in

Jenazah Dato MUNTAH Darah BUSUK, Perkuburan Jadi RIUH. Pemandu Dedah Rupa2nya “INI” Yang Dibuatnya Semasa Hidup…

Cerita Ini Dikongsi Bukan Untuk Membuka Aib, Tetapi Sebagai Pengajaran Kepada Semua.

Jenazah Dato MUNTAH Darah BUSUK, Perkuburan Jadi RIUH. Pemandu Dedah Rupa2nya “INI” Yang Dibuatnya Semasa Hidup… | Khalifah Mail Online – Kisah berkenaan misteri yang berlaku semasa mengendalikan jenazah, semasa pengebumia jenazah yang diceritakan oleh setiap pengurus jenazah bukan lah untuk mengaibkan jenazah itu, tetapi diceritakan untuk dijadikan iktibar kepada sesiapa yang membaca dan mengambil iktibar. InsyaAllah. Mari baca kisah ini selanjutnya.

BONGKAH BATU BESAR DALAM LIANG LAHAD

CUACA panas membahang, tekak mula terasa dahaga. Saya pandang Imran dan Salim (bukan nama sebenar), kedua-dua mereka masih menggali liang lahad. Sedang menggali tiba-tiba cangkul yang Salim hayunkan terkena suatu benda keras.

KRRRGGGGG!!! Bunyi dentingan itu mengejutkan kami. “Bunyi apa tu?” saya tanya Salim. Salim memerhati ke dalam lahad. “Batu!!!” dia menjerit. Matanya membulat ke arah saya. Saya termangu. Belum pernah saya lihat bongkah batu besar tertanam dalam liang lahad di kawasan perkuburan ini.

“Habis, macam mana sekarang? Apa kita nak buat?” serentak soalan itu keluar dari mulut Salim dan Imran.

Mereka berdua memandang ke arah saya. Ketika itu, saya benar-benar tidak tahu apa yang hendak dilakukan. “Nak gali atau buat yang baru?” Imran pula bertanya. Keningnya berkerut kerut, cemas. Matahari sudah tinggi.

Tinggal beberapa jam sahaja lagi jenazah akan dikebumikan. Kalau kami gali kubur yang baru, bimbang tidak sempat pula. Tambah-tambah lagi kami kini sudah kepenatan. Saya katakan pada Salim dan Imran, gali saja.

Keluarkan bongkah batu itu, lubangnya nanti kita kambus. Imran dan Salim setuju. Peluh terus membasahi tubuh kami. Hampir sejam mengorek, barulah bongkah batu sebesar dua pemeluk itu berjaya digali keluar. “Cari guni dengan tali,” arah saya pada Imran. Salim pula cuba mendapatkan bantuan beberapa orang penduduk yang tinggal berhampiran dengan kawasan perkuburan di utara Sabah itu.

Kami bentang guni, kemudian gulingkan bongkah batu sebesar dua pemeluk itu di atasnya. Penjuru guni kami ikat dengan tali supaya bongkah batu dapat ditarik keluar dari liang lahad. Malangnya apabila kami cuba menariknya keluar, tali yang mengikat keempat-empat bucu guni terputus.

BUUUMMMMMM!!! Bongkah batu itu terhempas. Bunyi dentuman bergema, liang lahad seperti bergegar. “Ikat sekali lag!” laung saya pada Salim dan Imran yang sudah terjun ke dalam liang lahad. Entah kenapa ketika itu tiba-tiba sahaja jantung saya berdegup kencang.

Saya rasa tidak sedap hati. Saya cuba kuatkan semangat agar dapat menyudahkan kerja-kerja itu. Tidak lupa saya meminta orang yang datang membantu kami agar bertenang dan jangan bangkitkan soalan serta andaian yang bukan bukan ke atas jenazah yang bakal dikebumikan.

KERETA MEWAH DATANG MINTA TOLONG GALI KUBUR UNTUK JENAZAH BAPA

Saya katakan pada mereka, saya sendiri tidak mengenali si mati. Apa yang saya tahu, awal pagi tadi bapa didatangi kereta mewah yang dipandu seorang lelaki berpakaian kemas. Lelaki itu meminta bapa menyediakan kubur untuk seorang ahli keluarganya. Setelah memberikan saiz dan ukuran yang perlu digali, lelaki itu memberitahu upacara pengebumian akan diadakan selepas waktu Zuhur.

Sebelum ini bila ada kematian, bapalah yang akan menggali kubur namun sejak kebelakangan ini bapa kurang sihat. Mungkin sebab usianya sudah lanjut, 65 tahun, sering saja diserang demam dan batuk-batuk. Lalu bapa serahkan tugas-tugas itu kepada saya.

Saya tanya bapa, siapa lelaki yang datang bertemunya sebentar tadi dan siapa pula yang meninggal dunia? Kata bapa, jenazah itu bernama Dato ***** bin ***********************, berusia lingkungan 50-an. Itu sajalah yang saya ketahui.

