in

Mufti Perlis Dedah REALITI SEBENAR Kebanyakkan Sekolah Tahfiz Di Malaysia Buat Ramai TERGAMAM

Setuju Sangat Dengan Pandangan Dr Maza Ni. Baca Dan Kongsikan.

Mufti Perlis Dedah REALITI SEBENAR Kebanyakkan Sekolah Tahfiz Di Malaysia Buat Ramai TERGAMAM | Khalifah Mail Online – Rentetan kebakaran sekolah tahfiz baru-baru ni, Dr Maza, Mufti Perlis mendedahkan realiti sebenar kebanyakkan sekolah tahfiz di Malaysia ni. Jangan terkejut.

PESAN KEPADA IBU BAPA

PETALING JAYA: Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin menasihati ibu bapa yang ingin menghantar anak ke sekolah tahfiz agar memilih sekolah yang baik, mengikut peraturan dan berkualiti.

“Ibu bapa kena tahu bukan semua yang dipanggil ustaz itu bagus pengetahuan agama dan baik kualiti bahasa Arabnya.

USTAZ TIDAK MAKSUM

“Lebih daripada itu, gelaran ustaz bukan jaminan kemaksuman seseorang sehingga kita boleh percaya segala yang dia beritahu tanpa penelitian dan siasatan,” katanya melalui catatan di Facebook.

Beliau berkata ada sekolah agama dan tahfiz tidak lengkap dengan keperluan sepatutnya kerana “ustaz” tertentu menubuhkannya untuk tujuan peribadi.

KISAH BENAR

“Ada ‘ustaz’ yang dahulunya gagal dalam pendidikan tetapi membuka sekolah tahfiz tanpa memiliki sijil atau latihan pendidikan yang sepadan, apatah lagi memiliki diploma atau sijil perguruan.

“Akhirnya, mereka menjadi tenaga pengajar yang tidak cukup ilmu dalam bidang pendidikan, kaedah ataupun pedagogi pengajaran.”

Katanya, bagi menjimatkan kos gaji guru, mereka mengambil sesiapa sahaja yang bersedia mengajar sekalipun bukan bidang berkaitan.

Maka tenaga pengajar di sekolah itu, katanya, tidak cekap, tidak berpengalaman kerana dipilih secara “bidan terjun” atau “tangkap muat”.

“Apabila keadaan itu berlaku, maka ada individu yang tidak mahir bahasa Inggeris mengajar subjek bahasa Inggeris, begitu juga matematik, sains, sejarah dan subjek lain.

Beliau menambah, ada tenaga pengajar ini hanyalah pekerja sambilan sementara menunggu peluang pekerjaan lain menyebabkan tahap tanggungjawab mereka rendah.

WANG SUMBANGAN YANG MENJADI TANDA TANYA

Asri juga berkata ada pemilik menggunakan nama tahfiz dan agama untuk mengutip derma dan sumbangan. Malah, wang yang disumbangkan itu pula tidak mempunyai jawatankuasa, badan audit atau unit amanah yang mengawalnya.

“Akhirnya jika tidak amanah, pemilik ini mewah dengan sumbangan orang ramai, sementara sekolah mereka dalam keadaan daif,” katanya sambil menambah ada juga sekolah tahfiz menggunakan pelajar untuk mengutip derma.

PILIH SEKOLAH TAHFIZ YANG BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN PELAJARAN

Beliau turut menyarankan ibu bapa memilih sekolah tahfiz di bawah Kementerian Pendidikan yang diurus tadbir dengan baik dari sudut kualiti pelajaran.

“Ada juga tahfiz swasta yang baik, ini dapat diukur dengan banyak ciri, antaranya kualiti kelulusan guru yang mengajar, sukatan pelajaran dan persekitaran pembelajarannya,” kata Asri.

Sumber: FMT

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Kebakaran Tahfiz. Ibu Dedah Tindakan Anak Sebelum Pulang Ke Maahad Sangat Dirindui

Tragedi Tahfiz. Nenek Mimpi Diberi 3 Ayam Putih. Rupanya Itu Tanda…..