in

Dr Maza – Kisah Orang Jepun Tak Jadi Masuk Islam Buat Ramai SENTAP

Semoga Kita Semua Perbaiki Akhlak Kita. Aaamin. Kongsikan.

Dr Maza – Kisah Orang Jepun Tak Jadi Masuk Islam Buat Ramai SENTAP | Khalifah Mail Online – Ada seorang lelaki Jepun ni datang ke sebuah negara Islam. Dia sangat respek kat seorang pemandu teksi ni. Dan berkira nak peluk Islam. Tapi “sesuatu” terjadi buat dia terus tak jadi masuk Islam. Allahu. Jom baca dan kongsikan.

BERADA DI JEPUN

Berucap di Shizuoka Muslim Association. Presiden pertubuhan tersebut Mr. Yassine Essaadi seorang Arab Morocco yang berkahwin dengan wanita Jepun. Majlis ini juga mengundang Mr. Sugimoto. Beliau seorang pendakwah muda berbangsa Jepun yang aktif.

Anak murid Dr. Zakir Naik. Bulan lepas beliau ke Perlis untuk Persidangan Dakwah Asia Pasifik. Saya dijemput memberi ucaptama dalam persidangan tersebut. Raja Muda Perlis merasmikannya. Kali ini bertemu pula di Shizuoka. Alhamdulillah.

KISAH LELAKI JEPUN TAK JADI MASUK ISLAM

Antara cerita menarik yang diceritakan oleh Mr. Yassine kepada kami bagaimana seorang Jepun yang melancong ke sebuah negara orang Islam.

Orang Jepun itu sendiri menceritakan kepada Mr Yassine bagaimana beliau pada mulanya kagum apabila pemandu teksi yang membawanya meminta izin berhenti untuk menunaikan solat.

Pelancong Jepun itu kagum dengan pegangan dan disiplin diri seorang muslim. Dia berfikir ingin menjadi seperti orang muslim berkenaan. Kemudian apabila driver teksi itu membawanya semula, dia melihat bagaimana driver itu membuang sampah-sarap melalui tingkap kereta.

Terus dia buat kesimpulan jika ajaran driver itu baik, tentu dia tidak akan buat demikian. Sejak kejadian itu orang Jepun menganggap Islam agama yang tidak baik.

HIDAYAH MILIK ALLAH

Takdir Allah, dia kemudian bercinta dengan wanita muslimah dan ingin menganut Islam sebab kekasihnya.

Apabila dia menceritakan hal itu kepada Mr. Yassine, beliau memberikan penjelasan bagi membetulkan persepsi tersebut. Ia sesuatu yang sukar.

Demikian sikap umat Islam menjadi punca orang lari dari Islam. Jika orang Jepun mendengar kadar dan jumlah rasuah negara orang Islam agak-agak apa anggapan mereka kepada Islam?

Sumber: Khalifah Mail Online via Dr Maza

Comments

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Sempat Bagi “SESUATU” Kepada Mak Sebelum Maut Kemalangan. Allahu.

Inilah Masjid Sancaklar Turki – Masjid Bawah Tanah TERBESAR Dunia