Siapa arwah Dato ni dan bagaimana dia meninggal, itu saya tidak tahu. Cubaan kali kedua menarik keluar bongkah batu akhirnya berjaya. Liang lahad juga sudah kami siapkan. Kini hanya menunggu jenazah sampai. Setengah jam selepas kami menyudahkan kerja-kerja menggali kubur, kawasan perkuburan dipenuhi ahli keluarga si mati.

Pelbagai jenis kereta mewah menurunkan penumpang. Siapa sebenarnya si mati? Jika dilihat mereka yang memenuhi kawasan tanah perkuburan, jenazah sudah tentulah bukan sembarangan orang. Pasti dia berasal daripada keluarga yang berada dan berjawatan tinggi. Keranda diusung ke tanah perkuburan.

TIBA-TIBA JENAZAH MUNTAH “CECAIR” BUSUK

Kami sambut keranda mewah berukir dan berwarna emas itu, kemudian letakkannya di tepi kubur. Keranda itu memang cantik. la menunjukkan si mati ini orang yang sangat berada. Apabila penutup keranda dibuka, saya tergamam melihat sekujur tubuh dikapankan dengan kain sutera harum mewangi. Malah jenazah juga dibaringkan di atas bantal berwarna keemasan. Semuanya serba-serbi mewah.

Memang si mati ini bukan sembarangan orang. Kami turun ke liang lahad dan saya sambut jenazah di bahagian kepala. Ketika jari-jemari membuka kain yang menutupi muka jenazah tiba-tiba saya rasakan ada cecair menyimbah tepat ke atas muka. Cecair itu panas melekit! Baunya busuk dan meloyakan. Seperti bau seekor anjing liar.

Saya hampir hampir termuntah. Bau itu cukup saya kenal sebab sebelum ini saya sering terserempak dengan anjing-anjing liar di sekitar kawasan kampung. Jika terserempak dengan binatang haram ini, saya akan menghalaunya kerana bau yang melekat pada kulit anjing itu amat busuk hinggakan sesiapa yang berdekatan boleh termuntah-muntah.

Ketika itu saya dengar suara riuh rendah. Pasti mereka terkejut melihat apa yang berlaku ke atas saya sebentar tadi. “Allah! Allaaaahhhh! hanya itu yang mampu saya luahkan. Kedua-dua belah mata saya pedih akibat dimasuki cecair busuk itu.

Saya cuba membuka kelopak mata namun terlalu pedih. Sakitnya bercampur dengan bau busuk yang amat meloyakan.

Suara jeritan dan hingar-bingar terus kedengaran di sana sini. Ahli keluarga arwah memekik-mekik ketakutan. Imran dan Salim memanggil-manggil saya, minta agar saya bertenang. Kata mereka

“Jangan sampai jenazah terjatuh.” Cecair apa yang menyimbah muka saya tadi? Pada ketika itu saya terdengar seseorang menjerit,

“Masya-Allah… Mad, darah Mad, daraaaahhh! ! !” Saya dengar ada yang menangis dan terjerit-jerit. Suasana jadi hingar-bingar. DARRAH!! DARAHHHHH!!! Dada saya terus berdebar.

Saya baca kalimah-kalimah Allah, baris-baris ayat suci al-Quran saya lafazkan.

MULUT JENAZAH TERNGANGA, WAJAH HITAM

Beberapa ketika kemudian barulah saya mampu membuka mata. Saya pandang jenazah, seorang lelaki berusia lingkungan 50-an. Saya pandang pula mukanya, hitam. Mulut jenazah basah dengan darah. Begitu juga kain kapannya di sekitar muka dan dada. Darah itu memancut dari mulut jenazah yang sedikit ternganga.

Saya lihat Salim, Imran dan dua warisnya menutup hidung. Nyata bukan saya sahaja yang terhidu bau anjing yang busuk dan meloyakan itu malah keluarga si mati yang berdiri berhampiran liang lahad turut berada jijik. Ada yang termuntah-muntah.

Saya lihat kedua-dua mereka teresak-esak menangis. Saya minta mereka terima ini dengan redha dan membaca ayat-ayat suci al-Quran. Jangan takut dan teruslah memegang jenazah. Tanpa mempedulikan suasana hingar-bingar di luar, kami sempurnakan pengebumian itu.

Tanah dikambus, talkin dibacakan dan sebelum meninggalkan kawasan perkuburan, seorang wanita yang merupakan saudara kepada jenazah meminta saya, Imran dan Salim menghadiri majlis tahlil yang akan diadakan malam itu. Saya mengangguk.

Bagaimanapun saya perlu segera pulang ke rumah dahulu untuk membersihkan diri kerana ramai yang tidak sanggup mendekati saya pada masa itu. Darah yang baunya seperti anjing masih melekat pada baju dan muka saya.

