Hukum Pakai Seluar KETAT Ketika Solat ? Ini Jawapan UAI Yang Buat Ramai Lelaki TERKEDU | Khalifah Mail Online – Kat surau pusat beli belah besar atau di hentian lebuhraya selalu kita nampak ada lelaki berseluar ketat solat sekali. Tertanya dalam hati sah ke solat mereka tu ye. Ekoran itu, Ustaz Azhar Idrus (UAI) bagi jawapannya. Baca dan kongsikan.
SAH KE SOLAT SELUAR KETAT ?
Solat adalah waktu yang paling baik bagi seorang hamba berhubung terus kepada Allah melalui berdoa, bermunajat, dan meminta keampunan. Kerana itu perlu sentiasa menjaga penampilan yang baik, memakai pakaian yang bersih dan menutup aurat. Bagaimana kita mahu menghadap kepada Allah, jika tubuh badan kita tidak ditutup sepenuhnya, terutamanya kaum perempuan.
Bagi yang memakai pakaian yang sudah menutup tubuhnya, namun pakaian tersebut adalah ketat, apakah hukumnya? Adakah sah solat seseorang hamba tersebut? Berdasarkan sebuah rakaman ceramah Ustaz Azhar Idrus, berikut adalah jawapannya.
UNTUK LELAKI DAN WANITA JAWAPANNYA SAH SOLAT TETAPI…..
Perempuan dan lelaki jika mengenakan seluar ketat ketika solat, hukum solat mereka adalah sah. Cuma, hukum pemakaian seluar ketat ini jadi berbeza apabila di luar solat, seperti bersiar-siar, bersenam dan sebagainya.
“Bagi perempuan yang memakai seluar ketat sehingga boleh dilihat bentuk tubuhnya, hukumnya adalah haram, tetapi dalam solat hukumnya makruh.”
Syarat menutup aurat di luar solat adalah tidak menampakkan warna kulit, bagi lelaki dan perempuan. Bagi perempuan sahaja, haram menampakkan bentuk tubuh. Jadi, jika perempuan memakai seluar ketat sehingga bentuk tubuhnya boleh dilihat hukumnya haram.
Namun, dalam solat, perempuan hanya wajib menutup aurat dari kelihatan sahaja, tidak wajib pakai longgar. Jadi, jika perempuan mahu memakai pakaian ketat ketika solat masih dibolehkan walaupun hukumnya adalah makruh, namun jika ada lelaki bukan mahram melihat barulah jatuh hukum haram.
“Walaupun perempuan pakai jeans tetapi ia longgar, tiada masalah. Tapi jika perempuan mengenakan pakaian ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh, haram walaupun ia jubah dari Timur Tengah.”
Di luar solat pula, hukum lelaki memakai seluar ketat adalah makruh, melainkan nampak bentuk kemaluan, baru hukumnya adalah haram.
Jadi, sudah terjawab satu persoalan yang timbul tentang salah faham dalam solat. Rasanya ramai sebenarnya yang salah faham, yang fikir bahawa solat dengan memakai pakaian ketat adalah tidak sah.
Sumber: Laicikang
Comments