Nikah 11 Tahun. Lepas Lama Berdiam Diri, Ini Kenyataan Balas Ayah Si Budak | Viral nikah 11 tahun. Lama wartawan mencari, akhirnya berjaya dapatkan kenyataan mengejutkan ayah kepada si budak, yang memberi maklum balas kepada teori netizen.
SAYA TAK PERNAH BERHUTANG DENGAN MENANTU
Bapa kepada kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang berkahwin dengan lelaki 41 tahun, menafikan mereka terhutang budi sehingga menyerahkan anaknya untuk berkahwin di usia muda.
Warga Thailand, Madroseh Romadsa, 49, dari Kampung Nara, memberitahu, dia tidak pernah berhutang dengan menantu, Che Abdul Karim Che Hamid, sepanjang mengenalinya sejak 20 tahun lalu.
Katanya, tuduhan mengenai dia sekeluarga berhutang dan terhutang budi sehingga ‘menjual’ anak adalah tuduhan tidak berasas.
“Kenapa saya perlu menjual anak sekiranya berhutang? Lebih baik saya lari ke Thailand sekiranya betul saya mahu lari dari hutang.
“Saya terkilan bila ada tuduhan begitu kerana mereka berkahwin atas dasar suka sama suka. Tiada paksaan ataupun agenda lain,” katanya ketika ditemui di kediamannya, di Kampung Panggung Lalat, di sini, hari ini.
Tambah Madroseh, dia dan isteri, Ameenoh Hitae, 47, bersetuju dengan lamaran menantunya apabila Che Abdul Karim, menyatakan kesungguhan untuk menjadikan Masaryu (Ayu) sebagai isteri.
Sementara itu, Adun Galas, Mohd Syahbuddin Hashim berkata, kerajaan perlu meneliti dengan baik kes melibatkan pernikahan lelaki berusia 41 tahun dengan kanak-kanak itu.
Beliau berkata, ini kerana ia melibatkan kesahihan dari sudut agama dan perundangan negara.
“Kerajaan diharapkan dapat mengambil perhatian dalam kes ini kerana mungkin ramai lagi yang berada dalam situasi ini tanpa kita ketahui.
“Begitu juga dengan spekulasi tular dimana ia patut dihentikan kerana boleh mengundang pelbagai sisi negatif tanpa mengetahui kebenaran,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian selepas mengunjungi keluarga berkenaan di kediaman mereka di Kampung Panggung Lalat, tadi.
Tambahnya lagi, setelah mendapat maklumat terperinci daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), ia membuktikan tiada paksaan dalam pernikahan berkenaan.
“Hentikan segala spekulasi kerana ia boleh membawa kesan yang tidak baik di kalangan masyarakat,” katanya lagi. (Sumber: Sinar Harian)
JAMAL DITANGKAP KETIKA GUNTING RAMBUT DI INDONESIA
Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos dikatakan ditahan ketika dia sedang menggunting rambut di sebuah kedai gunting rambut di Jakarta Selatan.
Memetik laporan Astor Awani menurut sumber keselamatan, Jamal bersembunyi di beberapa lokasi sebelum dia ditangkap pada 6.15 petang (waktu Malaysia) pada Isnin oleh Polis Negara Republik Indonesia (POLRI).
“Jamal dipercayai bersembunyi di Medan, Sumatera Utara sebelum menukar lokasi ke Jakarta Selatan bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
“Dia dipercayai menggunakan laluan laut untuk ke Medan,” kata sumber keselamatan tersebut kepada Astro Awani.
Tambahnya, Jamal dijangka dihantar pulang ke Malaysia minggu ini selepas selesai urusan dokumentasi.
Jamal Md Yunos yang juga bekas calon ketua pemuda Umno itu dikehendaki PDRM kerana disiasat berhubung sembilan kes yang dikaitkan terhadapnya.
Dia bagaimanapun melarikan diri semasa proses ikat jamin dijalankan di Hospital Ampang Puteri pada 25 Mei lalu.
Jamal didakwa di bawah Seksyen 290 Kanun Keseksaan berkaitan kes gangguan awam selepas memimpin bantahan pada Oktober 2017 dengan memecahkan beberapa botol minuman keras di luar bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam.
Dia juga disiasat mengikut Seksyen 34 Akta Senjata 1960 kerana membawa senjata api semasa dalam keadaan mabuk atau tidak senonoh. (Sumber: Sinar Harian)
Comments