in

Seorang Wanita Hidap Kanser Akibat AMALAN Kesukaannya 15 Tahun Dahulu. MENGEJUTKAN.

Semoga Kisah Ni Jadi Pengajaran Kepada Semua. Kongsikan.

Seorang Wanita Hidap Kanser Akibat AMALAN Kesukaannya 15 Tahun Dahulu. MENGEJUTKAN. | Khalifah Mail Online – Bila umur dah masuk 30an, dia selalu pergi gym dan amalkan pemakanan yang sihat. Satu hari dia sakit ketiak lalu demam panas dan bila pergi hospital doktor sahkan ianya adalah kanser. Lepas lakukan siasatan, akhirnya doktor bagitau puncanya adalah disebabkan “amalan” kesukaannya 15 tahun dahulu. Allahu tak sangka. Jom baca dan kongsikan.

SUKA BUAT TATU

Perbuatan mencacah badan atau tatu dikatakan boleh membawa kepada pelbagai penyakit kronik.

Baru-baru ini, seorang wanita telah disahkan menghidap kanser oleh doktor namun setelah diselidiki dengan lebih terperinci, simptom-simptom yang dialami oleh pesakit wanita tersebut adalah berpunca daripada komplikasi tatunya.

Wanita berusia 30 tahun ini disyaki menghidap limfoma (lymphoma) iaitu sejenis kanser yang menyerang sistem limfa.

AMALAN KESUKAAN 15 TAHUN DAHULU

Setelah menjalani pembedahan, para doktor mendapati bahawa simptom penyakit yang dialaminya adalah berpunca daripada sesuatu yang tidak dijangkakan.

Pada awalnya, wanita tersebut telah datang ke klinik kerana menyedari terdapat benjolan kecil di bawah lengannya.

Antara simptom yang dialami wanita berkenaan adalah seperti demam, penurunan berat badan, berpeluh pada waktu malam dan pelbagai lagi isu berkaitan paru-paru.

Menurut Dr. Christian Bryant yang merupakan pakar hematologi (kajian tentang darah) di Hospital Royal Prince Alfred, 99 daripada 100 kes seperti ini adalah kanser limfoma.

Namun, benjolan tersebut yang sebesar 1.5 sentimeter dalam diameter merupakan kesan daripada tatu yang dilakukannya pada usia 15 tahun. Tatu lama yang dicacah pada belakang badannya sangat besar dan telah berada pada tubuhnya buat sekian lama.

Selain itu, wanita ini turut mempunyai tatu pada bahu kirinya yang dilakukan kira-kira dua setengah tahun lalu.

DAKWAT TATU PENYEBAB JANGKITAN

Reaksi daripada elemen di dalam dakwat tatu boleh menyebabkan jangkitan dan sebagainya. Namun reaksi ini tidak semestinya terjadi dalam masa terdekat selepas mencacah badan.

Terdapat juga individu yang akan mengalami tindak balas setelah sekian lama mencacah badannya. Antara kes yang pernah berlaku adalah seorang lelaki di Mexico meninggal dunia selepas berenang di dalam kolam dengan tatu yang baru dibuat.

Bagi wanita tersebut, keadaannya semakin beransur pulih selepas 10 bulan menjalani rawatan.

Oleh itu, peringatan untuk anda yang mempunyai tatu dan sedar terdapat benjolan pada tubuh anda, segeralah bertemu dengan pakar bagi menjalani pemeriksaan lanjut.

Sumber : Era Baru

Loading...

Comments

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Seorang Wanita Beli Telur Dari Pakcik Ni. Apa Jadi Lepas Tu Buat Ramai Umat Islam TERPANA

Yusof Azmi PPIM – Umur 19 Tahun Saya Pernah Pegang Duit Berjuta Dan Pakai Kereta Ferrari Tetapi…