SUBHANALLAH. 3 Tahun Di England, Akhirnya Wanita Ini PELUK Islam. Puncanya Amat MENGEJUTKAN | Khalifah Mail Online – Wanita ni berasal dari India. Walaupun di India ramai orang Islam, dia x pernah terfikir nak masuk Islam. Sehinggalah dia sambung belajar ke England, ada “sesuatu” tentang Islam. Sehingga satu hari satu “kejadian” berlaku buat dia terus masuk Islam.
AGAMA ASAL WANITA INI
NOOR adalah bekas wanita Hindu yang menetap di United Kingdom. Berikut adalah kisah peribadi beliau bagaimana beliau kecewa dengan peraturan sosial moden dalam Hindu dan juga masyarakat Kristian lantas memilih untuk menjadi seorang muslim. Ikuti catatannya:
Dalam agama Hindu lelaki dilayan seperti tuhan-tuhan. Dalam salah satu perayaan agama, gadis Hindu yang belum berkahwin menyembah patung Shiva (dewa Hindu), untuk berharap mendapat suami sepertinya. Hatta ibu saya sendiri telah meminta saya untuk melakukan ini.
Ritual ini khususnya menyedarkan saya bahawa agama Hindu, yang berdasarkan kepada kepercayaan tahyul dan tradisi yang menindas wanita, tidak tepat.
Banyak kejahatan sosial telah masuk ke dalam masyarakat Hindu yang menindas wanita. Sebagai contoh, jika menjadi janda, wanita itu perlu memakai sari putih (pakaian), menjadi vegetarian dan memotong rambutnya menjadi pendek. Selain itu, dia tidak boleh memikirkan tentang berkahwin semula.
Pengantin perempuan sentiasa perlu membayar mas kahwin (wang pengantin) kepada mentua. Dan pengantin lelaki boleh meminta apa-apa, tanpa mempedulikan kemampuan mentuanya. Jika gagal untuk menyediakan hantaran yang cukup, dia (pengantin perempuan) akan diseksa secara emosi dan fizikal. Dalam banyak kes, perkahwinan sebegini telah berakhir dengan ‘kematian mengejut’ sang pengantin. Semakin banyak keadaan sebegini berlaku di negara ini.
Saya datang dari keluarga yang sepenuhnya Hindu di mana kami telah diajar untuk menganggap diri kami sebagai orang yang akhirnya akan berkahwin dan mempunyai anak-anak serta melayani suami.
KEJUTAN BUDAYA BILA SAMPAI DI ENGLAND
Apabila saya datang ke England untuk meneruskan pengajian, saya pada mulanya menyangka negara ini memberi hak yang sama untuk lelaki dan wanita serta tidak menindas mereka. Kita semua mempunyai kebebasan untuk melakukan apa yang kita suka – saya fikir.
Tetapi apabila yang saya mula berjumpa dengan orang dan mendapat kawan-kawan baru, saya belajar mengenai masyarakat baru ini dan pergi ke semua tempat kawan-kawan saya pergi dalam usaha untuk ‘bersosial’ (bar, dewan tarian dan lain-lain), saya menyedari bahawa ‘kesaksamaan’ ini hilang dalam amalan sebenar.
Zahirnya, wanita di Barat kelihatan mempunyai hak yang sama dalam pendidikan dan pekerjaan, tetapi pada hakikatnya mereka adalah golongan yang ditindas dengan cara yang berbeza dan lebih halus.
Ketika bersosial, saya dapati semua orang berminat untuk bercakap dengan saya, dan saya fikir ia adalah perkara biasa. Tetapi kemudian baru saya menyedari betapa naifnya saya dan saya tahu apa yang mereka benar-benar cari.
Saya mula berasa tidak selesa. Saya terpaksa berpakaian dengan cara yang tertentu dan bercakap dengan cara yang disenangi mereka. Semua orang yang ada di situ mengatakan mereka seronok dengan suasana sebegitu, tetapi saya tidak pernah mendapati ianya satu kebaikan.
MULA KENAL ISLAM DAN PENGANUTNYA
Saya tidak pernah belajar mengenai Islam, walaupun saya mempunyai beberapa rakan muslim. Sekarang saya mengambil keputusan untuk mencari kepercayaan sebenar yang memberikan suasana dan budaya yang lebih baik di mana saya akan berasa gembira, dilindungi dan dihormati.
Jika berseronok dengan cara berzina dengan orang lain adalah kepercayaan seseorang, mereka akan melakukan ini. Jika mengumpul wang adalah kepercayaan seseorang, mereka akan melakukan apa saja untuk mencapai matlamat ini. Jika mereka percaya minum (arak) adalah salah satu cara untuk menikmati kehidupan maka mereka akan melakukannya.
Tetapi saya rasa semua ini tidak membawa ke mana-mana. Tiada siapa yang benar-benar berpuas hati.
Saya memikirkan dengan lebih mendalam tentang konsep ‘hak sama rata’ dalam masyarakat moden di mana seorang gadis perlu mempunyai teman lelaki, atau anda akan dianggap pelik. Saya mendapati ia satu lagi bentuk penindasan walaupun sesetengah wanita tidak menyedarinya.
