Nak Renovate Bilik Air. Tak Sangka Terjumpa SESUATU Dalam Dinding | Pasangan suami isteri yang nak ubahsuai bilik air rumah mereka terkejut bila kontraktor dipilih bagitau mereka terjumpa “sesuatu” dalam dinding. Tak sangka.
ADA SURAT DARI PEMILIH RUMAH TERSEBUT 20 TAHUN YANG LALU
PASANGAN bernama Alex dan Jess Monney dari San Jose, California, Amerika Syarikat terkejut apabila menerima surat ‘kekesalan’ daripada pasangan yang tidak dikenali mereka di rumah mereka sendiri.
Surat itu ditemui oleh seorang kontraktor di rumah pasangan tersebut ketika ingin melakukan pengubahsuaian pada bilik air.
Surat yang tersembunyi di belakang dinding plaster adalah pesanan daripada Encik dan Puan ShinSeki dan arnab mereka, Cassie yang pernah tinggal di rumah tersebut 1995.
Pasangan tersebut menulis: “Kalau anda membaca surat ini, ia bermakna anda ingin mengubah suai bilik air ini semula.
“Apa yang tidak kena dengan cara kami membinanya?”
Lapor BBC, kemudian Monney memuat naik surat tersebut ke laman sosial.
Gambar itu telah diulang kicau di Twitter beribu kali dan menerima undian ‘up’ sebanyak 80,000 kali di laman Reddit.
Nota berusia 23 tahun itu memberikan idea kepada orang lain untuk berkongsi objek dan pesanan yang dijumpai di kediaman mereka pula.
TJ Harris dari Indiana membalas dengan memuat naik sekeping gambar majalah orang dewasa yang dijumpai oleh dia dan isterinya di dalam dinding bilik air rumah mereka.
Monney memberitahu BBC, populariti posting tersebut berada di luar jangkaannya.
“Sangat seronok tengok orang lain menghargai cerita ini daripada sudut yang positif,” katanya.
Pasangan itu turut mengesahkan bahawa mereka akan meninggalkan surat mereka sendiri di belakang dinding bilik air tersebut untuk penghuni akan datang.
“Yang kelakarnya, kerja ubah suai ini patut dilakukan dengan segera.
“Kami akan menyambut bayi dalam empat minggu lagi, jadi kami perlu menulis pesanan ini dalam masa terdekat,” kata Monney.
Katanya, pasangan Shinsekis itu seperti orang yang gemar bergurau dan Monney ingin berterima kasih kepada mereka kerana mengukir senyuman di wajah dia dan isterinya. (Sumber: Mstar)
MAYAT PELAYAN DITEMUI DI KAPAL LAYAR MEWAH
SEORANG pelayan warga Britain ditemui mati di dalam sebuah kapal layar mewah bernilai 6 juta pound sterling selepas meraikan kemenangan England ke atas Colombia, awal pagi Rabu.
Mayat Rebecca Boyle ditemui kru kapal La Polonia yang berlabuh di pelabuhan Imperia, Itali, lapor The Sun.
Boyle yang berasal dari Notting Hill, London disahkan mengalami kecederaan di kepala selepas terjatuh dari tangga akibat mabuk.
Kawan Boyle berusia 32 tahun cuba mencari wanita itu apabila dia tidak muncul untuk sarapan pagi.
Polis sedang menyiasat punca kematiannya dan mengambil keterangan beberapa kru kapal terbabit.
Boyle baharu sahaja bekerja di atas kapal layar mewah itu pada minggu lalu selepas diupah syarikat anak kapal Monaco sebagai ketua pelayan, lapor The Sun.
Pada malam dia meninggal dunia, Boyle dilaporkan meraikan kejayaan England di sebuah bar bersama dengan rakan sejawatan dan kru kapal yang lain. (Sumber: Mstar)
Comments