in

PRK Sg Kandis. Kenyataan Terkini Ismail Sabri Buat Ramai Ahli PAS Mula Resah.

Sepatutnya PAS Masuk BN Terus. Sian Kat Ahli PAS Yang Asyik Kena Serang Je Dan Dalam Dilema.

PRK Sg Kandis. Kenyataan Terkini Ismail Sabri Buat Ramai Ahli PAS Mula Resah. | PRK Sg Kandis menyaksikan PAS, walau tak bertanding, menjadi tumpuan rakyat. Kenyataan mengejutkan terkini Ismail Sabri terus buatkan ahli PAS langsung resah. Tak sangka.

PIMPINAN UMNO, PAS SETUJU ANJUR PROGRAM BERSAMA UNTUK PRK SG KANDIS

Datuk Seri Ismail sabri Yaakob mendakwa Umno dan PAS sudah sepakat untuk mengadakan satu program bersama sempena kempen PRK itu.

Beliau yang baru menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor menyatakan harapannya agar program itu nanti akan mempertemukan dua parti itu di pentas yang sama, walaupun tidak dianjurkan secara rasmi atas nama parti.

“Tadi saya sudah berbincang dengan seorang pemimpin PAS dan dia setuju,” dakwanya.

“Sebagai contoh, (boleh diadakan) forum perdana Islam yang menampilkan Syamsul Debat yang mewakili Umno dan Ustaz Azhar Idrus yang mewakili PAS.

“Kita mahu tunjukkan ada kerjasama antara Umno dan PAS. Kalau boleh, mungkin kita letakkan setiausaha agung Umno dan PAS pada malam terakhir (kempen),” katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis pengenalan calon BN Datuk Lokman Noor Adam dan Penyerahan Anak Angkat Bahagian Negeri Selangor di Kampung Sungai Kandis, malam ini.

Untuk rekod, PAS setakat ini belum mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi yang jelas menunjukkan parti itu akan berpihak kepada mana-mana parti pada PRK kali ini.

Setiausaha agungnya Datuk Takiyuddin Hassan sebelum ini berkata ketiadaan calon PAS bukanlah bermakna mereka akan bekerjasama dengan Umno.

Beliau juga hanya menggesa anggota parti di DUN itu agar membuat pilihan “berpandukan pertimbangan yang wajar demi kepentingan Islam-Melayu”.

Bagaimanapun dua pemimpin parti itu – Ketua Penerangan Nasrudin Hassan dan Anggota Perhubungan Selangor Ahmad Dusuki Abd Rani – menggesa anggota parti menolak calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa berkata Tun Dr Mahathir tidak perlu masuk campur dalam soal hubungan PAS dan Umno.

Ia susulan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan langkah PAS untuk tidak meletakkan calon kerana kedua-dua parti itu adalah “adik-beradik”.

“Ini adalah urusan pembangkang,” katanya.

Turut hadir dalam program itu adalah Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hassan. (Sumber: Malaysiakini)

KERAJAAN TAK AKAN KELUAR LESEN JUDI. VIDEO VIRAL TU TAHUN 2010 ZAMAN NAJIB.

Kementerian Kewangan hari ini menjelaskan kerajaan tiada perancangan untuk kembali meluluskan lesen perjudian sukan kepada syarikat milik Tan Sri Vincent Tan, Ascot Sports Sdn Bhd.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata demikian dalam jawapan bertulis untuk soalan oleh Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau).

“Kerajaan tidak berniat dan merancang untuk meluluskan sebarang lesen bagi aktiviti perjudian pertaruhan sukan kepada Ascot Sports Sdn Bhd, ataupun kepada mana-mana operator bagi menjalankan aktiviti ini,” katanya.

Tan dilihat ramai sebagai orang yang rapat dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Moahamd. syarikatnya Berjaya Corporations Bhd memiliki 70 peratus saham Ascot.

Lim berkata lagi, kementerian kewangan ketika pentadbiran BN pernah mengeluarkan lesen pertaruhan kepada Ascot pada 13 Januari 2010 tetapi menarik baliknya pada 5 Oktober tahun sama.

“Deposit yang dikemukakan oleh Ascot sebanyak RM10 juta dalam bentuk bank guarantee pada 6 April 2010 juga telah dipulangkan secara keseluruhan pada 5 Oktober itu,” katanya lagi.

Pada 2010, perdana menteri dan menteri kewangan ketika itu Datuk Seri Najib Razak mempertahankan pengeluaran lesen itu dan berkata ia bagi menangani kegiatan perjudian haram.

Keputusan itu mengundang kecaman dan kelulusan itu ditarik semula selepas keputusan sebulat suara Majlis Tertinggi (MT) Umno. (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Video Serigala

Penduduk Kampung Tangkap Serigala. Apa Yang Dilakukan Terhadap Binatang Tersebut Buat Ramai Nangis. Allahu.

Isu Kasut. Kenyataan BERANI Mat Hassan Terhadap Dr Maszlee Ni Buat Rakyat Berang