in

Tun Mahathir Jawabkan Soalan Untuk Lim Guan Eng. MP MCA Dedah Kemungkinan Bakal Timbul.

Itu La Strategi Tun Mahathir Yang Pembangkang Tak Tahu. Semoga Allah Panjangkan Umur Tun Mahathir. Amin.

Tun Mahathir Jawabkan Soalan Untuk Lim Guan Eng. MP MCA Dedah Kemungkinan Bakal Timbul. | Semalam viral apabila soalan yang dituju kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng tapi dijawab oleh Tun Mahathir. MP MCA, Wee Ka Siong persoal isu tersebut dan dedah spekulasi kemungkinan yang bakal timbul. Mengejutkan. Tapi boleh caya ke pembangkang ni?

WEE KA SIONG – DUA KEMUNGKINAN KENAPA TUN MAHATHIR JAWAB SOALAN TERSEBUT

Terdapat dua kemungkinan yang menyebabkan perdana menteri menjawab soalan parlimen bagi pihak Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika mereka berdua hadir pada sidang itu semalam, dakwa Anggota Parlimen Ayer Hitam BN Wee Ka Siong.

Katanya jika Tun Dr Mahathir Mohamad perlu menjawab bagi pihak seorang menteri semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat, maka perdana menteri seolah-olah menganggap orang bawahannya tidak cekap.

“Perdana menteri tidak mempunyai keyakinan dan berasakan bahawa menteri terbabit tidak mampu menjawab soalan, dengan itu beliau berbuat demikian (menjawab) bagi pihak menteri.

“Tetapi dalam kes Guan Eng, beliau ialah bekas ketua menteri selama dua penggal. Bukanlah beliau orang yang tiada pengalaman atau tidak cekap untuk menjawab soalan itu sendiri.

“Guan Eng berkata perdana menteri mempunyai hak untuk berbuat demikian, sementara saya tidak mempersoalkan hak perdana menteri, saya fikir ia adalah sesuatu yang jarang berlaku dan dibuat secara tiba-tiba,” kata Wee ketika dihubungi.

Menurut beliau, satu lagi sebab lain mungkin kerana Dr Mahathir ingin menetapkan duluan menjawab soalan bukan sahaja bagi pihak menteri kewangan, tetapi untuk semua menteri lain pada sidang parlimen.

Rekod Mahathir Tiada Yang Aneh

“Beliau berhasrat menjawab bagi pihak mana-mana menteri jika perlu berbuat demikian.

“Tetapi melihat rekod Dr Mahathir, tidak ada yang aneh kerana itu adalah cara perdana menteri (menjalankan pentadbirannya) sebelum membentuk kabinetnya,” kata Timbalan Presiden MCA itu.

Menurut Kertas Aturan Mesyuarat Dewan Rakyat hari ini, Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datuk) mengajukan soalan pertama yang ditujukan kepada menteri kewangan.

Ahmad Zahid meminta menteri kewangan menyatakan rasional bagi Malaysia untuk mendapatkan pinjaman kewangan dari Jepun, dengan nilai mata wang yang lebih tinggi daripada ringgit, walaupun dengan kadar faedah rendah.

Tetapi, Mahathir mengejutkan Dewan Rakyat dengan menjawab soalan itu.

Beliau berkata kerajaan menimbang untuk mendapatkan kemudahan pinjaman daripada Jepun bagi mengurangkan ‘high cost of money’ kerana kadar faedah hutang yang diambil pentadbiran terdahulu terlalu tinggi iaitu sebanyak enam peratus.

Menurut perdana menteri lagi nilai wang yen Jepun lebih murah berbanding ringgit.

Maka katanya dengan membayar balik hutang negara menggunakan yen bermakna negara tidak dibebani dengan kadar faedah tinggi sebanyak lebih daripada enam peratus. (Sumber: Malaysiakini)

HANIPA AJAK ZAHID DEBAT ISU SOSMA

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hanipa Maidin menawarkan diri untuk berdepan dengan presiden Umno bagi menjelaskan kewajaran kerajaan membatalkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.

Kata Hanipa, melalui kaedah itu juga orang ramai dapat difahamkan mengapa Pakatan Harapan (HARAPAN) memilih untuk menarik balik pelaksanaan akta yang turut dikenali sebagai Sosma itu.

“Selain mendidik masyarakat, ia juga dapat menghapuskan kekeliruan yang cuba ditonjolkan oleh ketua pembangkang berhubung isu Sosma,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Umno memandang serius langkah kerajaan untuk membatalkan Sosma yang digubal oleh BN sebelum ini.

Kata presiden Umno dan ketua pembangkang tersebut Sosma digubal semata-mata bertujuan menjaga ketenteraman awam daripada anasir yang boleh menggugat keselamatan negara.

Ahmad Zahid yang juga bekas menteri dalam negeri menegaskan Sosma tidak langsung menyentuh soal politik individu.

“Antara elemen pentingnya ialah kesalahan yang menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau menyebabkan sebilangan besar warga takutkan keganasan, membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong dan memudaratkan ketenteraman dan keselamatan awam,” katanya.

Sosma ialah akta yang digubal di parlimen bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dianggap mudah disalahgunakan oleh kerajaan.

Bagaimanapun kedua-dua akta tersebut dikecam kebanyakan parti kerana dillihat boleh dimanipulasi untuk tujuan politik.

Kata Hanipa HARAPAN sentiasa menghormati hak dan kebebasan Ahmad Zahid untuk menyatakan pandangannya termasuk dalam isu Sosma.

Menurut anggota parlimen Sepang itu hak seseorang untuk bersuara memang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

“Justeru atas kapasiti rasmi saya sebagai timbalan menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal undang-undang, insya-Allah saya bersedia untuk berdebat ketua pembangkang berhubung isu Sosma tersebut.

“Saya yakin pihak media seperti RTM atau Astro Awani sedia menyiarkan perdebatan ini secara langsung di TV jika ketua pembangkang bersedia menyahut cabaran saya ini,” katanya. (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Isu Kasut. Kenyataan BERANI Mat Hassan Terhadap Dr Maszlee Ni Buat Rakyat Berang

Penumpang Kapal Terbang KAGET Bila Nampak Sekumpulan Manusia Berjalan Di Awan. Ada VIDEO.