in

Annuar Tiba-Tiba Membantah TAK SETUJU Dengan Zahid Di Parlimen. Ini Puncanya.

Boleh Tahan Juga Lawak Si Annuar Musa Ni. Penggal PRU14 Ni Is The Best Parliment Session Ever. Allahu.

annuar zahid

Annuar Tiba-Tiba Membantah TAK SETUJU Dengan Zahid Di Parlimen. Ini Puncanya. | Ketika Ketua Pembangkang, Zahid sedang bahas isu di parlimen, tiba-tiba Annuar membantah kenyataan Zahid. Puncanya buat semua MP BN dalam dewan jerit sokong. Tak sangka.

ANNUAR – ADA BANYAK LAGI YANG TURUN SELAIN HARGA TOMATO

Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh) membantah kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyebut harga tomato sahaja turun.

Sebaliknya Annuar berkata , pelbagai barangan lain turut mengalami penurunan sejak GST pada kadar sifar.

“Saya minta maaf Bagan Datuk saya tak setuju dengan kenyataan Yang Berhormat yang menyebut hanya harga tomato turun.

“Sebab harga saham, getah, sawit, ringgit Malaysia pun turun,” katanya yang mengundang sorakan wakil rakyat BN.

annuar parlimen

Sementara Datuk Hamzah Zainuddin (BN-Larut) mendakwa kerajaan hari ini tidak memahami konsep penawaran dan permintaan.

“Kalau dulu barang-barang ada GST sekarang tak ada lagi GST sepatutnya turun harga seperti didakwa kerajaan sekarang tapi tak turun juga.

“Barang yang tak kena GST dikatakan turun. Ini bermakna ada konsep penawaran dan permintaan yang mereka tak faham. Banyak barang-barang dulu kita import. Ringgit kita rendah maka kita import harga tinggi.

“Dulu boleh salahkan Perdana Menteri (ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak), adakah hari ini juga boleh salahkan PM (Tun Dr Mahathir Mohamad) sebab nilai ringgit rendah?,” tanyanya. (Sumber: Sinar Harian)

RAFIZI HARAP PEMBANGKANG JANGAN MEROYAN

Isu harga minyak petrol dan diesel yang dikatakan boleh diturunkan sehingga RM1.50 melalui kenyataan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli tahun lalu bagaikan sudah ‘melekat’ dan sebati dalam minda rakyat khususnya penyokong Umno dan Pas di negara ini.

Bekas Ahli Parlimen Pandan ini masih menjadi sasaran kecaman selepas kemenangan PH susulan memperkenalkan formula menurunkan harga minyak kepada rakyat.

Rafizi dalam laman Facebooknya menyindir gelagat penyokong Umno mahupun Pas yang sukar memahami graf dan jadual yang diketengahkan berhubung isu harga minyak berkenaan.

“Mereka (penyokong Umno dan Pas) masih mendabik dada ada bukti saya berjanji harga minyak RM1.50 seliter. Agaknya mereka susah memahami angka-angka. Dah lama sangat duduk dalam budaya telan bulat-bulat apa yang disuap, disiplin kira-kira sendiri semakin tumpul agaknya.

”Saya teliti royan (ini satu kata nama khas yang sesuai kepada hasil kerja meroyan) mereka ini yang mendakwa mereka ada video saya bersyarah di atas bumbung menjanjikan harga minyak RM1.50,” katanya.

Rafizi berkata, ada satu perkara dari royan penyokong Umno mahupun Pas itu yang betul iaitu video dia bersyarah itu memang benar-benar wujud.

Menurutnya, video berkenaan dirakam akhir Jun tahun lalu sebagai persediaan promosi kepada Jelajah #BinaSemulaNegara yang diusahakannya bermula minggu pertama Julai tahun yang sama.

“Mengikut Bloomberg, harga rujukan minyak mentah Brent pada ketika itu (akhir Jun 2017 ke awal Julai 2017) adalah sekitar AS$45 ke AS$46 setong.

”Oleh itu, dengan menggunakan formula RON95 yang ditetapkan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, jika harga minyak mentah AS$45 ke AS$46 setong, harga RON95 tanpa subsidi adalah antara RM1.80 seliter.

Menurutnya, semasa video berkenaan dirakam, dia menyebut harga RON95 boleh diturunkan serendah RM1.50 seliter kerana harga pasaran tanpa subsidi pada ketika itu ialah RM1.80 seliter.

“Kalau pentadbiranDatuk Seri Najib memberikan subsidi sebanyak 30 sen seliter pada ketika itu, harga RON95 turun kepada RM1.50 seliter.

”Pokoknya, perlu ada mekanisme subsidi minyak supaya apabila harga minyak naik, keuntungan tambahan kepada kerajaan (hasil minyak) itu dipulangkan kembali kepada rakyat.

Rafizi turut berkongsi maklumat, kerajaan PH kini telah pun memberikan subsidi antara 17 sen hingga 30 sen seliter antara 9 Mei hingga sekarang (bergantung kepada harga minyak mentah dunia).

“Itu bersamaan dengan menurunkan harga minyak kepada RM1.50 seliter dalam bulan Jun 2017 ke awal Julai 2017, kerana pada ketika itu harga minyak mentah dunia adalah AS$45 setong.

”Masalahnya, harga minyak mentah dunia sekarang bukan AS$45 setong tetapi sekitar AS$75 se-tong.

Menurutnya, apabila minyak mentah naik dari AS$45 kepada AS$75 se-tong ini,pertambahan keuntungan kepada Kerajaan Persekutuan adalah RM1.77 bilion.

“Daripada jumlah itu, 78 peratus (atau RM1.38 bilion) telah dikembalikan semula kepada rakyat untuk menyediakan subsidi sebanyak 17 sen hingga 30 sen seliter itu,” katanya.

Rafizi menegaskan, tidak ada banyak berbaki (keuntungan) yang disimpan kerajaan.

“Sebahagian besarnya dikembalikan kepada rakyat untuk mengekalkan harga minyak pada RM2.20.

”Kalau ditanya lagi ke mana pergi wang apabila hasil negara meningkat akibat kenaikan harga minyak, saya minta hentikanlah royan itu kerana nampak sangat ia bertujuan menyerang semata-mata.

”Lebih baik penyokong Umno mahupun PAS ini cuba belajar menjadi pembangkang yang baik dan menimbulkan isu yang jelas ada salahnya.

Rafizi turut mengakhiri perkongsiannya di Facebook dengan menasihatkan penyokong Umno mahupun Pas berkenaan menjadi pembangkang yang berkhidmat untuk rakyat, bukan peroyan. (Sumber: Sinar Harian)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Akaun Najib Tidak Lagi Dibeku. Ini Jawapan Balas SPRM Yang Ditunggu Ramai.

zahid kj parlimen

Mencelah Ketika Berbahas. Ini Jawapan Balas Zahid Kepada KJ Buat Ramai Terdiam