Petang itu saya bersama Imran dan Salim dijemput menaiki sebuah kereta mewah untuk ke majlis tahlil. Pemandunya seorang lelaki berusia lewat 50-an, memperkenalkan dirinya sebagai Pak Busu (bukan nama sebenar). Saya bertanya Pak Busu, apa hubungan beliau dengan si mati? Keluarga atau adik-beradiknya?

Pak Busu menggeleng. Lelaki ini memberitahu jenazah yang kami kebumikan siang tadi merupakan majikannya. Sudah hampir sepuluh tahun Pak Busu menjadi drebar. Ini bermakna sepanjang tempoh itu juga Pak Busu tabu apa yang dilakukan oleh Dato “Ke mana saja Dato pergi, sayalah yang hantar,” ucap Pak Busu sambil mengesat air matanya.

TABIAT DATUK SEMASA HIDUP

Saya faham apa yang tersemat di hati Pak Busu, apalagi dia turut sama menyaksikan kejadian aneh sewaktu urusan pengebumian jenazah siang tadi. Pak Busu memberitahu kami, majikannya itu merupakan seorang ahli perniagaan terkenal dan memegang jawatan yang tinggi dalam sebuah institusi kerajaan.

Malah menurut Pak Busu, pemergian Dato amat mengejutkan semua pihak kerana tiada sesiapa yang menyangka Dato yang pulang dari menghadiri satu majlis makan malam telah diserang sakit perut yang serius.

Arwah Dato muntah-muntah. Darah membuak-buak keluar dari mulutnya. Pak Busu segera menghantar Dato ke hospital.

Sepanjang perjalanan, Dato tidak sedarkan diri lagi. Sebaik tiba di hospital, doktor mengesahkan Dato telah meninggal dunia akibat pendarahan dalaman yang serius pada bahagian perutnya. Lebih menyedihkan, menurut Pak Busu, kematian majikannya itu banyak kaitannya dengan apa yang dilakukan Dato.

Sepanjang bekerja dengan Dato, Pak Busu sering melihat majikannya itu memperlekeh-lekehkan agama. Akidah majikannya itu tunggang-langgang.

“Banyak kali saya pesan, jangan minum arak, jangan makan benda haram tapi Dato masih tidak berubah. Alasan Dato, nanti bisnes hilang. Projek susah jalan. Sebab itu arak, judi, makanan haram, semua Dato layan. Tiada pantang larang.

“Ramai kawan-kawan Dato bukan beragama Islam, bila ada majlis hujung minggu, Dato lupa apa yang halal, apa yang haram. Paling menyedihkan Dato tak sempat minta ampun dan bertaubat,” cerita Pak Busu menahan rasa sebaknya.

SEMOGA ALLAH MENGAMPUNKAN DOSA-DOSANYA

Kami bertiga hanya mendengar luahan hati Pak Busu. Segala persoalan yang bermain-main di fikiran sejak kami diminta menggali kubur pagi tadi sudah pun terjawab. Selebihnya, tidak perlulah kami ketahui lebih lanjut apa yang telah Dato lakukan sepanjang hayatnya. Cukuplah sekadar apa yang telah diceritakan oleh Pak Busu.

Lebih daripada itu, biarlah Allah yang menentukan. Tidak lupa saya ingatkan kepada Pak Busu, Imran dan Salim, kita yang hidup perlu ambil iktibar dengan apa yang telah berlaku. Mungkin bongkah batu besar yang tertanam di liang lahad dan darah yang dimuntahkan jenazah ada kaitan dengan apa yang dilakukan Sepanjang hayat Dato. Semuanya itu kuasa Allah, yang menghidup dan mematikan kita. Sesuatu pasti terjadi atas kehendak-Nya biarpun nampak mustahil.

Setengah jam perjalanan akhirnya kami tiba di rumah banglo keluarga arwah Dato. Rakan-rakan perniagaan arwah Dato sudah memenuhi rumah mewah itu. Macam-macam cerita keluar masuk telinga kami. Rata-rata mereka masih hangat menceritakan peristiwa yang berlaku sewaktu pengebumian siang tadi.

Pelbagai andaian timbul. Ramai yang percaya kematian Dato disengajakan. Arwah kononnya mati diracun dan terkena buatan individu yang berniat jahat serta dengki di atas kejayaan beliau dalam dunia perniagaan. Tanpa mempedulikan segala tohmahan itu, kami, terus membacakan surah Yasin dan menyempumakan majlis tahlil untuk arwah Dato, memohon agar rohnya diampunkan Allah.

Sumber : OhDunia

Loading...

Comments

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Kenapa Nyamuk Asyik Gigit Aku Je. Saintis Dedah Puncanya Yang Buat Ramai TERKEJUT…

Lelaki Tiba2 Tanggal Kain Ihram Dan Jadikan ALAS KAKI Buat Ramai TERKEJUT. Bila Tanya, “INI’ Jawapnya…