Seorang Wanita Beli Telur Dari Pakcik Ni. Apa Jadi Lepas Tu Buat Ramai Umat Islam TERPANA | Khalifah Mail Online – Pakcik tua ni jual telur. Dari pagi tadi takde siapa beli sehingga datang seorang wanita membelinya. “Sesuatu” terjadi tak lama lepas tu buat ramai umat Islam terpana…
Ikuti kisah penuh nya di bawah ini. Semoga jadi iktibar.
MINTA HARGA MURAH BELI TELUR
Di salah sebuah negara Arab, terdapat seorang wanita ingin membeli telur ayam daripada seorang pakcik tua :
“Berapa pakcik jual telur ni?”
Pakcik tersebut menjawab :
“Sebiji 2 dirham nak. 6 biji 12 dirham.”
Wanita tersebut pun berkata :
“Baik, saya ambil 6 biji tetapi boleh tak bagi 10 dirham sahaja?”
Pakcik tadi terdiam, lalu berkata :
“Boleh nak, Semoga Allah membantu kita semua. Disebabkan tiada seorang pun yang masih membelinya sejak pagi tadi, dan kamu adalah orang pertama yang membeli, pakcik boleh kurangkan.”
Wanita tadi pun rasa puas dan seronok kerana berjaya menawarkan harga. Lalu wanita tersebut berlalu menuju ke keretanya dan bertolak ke sebuah restoran yang mahal untuk berjumpa dan makan bersama kawannya.
BAYAR HARGA MAHAL KAT ORANG KAYA
Tidak lama kemudian, wanita tersebut ingin membuat pembayaran lalu dia menuju ke kaunter bayaran untuk membayar makanan yang dimakan oleh mereka berdua.
“Semuanya 130 dirham” Kata cashier.
Wanita tersebut pun menghulurkan 150 dirham lalu berkata :
“Selebihnya untuk kamu”
Boleh jadi ia hanya perkara biasa bagi cashier tersebut tetapi bagi pakcik tadi, ia amat memedihkan.
Persoalannya, mengapa kita bersungguh-sungguh meminta pengurangan harga daripada orang miskin yang berhajat, tetapi kita menjadi mulia di hadapan orang yang tidak memerlukan kemuliaan kita pun! Sama-sama kita fikirkan. Dan kongsikan.
Sumber : Kun Anta
Pingback:Seorang Wanita Beli Telur Dari Pakcik Ni. Apa Jadi Lepas Tu Buat Ramai Umat Islam TERPANA – Kabarviral.me