in

Cadangan KREATIF Terkini Dr Maszlee Ni Buat Ramai Warga Universiti Gembira. Allahu.

Alhamdulillah. Malaysia Semakin Bagus Dari Hari Ke Hari. Alhamdulillah Syukur.

maszlee pendidikan

Cadangan KREATIF Terkini Dr Maszlee Ni Buat Ramai Warga Universiti Gembira. Allahu. | Selepas tukar kasut putih jadi hitam yang buat ramai ibu bapa gembira, ada satu lagi cadangan kreatif yang buat ramai warga universiti gembira. Tak sangka. Tapi memang kreatif.

MENTERI CADANG KERJASAMA UNIVERSITI DAN JPJ UNTUK PEROLEH PENDAPATAN TAMBAHAN

Menteri Pendidikan Dr Maszlee hari ini mencadangkan universiti awam di negara ini menjana dana sendiri melalui kaedah penjualan nombor pendaftaran kenderaan.

Kata Maszlee usaha itu boleh dilakukan jika pihak yang berkenaan berbincang dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Ada perbincangan dengan Kementerian Pengangkutan. Melalui JPJ kita akan cuba, universiti berpakat dengan JPJ jual nombor plat.

“Contohnya saya graduan UM (Universiti Malaya) nak beli kereta, (boleh) beli nombor UM1000, jadi kita bayar kepada JPJ dan separuh diberi kepada Universiti.

“Dengan cara itu insya-Allah dapat menjana duit universiti,” katanya di Shah Alam hari ini.

Anggota parlimen Simpang Renggam itu berkata demikian semasa menghadiri siri Bicara Minda anjuran akhbar Sinar Harian.

Menurut Maszlee langkah itu boleh berjaya dengan bantuan lepasan sesebuah universiti.

Bagaimanapun beliau tidak menjelaskan bila atau bagaimana kaedah itu akan dilaksanakan.

Nak Ambil Data

Dalam pada itu, menyentuh isu peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN), Maszlee berkata ia memang menjadi sebahagian daripada janji 100 hari Pakatan Harapan (HARAPAN).

Malah kata Maszlee, turut terkandung dalam janji 100 hari itu ialah HARAPAN akan mengeluarkan nama peminjam PTPTN daripada senarai hitam Jabatan Imigresen.

Bagaimanapun ada beberapa aspek yang perlu diperjelaskan lebih lanjut, misalnya pembayaran semula hutang sehingga peminjam memperoleh gaji RM4,000.

“Bukan gaji kurang RM4,000 tak payah bayar, (cuma) mereka tak akan dipaksa bayar. Tapi kalau nak bayar, pada saya itu sikap terpuji.

“Dan ramai yang nak bayar ketika keadaan ekonomi negara kita seperti ini, janji kita adalah takkan paksa mereka,” katanya.

Menurut bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu lagi, ketika ini kerajaan sedang dalam proses mengemas kini data peminjam dan jumlah gaji yang diterima mereka.

Hal itu perlu, katanya, kerana tiada rekod berkenaan disimpan oleh kerajaan terdahulu.

Kata Maszlee, Kementerian Pendidikan akan mengadakan kerjasama dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan agensi lain bagi menyelesaikan itu terbabit.

“Bukan tak ada data langsung, PTPTN pada waktu kerajaan lama tidak mempunyai data lengkap yang menyatakan gaji peminjam.

“Sekarang baru kita nak ambil maklumat daripada LHDN dan semua pihak terlibat,” katanya.

Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan sebelum ini menyatakan seramai 429,945 peminjam bebas daripada senarai hitam Jabatan Imigresen setakat Jun lalu.

Dengan pelaksaan berkenaan, seramai 1.8 juta peminjam PTPTN yang sepatutnya membuat bayaran balik kini layak ke luar negara.

PTPTN juga memberi tempoh hingga 25 Julai ini kepada peminjam untuk mengemas kini pendapatan mereka sekiranya ingin memohon penangguhan balik wang pinjaman. (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

Comments

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

KJ Lantang Membangkang Dalam Parlimen. Jawapan Padu Tun Mahathir Buat Hadirin Tergamam.

Ramai Lelaki TERKEDU Lepas Tengok Wanita Ni Timbang Bola. TAK SANGKA. Ada Video.