Muzium Sains Argentina di Bernardino Rivadavia. Beberapa fosil haiwan tersebut ada di muzium walau saiznya lebih kecil berbanding dengan penemuan ini.


Glyptodon ini adalah haiwan ketika zaman Pleistocene. Mereka pernah hidup sezaman dengan manusia awal dunia. Punca utama kepupusan mereka kemungkinan besar adalah mereka telah diburu oleh manusia yang inginkan cangkerang keras di belakang mereka.

MACAM NAK SEMBUNYIKAN SESUATU JE

Walau demikian, ramai juga yang mempersoalkan jawapan dari saintis. Ada “sesuatu” yang cuba disembunyikan. Ini disebabkan yang mereka temui tu masih sangat “fresh” dan tak mungkin ianya adalah fosil biasa.


Takkan la fosil boleh bertahan fresh sangat lama ribuan tahun kan. Dan tambahan lagi, selalunya fosil kalau ditemui pun dalam keadaan terbalik bukan tegak seperti yang dijumpai.

Adrian Lister, seorang pakar dari London pula yang juga salah seorang dari kumpulan saintis telah mengesahkan yang ianya sememangnya adalah Glyptodon. Cengkerang itu dalam keadaan segar adalah disebabkan lumpur dari sungai yang menyelimuti ia dan menyebabkan ianya bertahan selama ribuan tahun.

Hasil kajian mendalam telah anggarkan cangkerang tersebut berusia 10,000 tahun !! Subhanallah.

VIDEO PENEMUAN CANGKERANG GLYPTODON

Sumber: Lifedaily . Diterjamah oleh Khalifah Mail Online.

Loading...

Ketika Wanita Palestin Ini Sign Sijil Nikah. Pengantin Lelaki Tutup Muka. Ini Puncanya Buat Ramai TERDUDUK

Pensyarah Universiti Pukul Tukang Sapu Jalan Sampai Masuk Hospital. Puncanya Buat Ramai GERAM.