in

SPRM Beku Akaun UMNO. Ini Jawapan Muhyiddin Kepada Zahid Buat Ramai SETUJU

Eloklah Kena Beku Sebab Sumbernya Yang Diragui.

SPRM Beku Akaun UMNO. Ini Jawapan Muhyiddin Kepada Zahid Buat Ramai SETUJU | Zahid baru ni bagitau akaun UMNO pusat dan Selangor telah dibeku SPRM. Ini jawapan balas Muhyiddin buat ramai setuju.

MUHYIDDIN – SPRM ADA KUASA BEKU AKAUN

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sentiasa mengambil tindakan berlandaskan asas yang ditemui oleh agensi berkenaan dan mempunyai kuasa untuk membekukan akaun Ibu Pejabat Umno Pusat dan Selangor.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan membekukan akaun yang dilakukan SPRM itu adalah di bawah bidang kuasa agensi berkenaan.

“Saya tidak tahu dan belum menerima apa-apa laporan berhubung perkara itu (pembekuan akaun) tetapi apa-apa pun kalau ia di bawah SPRM, itu adalah tugas SPRM. Saya tidak boleh nak komen.

“Apa jua tindakan yang dilakukan oleh SPRM, ia tentunya ada asas-asas yang ditemukan oleh pihak SPRM,” katanya kepada pemberita selepas melawat Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin, Bangunan Sultan Iskandar, di Johor Bahru hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan berkaitan pembekuan akaun Ibu pejabat Umno Pusat dan Selangor yang didakwa Naib Presiden Umno yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

ROS Berhak Bertindak

Muhyiddin dalam pada itu, turut menafikan dakwaan Ahmad Zahid yang mengatakan beliau akan mengarahkan Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan pendaftaran Umno sebagai sebuah parti.

Beliau berkata ROS berhak mengambil tindakan ke atas mana-mana pertubuhan yang didapati tidak mengikuti undang-undang selain gagal mematuhi peraturan mana-mana parti politik.

“Tidak elok untuk Datuk Seri Ahmad Zahid yang pernah berada di kedudukan itu (Menteri Dalam Negeri) bersangka buruk kerana mungkinkah sewaktu beliau berada di sana, beliau berbuat begitu dan mungkin beliau berfikir saya sama seperti beliau.

“Saya tidak sama macam beliau. Saya yakin dan percaya kita mesti bersikap profesional dalam membuat apa-apa siasatan dan jangan mudah menuduh. Kalau Umno telah melakukan kesalahan, Umno kena tahu perlembagaannya dan undang-undang serta apa yang perlu dibuat,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Zahid hari ini mendakwa, akaun Ibu Pejabat Umno Pusat dan Selangor sudah pun dibekukan hari ini oleh SPRM manakala akaun Umno Johor juga hampir pasti akan dibekukan SPRM dalam masa terdekat. (Sumber: Malaysiakini)

TUN FAISAL CALON MT UMNO TETAP PERTAHAN NAJIB

Calon Majlis Tertinggi (MT) Umno Tun Faisal Ismail Aziz memberitahu, beliau akan kekal mempertahankan Datuk Seri Najib Razak sehingga bekas perdana menteri itu didapati benar-benar bersalah.

Menurutnya, beliau kekal berpendirian demikian berdasarkan konsep kedaulatan undang-undang iaitu seseorang itu tidak bersalah melainkan dibuktikan sebaliknya di mahkamah.

“Semasa bersama kerajaan dulu, waktu itu kita percaya Datuk Seri Najib tak bersalah. Atas dasar itu kita mempertahankannya sebab dia dituduh tanpa bukti.

“Sebab itu, dulu kita pertahankan dia dan sekarang pun pertahankannya. Kalau tiba-tiba sekarang kita kata tidak yakin, sepatutnya kita perlu cakap dari dulu lagi yang tidak yakin. Bukan semasa kita tidak lagi menjadi kerajaan.

“Kita kena berpegang pada kebenaran. Najib tidak bersalah kerana tak ada bukti, itu fakta,” katanya kepada Malaysiakini.

Umno Dan Perubahan

Ditanya jika pendedahan jumlah rampasan barangan milik Najib oleh pihak polis semalam akan menganggu perjalanan pemilihan Umno kali ini, bekas pengarah komunikasi strategik Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) itu menafikannya.

Ini kerana, katanya Najib bukan lagi berada dalam kepimpinan tertinggi Umno.

“Najib tidak lagi berada dalam hierarki Umno dan dalam pemilihan Umno,” katanya yang turut berpendapat, pihak polis tidak sepatutnya terlibat dalam permainan media dan persepsi serta perlu bersifat berkecuali.

Pada sidang media semalam, polis mendedahkan barangan rampasan dari hartanah yang dikaitkan dengan Najib bernilai RM686.37 juta tetapi nilai pasaran semasa boleh meningkat antara RM910 juta sehingga RM1.1 bilion.

Selain itu, bercakap mengenai pemilihan Umno yang akan diadakan pada Sabtu ini, Faisal turut membangkitkan isu mengenai sejauhmana akar umbi Umno mahu parti Melayu itu berubah.

Meskipun mengakui Umno perlu melakukan perubahan, namun kata Faisal ia tidak perlu dilakukan secara menyeluruh dan parti itu perlu mengekalkan roh perjuangan bagi mempertahankan Islam, Melayu dan Bumiputera.

“Kalau faham faktor utama (kenapa Umno ditolak pada pilihan raya umum ke-14), kita tidak akan tergesa-gesa mencadangkan untuk buka Umno pada semua kaum. Umno kena kekalkan perjuangannya.

“Secara dasarnya kita tak perlu tergesa-gesa ubah Umno. Ramai lagi yang boleh menerima Umno.

“Cuma Umno perlu melalui perubahan. Orang rasa hilang kepercayaan pada pemimpim tertentu dalam Umno, bukan semua. Jadi ini antara benda yang perlukan perubahan.

“Ada pemimpin kadang-kadang kontroversi dan kenyataan dia tak menyenangkan rakyat. Ada yang sombong, angkuh. Ini perlu perubahan. Bukan semua, ada yang OK ada yang perlu ubah,” ujar Faisal yang turut menambah Umno memerlukan pemimpin yang bersih serta bebas politik wang.

Pemimpin Bersih, Bebas Politik Wang

“Umno perlu pemimpin bersih, bebas politik wang, berani ke depan, tidak play safe. Perwakilan wajar pertimbangkan juga kriteria ini dalam memilih calon yang sesuai untuk tempoh tiga tahun ini,” katanya lagi.

Pemilihan bagi jawatan tertinggi parti akan diadakan 30 Jun ini serentak di 191 bahagian. Ia akan melibatkan seramai hampir kira-kira 150,000 perwakilan yang akan mengundi memilih pemimpin baru bagi menerajui Umno.

Terdapat tiga calon yang bertanding bagi jawatan presiden iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah serta Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Jawatan timbalan presiden pula bakal ditandingi dua calon iaitu Tan Sri Annuar Musa serta Datuk Seri Mohamad Hasan.

Manakala itu, jawatan naib presiden Umno mempunyai tujuh orang calon dan jawatan MT memiliki seramai 106 calon yang bertanding. (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Najib Dedah KISAH Di Sebalik Jam Paling Mahal Yang Dirampas. TAK SANGKA

Beku Akaun UMNO. Ini Komen TEGAS Khairy Buat Ahli UMNO Setuju