Dewan Rakyat Tak Cukup Korum. Cadangan BERANI Rais Yatim Ni Buat Hampir Semua MP BERANG | Rakyat berang hari ni dengan tindakan kebanyakan MP yang lembab sampai sesi dewan rakyat boleh tertangguh. Ekoran itu, ini cadangan Rais Yatim yang buat hampir semua MP berang.
POTONG ELAUN, SIAR NAMA MP YANG MALAS DATANG SIDANG DEWAN
Bekas menteri Tan Sri Rais Yatim mencadangkan agar elaun bulanan Ahli Parlimen dikurangkan sekiranya kuorum sidang Dewan Rakyat tidak mencukupi.
“Cara terbaik mengatasi masalah Dewan Rakyat yang tak cukup korum ialah potong elaun bulanan ahli mengikut kadar arahan JK Pilihan Dewan.
“Kedua, siarkan nama-nama anggota yang malas hadir dalam akhbar atau media sosial,” katanya dalam satu tweet petang ini.
Malaysiakini sebelum ini melaporkan sidang sesi petang tadi terpaksa ditangguhkan selama lima minit apabila korum minimum 26 anggota parlimen gagal dicapai selepas waktu rehat dan makan tengah hari selama 90 minit. (Sumber: Malaysiakini)
MENTERI PERTANIAN SETUJU DENGAN CADANGAN RAIS YATIM
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub bersetuju dengan saranan bekas menteri Umno Tan Sri Rais Yatim bahawa memotong elaun dan siarkan nama MP malas hadir menghadiri sidang Dewan Rakyat.
Bagaimanapun Salahuddin merujuk kepada ahli parlimen yang tidak bertanggungjawab dan yang tidak hadir tanpa alasan yang munasabah.
Manakala kenyataan Rais merujuk sekiranya korum sidang dewan rakyat tidak mencukupi.
Malaysiakini sebelum ini melaporkan sidang sesi petang tadi terpaksa ditangguhkan selama lima minit apabila korum minimum 26 anggota parlimen gagal dicapai selepas waktu rehat dan makan tengah hari selama 90 minit.
Susulan itu Rais mencadangkan agar elaun bulanan Ahli Parlimen dikurangkan sekiranya kuorum sidang Dewan Rakyat tidak mencukupi.
“Cara terbaik mengatasi masalah Dewan Rakyat yang tak cukup korum ialah potong elaun bulanan ahli mengikut kadar arahan JK Pilihan Dewan.
“Kedua, siarkan nama-nama anggota yang malas hadir dalam akhbar atau media sosial,” katanya dalam satu tweet petang ini. (Sumber: Malaysiakini)
Video Menteri Pertanian Setuju Cadangan Rais Yatim
Comments