ISLAM ADALAH AGAMA YANG SEMPURNA
Apabila saya datang kepada Islam, ia jelas bahawa saya telah akhirnya menemui keselamatan yang kekal. Satu agama, satu kepercayaan yang begitu lengkap dan jelas dalam setiap aspek kehidupan. Ramai orang mempunyai salah tanggapan bahawa Islam adalah satu agama yang menindas, di mana wanita ditutup dari kepala hingga ke kaki dan tidak diberikan sebarang bentuk kebebasan atau hak.
Sebaliknya, wanita dalam Islam diberi lebih banyak hak. Mereka telah diberikan hak itu semenjak 1,400 tahun lalu, manakala masyarakat Barat dan lain-lain hanya mula memberikan hak tersebut kepada wanita mereka baru-baru ini. Masih terdapat masyarakat yang menindas wanita, seperti yang saya nyatakan sebelum ini berhubung dengan wanita Hindu.
Wanita Islam mempunyai hak untuk warisan harta. Mereka mempunyai hak untuk menceburi sektor perdagangan dan perniagaan mereka sendiri. Mereka mempunyai hak penuh untuk pemilikan, hartanah, serta pelupusan ke atas harta mereka yang mana suami tidak mempunyai hak ke atasnya.
Mereka mempunyai hak kepada pendidikan, hak untuk menolak perkahwinan selagi penolakan ini adalah sesuai dengan alasan yang munasabah dan berpatutan. Al-Quran itu sendiri, yang merupakan Firman Allah, mengandungi banyak ayat perintah agar orang berbuat baik kepada isteri-isteri mereka dan menekankan hak-hak wanita.
Islam memberikan peraturan yang benar, kerana mereka tidak dibuat oleh manusia, tetapi dibuat oleh Allah. Oleh itu ia adalah agama yang sempurna.
KESOPANAN LELAKI DAN WANITA DALAM ISLAM
Selalunya, wanita Islam ditanya mengapa mereka ditutup dari kepala ke kaki. Dalam Islam, perkahwinan adalah satu bahagian penting dalam kehidupan. Ia adalah pembentukan sebuah masyarakat. Oleh itu, seorang wanita tidak harus berkeliaran mendedahkan dirinya.
Malah, dalam Islam, lelaki juga tidak dibenarkan untuk mendedahkan tubuh mereka melebihi batasan tertentu. Kesopanan ditekankan dalam Islam.
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (al-Quran surah Al-Ahzab ayat 59)
Jika kita melihat sekeliling kita, kita dapati dalam kebanyakan masyarakat, wanita diserang dan dicabul kerana pakaian mereka. Kaedah dan peraturan yang ditetapkan dalam Islam tidak digunakan hanya untuk wanita tetapi untuk lelaki juga.
Tidak saling bergaul dan bebas berkeliaran di antara lelaki dan wanita demi kebaikan kedua-dua belah pihak. Segala yang diperintahkan oleh Allah adalah tepat, sempurna, suci dan bermanfaat kepada manusia, tidak ada sebarang keraguan tentang itu.
Satu ayat dalam al-Quran menjelaskan konsep ini dengan jelas:
“Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman supaya mereka menahan pandangannya, dan memelihara kehormatan mereka (iaitu dari perbuatan yang keji, yang haram, dan lain-lain); yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya mereka menahan pandangannya, dan memelihara kehormatan mereka (dari perbuatan yang keji, persetubuhan haram, dan lain-lain); dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka … “(al-Quran surah An-Nur ayat 31)
MULA PAKAI TUDUNG
Saya berasa gembira apabila saya memakai tudung. Ia memberikan rasa kepuasan dan kebahagiaan. Saya benar-benar dapat melihat perbezaan dalam tingkah laku (orang lain) terhadap saya. Saya menerima Islam bukan secara membuta tuli, atau apa-apa paksaan. Dalam al-Qurann sendiri terdapat ayat yang mengatakan:
“… Tidak ada paksaan dalam agama …” (al-Quran surah Al-Baqarah ayat 256)
Saya menerima Islam dengan penuh keyakinan. Saya telah berada di sana, melakukannya, dan melihat keadaan di kedua-dua belah pihak. Saya tahu dan telah mengalami sendiri bagaimana keadaannya di pihak lagi satu, dan saya tahu bahawa saya telah melakukan perkara yang betul.
Islam tidak menindas wanita, tetapi Islam membebaskan mereka dan memberikan mereka penghormatan yang sewajarnya. Islam adalah agama Allah yang telah dipilih untuk sekalian manusia.
Mereka yang menerima Islam benar-benar bebas daripada rantai dan belenggu manusia, yang mana pemerintahan dan perundangan mereka tidak menghasilkan apa-apa melainkan penindasan satu kumpulan oleh kumpulan yang lain dan pengeksploitasian dan penindasan satu jantina oleh jantina yang lain.
Hal ini tidak berlaku dalam Islam yang benar-benar membebaskan wanita dan memberikan mereka satu keperibadian yang tidak diberikan oleh mana-mana pihak berkuasa lain.
Sumber: ISMA via esinislam.com
Pingback:SUBHANALLAH. 3 Tahun Di England, Akhirnya Wanita Ini PELUK Islam. Puncanya Amat MENGEJUTKAN – Kabarviral.me