in

Ya Allah. Ayah MAUT Ketika Cuba Selamatkan Anaknya Yang Ditarik Ombak Ke Tengah Laut

Pengorbanan Seorang Ayah. Sedih.

Ya Allah. Ayah MAUT Ketika Cuba Selamatkan Anaknya Yang Ditarik Ombak Ke Tengah Laut | Khalifah Mail Online – Pengorbanan seorang ayah tak boleh hanya duduk diam apabila melihat anak perempuannya lemas ditarik ombak ke tengah laut. Tindakannya akhirnya telah mengorbankan nyawanya. Baca kisah tragis ini di bawah.

Seorang ayah asal warganegara England telah lemas dan maut ketika cuba menyelamatkan anaknya di Pantai Bosco Verde, Ostuni, Itali. Lelaki tersebut terbawa arus ombak kuat ketika cuba menarik anaknya yang terseret hingga ke tengah laut.

Bukan hanya dia sahaja, tetapi seorang penjaga pantai yang juga turut ikut terjun ke laut untuk menyelamatkan gadis tersebut juga tenggelam dan lemas.

Petugas hospital sempat memberi bantuan berupa CPR kepada keduanya namun sayang nyawa mereka tak berjaya diselamatkan. Keduanya dinyatakan maut di lokasi kejadian.

Sementara itu, gadis berusia 11 tahun yang sebelumnya terseret lemas di laut terselamat dari maut dan kini stabil di hospital.


Pantai Tempat Kejadian.

Dipetik dari laman metro.co.uk, Rabu (19/7), menurut keterangan penjaga pantai, proses penyelamatan itu tergendala dan lambat karana angin kencang di wilayah sekitar yang menyebabkan air laut menjadi pasang.

Sementara itu, juru bicara Kementerian Luar Negeri mengucapkan takziah duka mendalam berkaitan kejadian ini. Pihaknya kini sedang berkoordinasi dengan pihak berkuasa untuk memberi bantuan kepada mangsa lemas di pantai tersebut.

“Kami menyatakan takziah ke atas kematian seorang warga Britain di Puglia. Staf kami saat ini sedang berhubungan dengan pihak berkuasa di Itali untuk memberi bantuan,” demikian pernyataan dari Kemenlu.

Sumber: Metro UK

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Pegawai Pemantau Dedah TIGA Perangai PELIK Jemaah Haji Indonesia Ketika Di Mekah

Duit Tak Cukup. Selalu Gaduh Ngan Husband. Tapi Selepas Amal Solat Dhuha, “SESUATU” Terjadi…