Sekadar Gambar Hiasan : Sumber Google Images
Budak Non-Muslim 6 Tahun MIMPI Jadi Hafiz Al Quran. Apa Jadi Selepas 6 Tahun Buat Ramai TERKEJUT | Khalifah Mail Online – Budak 6 tahun yang bukan beragama Islam ini tak pernah terfikir untuk peluk Islam dan menjadi tahfiz Al Quran. Tetapi hanya kerana dia pernah bermimpi menjadi Hafiz Al Quran, dia mula mendalami agama Islam dan akhirnya hidayahnya miliknya. Subhanallah. Boleh baca seterusnya kisah beliau di bawah.
Garis keturunan Marcelinus Wahyu Darmawan berasal dari keluarga non-Muslim. Kini hanya dia, ibu, ayah angkat dan adiknya yang beragama Islam. Namun, latarbelakangnya itu tak menghalangi bermimpi untuk menjadi hafiz Alquran.
Marcelinus yang duduk di bangku Sekolah Menengah Pertama (SMP) ini sempat beragama non-Muslim ketika umurnya masih enam tahun. Kini beliau sudah pun memeluk Islam selepas lama mengkaji dan menjadi seorang mualaf.
Ibu dan ayah angkatnya mahukan Marcel untuk jadi hafiz Quran. Walau abang kandungnya masih belum memeluk Islam, tetapi atas dasar kasih sayangnya, dia sering menghantar Marcel ke Masjid Jami Al Hikmah dan Rumah Tahfizh Daarul Qur’an Kaliwadas untuk Solat Subuh berjamaah dan menghafal Alquran.
Ketika ditemui, Marcel memberitahu dia sering bermimpi yang abang kandungnya dan keluarganya yang lain akan terbuka hati untuk turut memeluk Islam. “Saya sangat berharap abang dan keluarga saya lain ikut masuk Islam, biar dapat bersolat jamaah dan berhari raya bersama-sama di masjid,” tuturnya penuh harap.
MArcel bercita-cita menjadi hafiz Qur’an agar boleh dia mempunyai ilmu yang lebih tinggi supaya dapat dia mengajak seluruh keluarganya mengenal Islam. Selain jadi Hafiz Quran, Marcel juga pernah bermimpi menjadi doktor untuk membantu orang-orang yang sakit.
Marcel yang selalu mendapat peringkat dua atau tiga sejak Kelas 2 SD ini mengaku ingin menyambung pelajaran di salah satu Universiti Negeri yang berada di Bandung. “Cita-cita jadi doktor umum, nanti bantu orang yang lagi sakit dan membanggakan ibu bapa kerana mereka tak pernah menamatkan sesi persekolahan akibat kemiskinan.” ucapnya.
Marcel mengaku ingin terus menghafal hingga khatam 30 juz. Mudah-mudahan, Allah mengabulkan mimpi dan cita-citanya. InsyaAllah aamin.
Kini, Marcel yang tengah belajar menghafal Qur’an di Rumah Tahfizh Daarul Qur’an Kaliwadas, Subang, Jawa Barat. Walau belum genap satu tahun belajar di situ, remaja berusia 12 tahun ini sudah pun menghafal hampir 3 juz al Quran. Subhanallah.
Sumber: Islam Pos
Comments